SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]
Monday, 18 November 2013
EMPAYAR MAJAPAHIT
Pada tahun 1339, Raja Bharubhasa
iaitu putera Raja Sang Tawal yang berpusat di Langkasuka telah membangunkan
sebuah empayar baru, tetap usia empayar ini sangat singkat. Empayar ini
dinamakan Chermin dan ianya meliputi Bahagian Utara Semenanjung, Champa,
Kemboja dan Samudera.
Namun, enam tahun kemudian
empayar ini telah runtuh pada 1345 setelah Champa dan Kemboja memberontak dan
ancaman dari Kerajaan Ayudhia hingga Raja Bharubhasa terpaksa membayar ufti
kepada Ayudhia ini. Hal ini juga menyebabkan seluruh Semenanjung sehingga pulau
Temasik turut termasuk bawah penguasaan Ayudhia.
Raja Bharubhasa telah memindahkan
ibu kotanya ke Kelantan iaitu tempat nenek moyangnya. Sejak itu Kelantan
kembali berperanan dalam sejarah. Pada tahun 1357, Gajah Mada dengan tenteranya
dari Majapahit dari Jawa Timur telah menggempur kedudukan Ayudhia di Pulau
Temasik untuk menghapuskan penguasaannya keatas tanah semenanjung.
Setelah itu, negeri-negeri dalam
semenanjung termasuk Kelantan telah tunduk tanpa perang kepada Majapahit. Gajah
Mada telah bergabung dengan Raja Bharubhasa memimpin tentera masing-masing
menyerang ke utara untuk meluaskan kekuasaan Majapahit ke Dataran hingga ke Ayudhia
dan Kemboja.
Maharaja Majapahit, Sri Maharaja
Hayam Wuruk membahagikan empayarnya yang besar kepada dua :
- Majapahit Timur : Meliputi Kepulauan berpusat di ibu kota Majapahit, Jawa Timur dan
- Majapahit
Barat : Meliputi Semenanjung, Sumatera, Ayudhia dan Kemboja berpusat di
Kelantan. Majapahit Barat ini segera dinamakan Empayar Chermin Jiddah.
Bermula 1395, Raja Ayudhia telah
memberontak dan menyerang ke Selatan untuk menguasai negeri-negeri dalam
Semenanjung hingga ke Pulau Temasik dalam tahun 1401. Kira-kira 1432, Raja
Kelantan yang bergelar Sultan Iskandar Shah, cucu Raja Bharubhasa yang baru
kembali dari ibu kota Majapahit telah membangunkan semula Empayar Chermin
Jiddah yang telah runtuh dengan mengambil persetujuan dari beberapa negara yang
telah berpecah belah untuk bergabung semula dalam suatu empayar. Baginda
menamakannya “Empayar Majapahit”. Sejarah empayar ini penuh mencatatkan
peperangan demi peperangan dengan Ayudhia. Inilah empayar yang berpusat di
Tanah Semenanjung yang mana sejarahnya amat erat dengan Melaka atau Champa
kerana menentang serangan-serangan Ayudhia itu. Juga inilah Empayar Majapahit
di mana Hang Tuah selalu datang mempertunjukkan kehandalannya melawan tentera
Siam yang selalu menyerang dari Patani dan perkara inilah yang menimbulkan
percanggahan dalam sejarah, kerana orang menggambarkan Majapahit tempat yang
selalu dilawati oleh Hang Tuah ialah Jawa Timur.
Keris kedaulatan Empayar
Majapahit (Keris Pelangi Merbo) ini masih menjadi keris kedaulatan raja-raja
Kelantan turun temurun hingga sekarang. Selepas ini, kami akan lanjutkan
pengisahan Raja-Raja Kelantan dan Patani dari susur galur Ahlul Baits.
EMPAYAR JAWAKA MALAYUR
Pada pertengahan abad ke-13,
dalam zaman pemerintahan Maharaja Suran ketika baginda sedang berperang di Sri
Lanka yang memberontak, empayarnya di Asia Tenggara telah runtuh kerana
pemberontakan anak saudaranya Sang Nila Utama dari Sumatera. Maharaja Suran
telah menggandaikan Pulau Sri Lanka kepada Raja Pandya di India Selatan dan
meminjam sejumlah besar tenteranya untuk menundukkan kembali negara-negara yang
berpisah.
Maharaja Suran memberikan nama
baru bagi empayar Sampugita yang telah runtuh itu dengan nama Empayar Jawaka.
Meskipun baginda masih menjadikan Kelantan sebagai wilayah pusat, namun dalam
zamannya peranan besar Kelantan dalam sejarah mulai surut. Empayar Jawaka
terlibat dalam peperangan dengan Pandya dalam merebut Pulau Sri Lanka dan
peperangan dengan Sukhothai disebelah utara untuk menahan perkembangan bangsa
Thai atau Siam yang mendesak ke selatan.
Penghujung abad ke-13, Raja Sang
Tawal cucu kepada Maharaja Suran memindahkan ibu kotanya dari Kelantan kearah
utara iaitu ke wilayah Phatthalung, hampir dengan Ligor untuk mempertahankan
semenanjung dari ancaman bangsa Thai itu. Baginda menamakan empayarnya yang
telah merosot dengan Malayur. Empayar ini hanya meliputi kawasan dari
Terengganu hingga Sengenting Kra sahaja.
Peperangan menentang Sukhothai
terjadi selama beberapa dekad. Dalam Yuan Shih
ada disebut tentang peperangan yang lama diantara orang-orang Sien
(Siam) dan Mali Yu Eul atau Mali Yu Erh (Malayur) dan oleh kerana ini Maharaja
Tartar yang memerintah China menghantar surat kepada Raja Sukhothai dalam tahun
1295 melarangnya supaya jangan meneruskan peperangan itu.
Akhirnya Empayar Malayur ini
runtuh dalam bahagian pertama abad ke-14 kerana serangan Sukhothai. Raja Sang
Tawal memindahkan ibu kotanya dari Selatan ke Langkasuka.
EMPAYAR SAMPUGITA
Maharaja Sanjaya telah memperluaskan empayar Sri Wijaya Mala yang berpusat di Medang Bhumi. Empayarnya amat luas. Selesai menawan Benua Afrika dan Benua India, Maharaja Sanjaya telah menggelarkan empayar beliau ini sebagai Empayar Sampugita yang bermaksud Nyanyian Sang Bunga yang juga membawa maksud tersirat iaitu perlanjutan bunga teratai yang bernama Sri Wijaya Mala. Sampugita inilah disebut-sebut dalam catatan Arab yang merujuk kepada nama Zabaj.
Ekoran kejayaan memperluaskan
empayar ini, Maharaja Sanjaya telah memasang tekad untuk menakluk
Kusadwipapula. Kusadwipa adalah benua Amerika sekarang ini. Sebagai usaha dalam
merealisasikan hasrat ini Maharaja Sanjaya telah menghebahkan kempen ini ke seluruh
alam nusantara untuk mengumpul bala tentera. Usaha ini dijalankan selama 2
tahun, namun ketika rancak merencanakan rancangan ini Maharaja Sanjaya telah
mangkat pada usia 130 tahun.
Setelah itu, kelantan mengalami
pasang surut dalam pemerintahan. Catatan orang Arab dalam abad ke-9 dan 10
masih menunjukkan pusat pemerintahan empayar ini terletak di Pantai Timur
Semenanjung iaitu di Medang Bhumi. Seorang saudagar Arab yang bernama Sulaiman
telah mencatat dalam bukunya pada tahun 851 Masihi menyatakan bahawa pada suatu
masa, Raja Qamar (Khemra atau Kemboja) telah menunjukkan reaksi untuk
menderhaka kepada Maharaja Zabaj. Apabila berita ini diketahui, baginda telah
menyiapkan angkatan laut dengan helah untuk membuat lawatan ke Kepulauan,
tetapi sebaliknya baginda telah menyerang khemra dengan 1000 buah kapal
berukuran sederhana dan berjaya menawan rajanya, kemudian dibunuh. Kerana
tindakan ini nama baginda telah digeruni sehingga ke negara China dan India.
Riwayat ini telah dipetik oleh Abu Zaid Hassan, disiarkan dalam bukunya yang
ditulis dalam tahun 916 Masihi.
Menurut Abu Zaid, Zabaj terletak
sejauh 10 hari pelayaran dari Kemboja. Ini membuktikan dalam abad ke-10 pusat
empayar masih terletak di Medang Bhumi. Jarak itu adalah sesuai dengan
pelayaran dari Medang Bhumi ke ibu kota Khemra yang terletak tidak jauh dari
Phom Penh.
Dalam abad ke 11, selepas
serangan Rajendra Chola, Raja Padya di India Selatan keatas Sumatera,
Semenanjung dan Segenting yang berakhir dalam tahun 1030 Masihi, wilaya Sri
Wijaya yang berpusat di Kota Palembang bangkit dan menyatukan seluruh
kepulauan. Kemudian, bersama dengan Empayar Sampugita yang berkuasa di
Semenanjung dan Segenting menyerang balas atas negara Pandya di India Selatan
itu.
Dalam abad ke-11 juga, nama
Medang Bhumi untuk Kelantan tua mula lenyap. Menurut riwayat tradisi dalam
zaman ini orang melihat suatu “pancaran sinar” yang kuat pada waktu malam,
memancar dari Bukit Panau yang berbentuk saji terus menjulang kelangit.
Pancaran ini bukan sahaja dilihat oleh penduduk Kelantan, juga
penduduk-penduduk negeri lain, oleh kerana pancaran sinar ini mempunyai satu
pengertian yang rahsia, maka Maharaja Sampugita
pada zaman itu mengubah nama negara pusatnya menjadi “Medang Kilatan
Saji”. Orang-orang Cham dari negara Champa menggelar negeri Kelantan sebagai
Klanjengeh yang bermaksud Cahaya yang
Terang Benderang mungkin gelaran ini ekoran dari kejadian pancaran cahaya itu.
Menurut satu sumber riwayat tradisi Terengganu menyatakan bahawa nama Terengganu
juga berasal dari pancaran sinar yang kelihatan dari arah negeri Kelantan.
Ketika sinar itu memancar, orang-orang Terengganu berkumpul untuk melihatnya
mereka berkata :“terang anu” dan akhirnya menjadi Terengganu” sebagai nama
negeri.
Nama Medang Kilatan Saji itu
kemudiannnya menjadi Kilatan sahaja dan dari nama ini akhirnya menjadi
Kelantan. Nama ini tertera dalam duit emas Kelantan bertarikh tahun 1181
Masihi, ditulis dengan huruf Arab “Kelantan”(K.L.T.N)
Oleh kerana
pertikaian-pertikaian dan
peperangan-peperangan yang berlarutan dengan Pandya terutama dalam merebut
Pulau Sri Lanka, seorang dari Maharaja Sampugita memindahkan ibu kotanya dari
Kelantan ke Kota Kalasapura dalam Gangganagara iaitu Perak dalam abad ke-12.
Sejak itu, Kelantan telah hilang peranannya sebagai ibu kota sebuah empayar.
Buku Ling-wai Tai-ta yang ditulis
oleh Chou Ch’u Fei dalam tahun 1178 dinyatakan bahawa: Raja Fo Lo An dilantik
oleh Maharaja San Fo Tsi. Menurut kajian yang terakhir mengenai lokasi negeri
Fo Lo An ternyata ia adalah Kota Kuala Berang di Ulu Terengganu. Ini
membuktikan bahawa ianya adalah ibu kota Negeri Terengganu pada masa yang
silam. Apabila disesuaikan dengan riwayat tradisi data dari catatan China ini
membuktikan bahawa Kelantan telah menjadi wilayah yang tidak penting lagi. Ini
juga menunjukkan bahawa Maharaja Sampugita yang telah berpindah ke Pantai Barat
telah memberi kepercayaan kepada wilayah Terengganu sebagai pelindung Pantai
Timur.
Dalam bahagian awal dari abad
ke-13, seorang Maharaja Sampugita yang dilahirkan di Gangganagara itu telah
membangunkan kembali Empayar Sampugita dan Sri Wijaya yang telah runtuh baik di
bahagian Dataran dan Kepulauan. Baginda mempunyai pelbagai gelaran antaranya
Brahma, Maharaja Imbang Jaya, Maharaja Mani Jaya, Malim Dewa, Maharaja Bukit Si
Guntang. Dari Gangganagara itu, baginda menguasai seluruh Sumatera termasuk
wilayah Pusat Sri Wijaya iaitu Palembang. Kemudian menakluk Jawa Barat dan
Kalimantan. Kemudian balik kel Kelantan. Dari sini baginda menakluk daratan
termasuk Dvaravati, Kemboja dan Champa.
Chao Ju Kua yang menulis dalam
tahun 1225 ada menyebut tentang satu daftar nama negara-negara di bawah
penguasaan San Fo Tsi iaitu Sampugita terletak dalam kawasan-kawasan yang telah
dinyatakan. Ia menyatakan nama Kelantan terletak di bawah Sampugita.
Chao Ju Kua menyebut seluruh
negeri Pantai Timur Semenanjung dan Segenting sebagai wilayah Sampugita. Ini
memberikan kemungkinan bahawa ketika ia menulis bukunya yang bertajuk Chan Fan
Chih dalam tahun 1225 atau ketika ia masih berada di Asia Tenggara sebelum
beliau menulis bukunya ini, wilayah Sampugita masih terletak di Gangganagara
atau Perak. Chao Ju Kua juga ada menyatakan Kedah yang disebutnya sebagai
Chi-T’o dalam hubungan perniagaan dengan Melabar, ia tidak menyatakan bahawa
Kedah ini terletak dibawah Sampugita. Juga ia menyebut Sampugita sendiri
berniaga dengan Malabar. Ini memberikan gambaran kepada kita bahawa wilayah
Pusat Empayar itu mestilah terletak di Pantai Barat Semenanjung.
Dalam buku San Tsa’i Tu hui yang
ditulis dalam tahun 1607 adalah merujuk kepada sumber-sumber yang lebih tua
dengan meletakkan Fo Lo An iaitu Kuala Berang ibu kota Terengganu tua sebagai
terletak sejauh empat hari empat malam pelayaran dari San Fo Si (Sampugita).
Juga kedua-dua tempat ini mempunyai hubungan menerusi daratan. Hubungan darat
dan laut ini jelas menunjukkan bahawa ianya juga mempunyai hubungan dengan
Kelantan ketika Kelantan menjadi pusat Empayar Sampugita.
Maharaja Imbang Jaya atau lebih
terkenal dengan gelaran Maharaja Bukit Siguntang mempunyai beberapa orang
putera dan puteri. Putera-putera yang terkenal ialah Maharaja Suran yang
menurunkan keturunan Raja-Raja Kelantan, Champa, Patani, Kedah dan lain-lain.
Raja Sang Sapurba yang menurunkan Raja-Raja Jambi, Tumasik, Melaka dan
lain-lain. Seorang puteranya dari gundik bernama Arok menurunkan raja-raja
Singasari dan Majapahit di Pulau Jawa
EMAPAYAR SRIWIJAYA
PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Illahi kerana diberikan kesempatan
kepada kita untuk berkongsi dengan anda semua tentang Empayar Sriwijaya.
Empayar ini tersangat besar hingga tidak dapat digambarkan oleh nenek moyang
kita. Namun begitu, kajian demi kajian dilakukan hinggalah kita didedahkan
dengan penulisan Ustaz Abdullah Mohamed (Nakula) berkenaan kerajaan kuno ini.
Kini, ramai pengkaji sejarah tidak mahu mengakui
Kelantan adalah pusat pentadbiran Empayar Sriwijaya ini. Namun, kita tidak mahu
mempersalahkan sesiapa. Sudah menjadi tanggungjawab anak negeri untuk membuka
kisah nenek moyang mereka untuk tatapan generasi seterusnya.
Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita selongkar
tentang Empayar Sriwijaya.
RAKTAMRITTIKA
Dalam entri sebelum ini kita akan mengisahkan
tentang Yawadwipa dan seterusnya wujud nama Raktamrittika, dan kisah seterusnya
berkembang dari negera Raktamrittika ini.
Pada abad ke-7 dari nama Raktamrittika ini muncul
nama baru iaitu Sri Wijaya Mala yang dinamakan oleh seorang Maharaja yang
bergelar Sri Jayanaga. Nama asal baginda adalah Prabhasadharma namun baginda
lebih terkenal dalam riwayat tradisi Kelantan dengan gelaran Raja Ahmad atau
Tok Raja Jawa.
Selain itu, Baginda juga terkenal dengan gelaran
Maharaja Gegar Alam, Raja Marong Mahawangsa, Maharaja Alif, Maharaja Benua Rom,
Prabhu Wisnu Dewa dan lain-lain nama lagi. Baginda adalah cicit kepada Gautama
yang memberontak kepada Fu-nan dan membina negara baru yang dikenali sebagai
Raktamrittika itu.
Ibu Kota Sriwijaya Mala bernama Valai Penjuru. Pada
tahun 667Masihi, baginda telah menakluk seluruh semenanjung dan mengisytiharkan
nama empayarnya sebagai Sriwijaya.
Kemudian baginda telah menakluk kepulauan Sumatera dan seluruh Asia Tenggara.
Nama Yawadwipa dihidupkan kembali dan ianya terpakai untuk semenanjung ketika
itu.
Lokasi pusat pentadbiran Sriwijaya ini telah diulas
dan dikaji oleh ramai penyelidik, namun pernyataan dari J.L. Moens yang telah
mengkaji lokasi pusat pentadbiran Sriwijaya ini dan beliau telah mendapati
pusat pentadbiran Sriwijaya terletak di Pantai Timur Semenanjung. Pernyataan
beliau berasaskan catatan I-Ching dan juga catatan 2 orang sami Budha yang
dalam perjalanan ke India iaitu Wu Hing dan Che Hong. I-Ching dalam pelayaran
beliau dari China ke India pada tahun 671M telah singgah di Negeri Malayu yang
ketika itu mempunyai pemerintahan mereka sendiri.
Kami akan mengulas lebih lanjut tentang pencarian
lokasi sebenar pusat pentadbiran Sriwijaya dalam entri berikutnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


