Kini Ramadhan 1435H telah memasuki 10 hari terakhir yang mana akan tiba Lailatulqadar antara 10 malam terakhir ini, kita dikejutkan dengan Pesawat MAS, MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh sama ada oleh Pemberontak Pro-Ukraine atau Pro-Russia pada Khamis, 17 Julai 2014.
Setelah Tragedi MH370 pada Mac lalu, kini ramai masyarakat umum sedang berspekulasi dan membuka teori-teori konspirasi.... pada kami, tindakan ini seolah-olah tidak menghormati perasaan ahli keluarga 295 krew dan penumpang. Pada asasnya, spekulator yang membuat spekulasi adalah satu langkah yang baik untuk kita mendapat ilmu tentang sesuatu isu, tetapi apabila ianya dibincangkan secara umum ia menjadi satu tuduhan yang tidak berasas dan mungkin menjejaskan siasatan dari pihak berkuasa.
Spekulasi MH370 beransur-ansur hilang pada Mei lepas, pelbagai teori dikemukakan namun pesawat itu tetap tidak dijumpai, justeru apa yang spekulator itu dapat?
Spekulator ini kebanyakkannya terdiri daripada Blogger yang cuba menangguk di air keruh untuk meningkatkan rating blog mereka seterusnya menjana untung melalui penyiaran iklan di blog mereka. Tindakan ini sewajarnya dikutuk dan tidak patut dibuat pada masa semua orang bersedih dan terkejut.
MH17 telah disahkan ditembak jatuh oleh sistem pertahanan peluru berpandu, BUK Missiles namun hingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Dalam insiden ini Malaysia adalah mangsa akibat konfrontasi Ukrine-Russia yang berlarutan semenjak Januari lagi, manakala USA telah memberi respon terhadap peristiwa ini. Jelas disini, isu ini adalah satu isu GLOBAL yang bukan boleh diulas sebarang blog kerana ia bersabit dengan isu perang dan kedaulatan dan ianya sangat complicated untuk orang biasa fahami.
Perasaan ahli keluarga dan sahabat handai
Admin sebenarnya masih terkejut dengan Insiden ini kerana salah seorang kenalan juga turut menaiki pesawat itu. Beliau dalam perancangan mahu pulang ke Pagoh, Johor untuk menyambut Aidilfitri setelah dua tahun tidak pulang ke kampung. Beliau merupakan salah seorang pemimpin pelajar Malaysia di Netherlands dan pernah menjadi spoke person ketika Program Ramah Mesra MAS-NL dengan Timbalan Perdana Menteri di Amsterdam pada Mac yang lalu.
Apabila mendapat berita tentang perkara ini terus kami teringat kepada beliau kerana sebelum boarding beliau telah mengemaskini status Instagram beliau dengan #hatisedikitgentar disertakan gambar MH17 yang akan dinaiki beliau. Tapi kami tidak ambil pusing kerana agak cemburu memandangkan tahun ini kami tidak pulang ke Pasir Mas ditambah pula melihat beberapa rakan kami update status tentang perancangan mereka yang akan pulang dan telah selamat tiba di Malaysia sempena Summer Holiday di Eropahdan Aidilfitri di Malaysia pada wall Facebook masing-masing.
Awalnya, kami ingin menafikan perkara ini dan tidak dapat menerima berita ini. Pilu dan sebak mula menghurung hati apabila melihat wall FB beliau sepi dengan setiap komen dan tag tidak berbalas. Di Group FB MAS-NL juga hangat berbicara tentang beliau, akhirnya berita beliau dalam pesawat tersebut disahkan apabila dua orang rakan kami yang menghantar beliau mengesahkan dia telah menaiki pesawat malang tersebut.
Hingga kini, dua orang rakan kami tersebut masih trauma dan terkejut walaupun mereka redha dengan apa yang berlaku terhadap beliau. Ini hanyalah sekelumit kisah tentang perasaan sahabat dan rakan taulan seorang mangsa, yang lebih tragik terdapat 6 orang sekeluarga dari UK untuk pulang ke Sarawak juga maut.
Pasti perasaan sedih dan pilu berganda-ganda ditanggung oleh ahli keluarga 295 yang terkorban dalam insiden ini. Justeru, kami menyeru kepada seluruh spekulator, tolong sensitif dan jangan suka-suka menyebarkan spekulasi anda, sila bincang secara tertutup dan jika maklumat anda benar, mohon majukan kepada pihak berkuasa.
Kami di PPSK juga mampu untuk membuka teori-teori berkenaan insiden ini, tetapi kami tidak berbuat begitu semenjak Tragedi MH370 kerana kami tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sememangnya telah keruh!
Dikongsikan sedikit maklumat mengenai sahabat kami yang terkorban dalam Insiden MH17.
Gambar ini dirakam candid semasa Ramah Mesra Pelajar-Pelajar Malaysia dengan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada Mac 2014.
Footage ini telah menjadi viral buat sekian masa di Malaysia. Ianya adalah berkenaan tentang hubungan Palestin dengan Jerman ketika era Perang Dunia ke-2. Palestin telah diwakili oleh Mufti Besar Baitulmaqdis ketika itu Syeikh Amin al-Husaini dengan Adolf Hitler.
Di Facebook contohnya, ianya telah disiarkan oleh D' Nik Hua IV Funnymelalui akaun beliau. Jelas dalam klip tersebut, begitu erat hubungan mereka berdua. 15 tahun dahulu, dunia ini memandang Nazi dan Hitler sebagai sebuah Kuasa Jahat yang hingga kini terasa kezaliman yang mereka lakukan ketika Perang Dunia.
Tetapi ianya tidak berlaku pada masa sekarang. Generasi kini melihat Nazi dan Hitler sebagai "Hero" dalam membasmi Yahudi. Mungkin kerana dihimpit dengan rasa simpati kepada rakyat Palestin dan kita tidak boleh melakukan satu tindakan fizikal yang berkesan telah menyebabkan generasi kini mengkaji dan mencari maklumat mengenai Yahudi, dan kini kita ditemukan dengan footage sebegini. Maka Di tambah pula satu pendedahan melalui Utusan Malaysia 19/5/2006 seperti berikut:
Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam
Susunan: SITI AINIZA KAMSARI
Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!
Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.
Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.
Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.
Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.
Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.
Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.
Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.
Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.
Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.
Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.
Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.
Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.
Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.
Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.
Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.
Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.
Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam, katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.
Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini, katanya.
Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.
Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.
Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?
Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.
Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel, katanya.
Footage dan Artikel dari Utusan ini cukup mengkagumkan kita dan ada mula menyanjung Hitler sebagai orang yang membela Islam dan mengecam serta membenci Yahudi dan paling terkesan dengan info grafik seperti ini :
Sedarkah kita bahawa ketika sebelum Perang Dunia ke-2, Palestin telah dijajah oleh British setelah Empayar Turki Uthmaniyah tumbang ketika tamat Perang Dunia Pertama pada 1918. Pada tahun tersebut juga imigran Yahudi berbondong-bondong memasuki Jerusalem yang waktu itu dikenali sebagai Palestin. Sudah pasti perakara ini tidak disenangi oleh penduduk-penduduk asal Palestin pada masa itu.
Sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama, Palestin yang menempatkan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa merupakan satu kawasan di bawah Empayar Turki Uthmaniyah. Yahudi sentiasa ingin kembali semula ke Jerusalem kerana beranggapan itu adalah Promissed Land kepada mereka. Di bawah gerakan Zionis yang diasaskan oleh Theodore Herzl sedaya upaya untuk memasuki Palestin.
Pelbagai cara dan taktik digunakan oleh Herzl namun Khalifah ketika itu, Sultan Abdul Hamid II menolak segala permintaan dan kesediaan Yahudi-Zionis, hinggalah naiknya Mustafa Kamal Attaturk.
Semenjak kejatuhan Empayar Turki inilah, Palestin menjadi tanah jajahan Empayar British. Bila situasi ini berlaku, pasti penduduk asal akan menentang sesuatu yang mereka tidak rela. Dalam Perang Dunia Pertama, Turki merupakan sekutu utama kepada Jerman, justeru apabila berlakunya Perang Dunia Kedua, penduduk Palestin pastinya tidak akan menyokong British. Kerana itu, kerjasama erat boleh dijalinkan antara Jerman dan Palestin serta negara-negara Balkan yang juga merupakan sebahagian bekas Empayar Turki Uthmaniyah. Jerman juga boleh bertolak ansur dengan Muslim kerana Dunia Islam telah membantu mereka ketika era Perang Dunia Pertama. Ini adalah sedikit maklumat untuk menjelaskan bagaimana Dunia Islam boleh berkerjasama dengan Jerman ketika Era Perang Dunia ke Dua... Ianya bukanlah kerana Dunia Islam mahu menakluk Dunia, tetapi ianya lebih kepada menentang pendudukan British ke atas Tanah Para Nabi. Kami berharap, agar masayarakat sedar akan perkara ini. Jangan kita mengagungkan Fahaman Nazi kerana mereka pernah membela Islam, sedangkan mereka pada masa itu mencari sokongan dari Dunia Islam yang ketika itu menguasai hampir separuh dari Eropah Barat. Sekian... Wallahualam.
Sudah 2 minggu kita dalam Bulan Ramadhan, sebuah bulan yang mulia dalam Kalendar Islam. Pada bulan ini adanya Lailatulqadar dan kita digalakkan menggandakan ibadah. Pastinya kini masjid dan surau seluruh negeri penuh dengan kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan.
Sebahagian dari kita juga kelihatan giat untuk mempersiapkan diri untuk menyambut Hari Raya... Itu sudah menjadi kemestian dan sebenarnya ianya digalakkan. Namun, kita juga diingatkan untuk tidak berlebih-lebihan dalam membuat persiapan, cukuplah sekadar dengan kemampuan masing-masing. Yang penting ianya untuk menyambut kemenangan kita.
Pada yang lebih ingatlah pada mereka yang kurang. Zakat ditunaikan dan banyakkan bersedekah. Memberi makan kepada orang-orang berpuasa akan Allah ganjarkan pahala dan diberkati kehidupan mereka. Insha Allah.
Saban tahun juga, Pasar Ramadhan dibuka segenap ceruk. Inilah kemeriahan Ramadhan di Negeri kita amnya, dan Malaysia khususnya. Ada masa kita terlupa bukan semua bernasib baik seperti kita. Sangat banyak negara Islam terhimpit dengan pelbagai masalah yang mengekang mereka untuk beribadat dan menikmati keindahan berpuasa seperti kita di Malaysia.
Palestin dan Syria kini mendapat perhatian Dunia kerana negara mereka diancam perang. Peperangan di Syria bolehlah dipandang sebagai satu Perang Saudara dan berlainan di Palestin kerana mereka di serang oleh Tentera Israel.
Boleh kata, setiap kali bulan Ramadhan, mereka di serang pada skala besar.. dan sebenarnya mereka sentiasa diserang cuma dalam skala yang lebih kecil... Serangan pada tahun ini adalah antara yang terbesar dan serangan balas dari Palestin melalui Hamas juga telah mengecutkan hati askar dan rakyat Israel.
Kebencian Dunia memuncak kepada serangan Israel kerana dewasa ini banyak tersebar gambar dan klip video memaparkan keganasan tindakan askar dan polis Israel terhadap Wanita, Kanak-Kanak & Orang Tua Palestin.
Masyarakat Barat misalnya, di bawah nama Hak Asasi Manusia (Human Right) mengutuk tindakan Israel kerana mereka bertindak diluar norma-norma kemanusian dan kasih sayang. Justeru banyak kita lihat perarakan dibuat di US, England dan beberapa negara Eropah, termasuklah sekelompok Rabai Yahudi juga mengutuk tindakan Israel kepada Palestin.
Negara-negara Arab kelihatan membisu dalam soal ini. Mungkin mereka bersikap sedemikian kerana mereka sudah teruk diasak akan isu di Syria. Indonesia negara yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang paling ramai buat masa sekarang "SIBUK" dengan Perang Jokowi-Probowo dan mereka juga dalam kepeningan yang tidak berkurangan. Di Malaysia pula, kita telah melancarkan beberapa langkah seperti biasa iaitu dengan memboikot produk Israel terutama Coca-Cola dan McDonald serta KFC dan Burger King dan ini dilihat sebagai satu serangan dari Malaysia. Selain itu banyak Badan-Badan Amal seperti Aman Palestin bertindak mengumpul dana dan bantuan untuk dihantar ke Palestin selain dari itu Perdana Menteri kita juga telah mengutuk tindakan Israel melalui Akaun Twitternya...
Rakyat Malaysia juga telah menjadikan Facebook dan Twitter sebagai satu medan untuk mereka melontarkan bantahan dan kutukan kepada tindakan Israel tersebut. Pelbagai pendapat mereka lontarkan... namun sebahagian besarnya tidaklah nampak kesannya terutama dalam gesaan mereka untuk Malaysia menghantar angkatan Bala Tentera ke Palestin. Gesaan sebegini mungkin diluahkan secara emosional dan tidak memikirkan akan proses dan tatacara dalam menghantar bantuan kententeraan secara fizikal.Rasanya, tindakan Kerajaan tidaklah dijalankan secara terang-terangan dan kita tidak perlu tahu pun..
Selaku rakyat Malaysia yang lemah dan tidak berupaya, apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah dengan Berdoa... kerana DOA adalah SENJATA AMPUH ORANG-ORANG MUKMIN selain itu. Sokonglah gerakkan yang dapat melumpuhkan Israel dalam ruang keupayaan kita...
SESUNGGUHNYA, SAUDARA-SAUDARA KITA DI PALESTIN SEDANG DIJEMPUT ALLAH S.W.T. KE SYURGA... DOAKAN AGAR URUSAN MEREKA DIMUDAHKAN ALLAH.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat
sahabat-sahabat sekalian. Ambo sebenarnya dalam proses pembacaan untuk artikel
sejarah Kelantan. Namun Semenjak hari sabtu (8 Mac 2014) seluruh Dunia memberi tumpuan kepada Malaysia ekoran
kehilangan pesawat Boeing 777 di bawah label MH370. Insiden ini juga mengatasi isu Crimea yang mana Russia dan Ukrine kini diambang perang.
Cable News
Network (CNN) pada 8-9 Mac mengadakan Breaking
News setiap 30 minit dan menandakan insiden ini adalah top isu. Buat 10 jam
pertama CNN merakamkan takziah buat penumpang dan krew pesawat MH370, kini
hampir 100 jam kehilangan pesawat ini masih menjadi misteri kerana tidak menemui sebarang petanda dan
petunjuk bahawa ianya terhempas ke laut. Bukti yang sering diputar adalah kehilangan pesawat tersebut di radar menara
kawalan.
Hal ini menjadi misteri kerana tiada kesan langsung
ianya terhempas di kawasan terakhir ianya hilang dari radar. Kerajaan Malaysia
melalui agensi-agensi yang berkenaan telah dikerahkan untuk mencari dan
menyelamat dengan bantuan negara-negara serantau dan dalam masa sama CNN menyindir usaha yang dijalankan. Itu
CNN, satu sedutan berita dari Australia pula menyiarkan klip video memaparkan co-pilot mempelawa dua orang gadis
Australia ke kokpit sebuah pesawat. Sejauh mana kebenaran tidaklah dapat
dipastikan kerana banyak pihak mahu mengambil kesempatan keatas peristiwa yang
mendapat liputan dari seluruh dunia.
Apa sekalipun teori dan spekulasi, jawapan yang
paling jelas disini ialah, ianya BELUM DITEMUI!! Segala-galanya akan terjawab
apabila pesawat malang ini ditemui.
Sebenarnya, nahas
uadara juga berlaku di Malaysia, cuma ia melibatkan helikpoter (TUDM dan
Private) serta kapal terbang kecil, dan ia melibat korban yang kecil. Yang
menjadi luarbiasa dan mendapat perhatian dunia kerana insiden ini melibatan 239
nyawa dari 14 negara asing.
BOEING777
Pelbagai teori yang menjurus kepada spekulasi boleh
kita utarakan, aspek ini ramai yang tulis. Satu perkara yang tidak kita ambil
peduli iaitu pesawat Boieng777 adalah sebuah pesawat yang terbukti antara yang
paling selamat di dunia.
Pesawat ini buat pertama kali diperkenalkan kepada
dunia pada tahun 1994, dan pertama kali diguna pakai sebagai pesawat penumpang
pada 1995. Sebanyak 70 insiden yang melibatkan pesawat ini direkodkan dengan
insiden terburuk yang menimpa Asiana
Airlines Flight 214 yang terhempas di Sans Francisco pada 2013.
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) memiliki 15
pesawat Boieng 777 dan pembelian pesawat model tersebut bermula pada tahun
2002. Pesawat ini terkenal sebagai pesawat jarak jauh dan ia mampu terbang dari
London ke Los Angles atau Tokyo ke Sydney dan beroperasi tanpa henti selama 19
jam. Pakar penerbangan juga menyatakan bahawa ia adalah antara pesawat yang terbaik
pernah dibina dengan reputasi cemerlang.
Bagi MAS, ini adalah kali kedua selepas tragedi
MH653 yang dirampas dan akhirnya terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada 4
Disember 1977 yang mengorbankan 100 orang termasuk beberapa orang kenamaan.
JURUTERBANG
CEKAP DAN PESAWAT PALING SELAMAT
Komboniasi ini pastinya gabungan sempurna pada mata
kasar, namun kekuasaan Allah s.w.t. itu lagi hebat. Itulah analogi yang tepat
dengan tembual antara krew MHI dan Buletin Utama di TV3 dengan bekas
juruterbang Boieng777, Kapten Norudin Abd. Majid seperti dalam klip ini.
Jika anda menonton klip yang ambo kepilkan ini,
maka kita telah menemui titik persamaan.
Marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar
semuanya dipermudahkan dan diberkati...sama-sama kita bertawakal...
Gambar Hiasan : Kelewang adalah senjata kegemaran Adruja
Pendahuluan
Adruja Wijayamala Singha merupakan salah satu kunci Rahsia Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang jarang diketengahkan tetapi sering diingati sebagai satu ikon wanita yang dominan bagi masyarakat Melayu-Kelantan.
Berdasarkan Sejarah Kelantan, beliaulah yang digelar sebagai Che Siti Wan Kembang, Raja Perempuan Kelantan yang mengangkat martabat Wanita Kelantan. Namun, kisahnya sering samar-samar kerana terdapat beberapa individu yang menggunakan gelaran yang sama.
Peribadi Adruja Wijayamala Singha
Sejak dari zaman kanak-kanak lagi, Adruja sudah mahir menunggang kuda, dan bermain senjata seperti kelewang dan berperwatakan seperti lelaki. Namun begitu, unsur wanita tetapi subur berikutan beliau gemar akan bauan wangian kayu cendana yang dicampurkan kedalam minyak wangi yang diperbuat daripada Bunga Melur.
Ketika meningkat remaja, beliau menjadi pembantu ayahandanya di medan perang sebagai pembawa Panji-Panji Kerajaan Grahi ketika Sang Tawal berangkat ke medan perang menentang Siam Sukhothai. Setelah perang berakhir, dia akan membantu merawat tentera yang cedera. Pengalaman ini telah membuatkan dia memahami keadaan dan selok belok peperangan.
Melihatkan keadaan tentera Grahi yang kurang bersemangat dan mudah berundur tatkala diasak membuatkan Adruja membentuk sebuah pasukan tentera yang terdiri daripada wanita. Pembentukan pasukan tentera Wanita Grahi ini bermatlamat untuk mempertahankan kaum wanita yang seringkali diperkosa oleh tentera Siam yang menyerang kampung-kampung yang jauh daripada Kota Grahi serta ingin membuktikan bahawa golongan wanita juga mampu dan setanding dengan golongan lelaki di Medan Perang.
Pada mulanya cadangan Adruja untuk menubuhkan pasukan tentera dari kalangan Wanita Grahi mendapat tentangan daripada ayahandanya, Sang Tawal dengan anggapan wanita pada masa itu hanya terhad kepada memasak dan merawat tentera yang cedera sahaja. Namun, setelah dikenangkan jasa Adruja yang sering membawa panji-panji Perang Grahi di medan perang, Sang Tawal telah berubah fikiran dan membenarkan Adruja menubuhkan pasukan tentera wanita Melayu yang pertama.
Memandangkan sikap agresif puteri Grahi itu, Sang Tawal cuba untuk menyelamatkan Adruja dari terjerumus dalam medan perang dengan usaha mengahwinkan beliau. Tetapi usaha ini tidak dapat mengekang semangat juang Srikandi itu dengan memberi syarat bahawa sesiapa yang dapat mengalahkan dia dalam pertarungan satu lawan satu boleh berkahwin dengan beliau. Syarat ini sebenarnya berat kerana pertarungan satu lawan satu diakhiri dengan kematian lawan.
Pasukan Bersenjata (Seri Wijayamala)
Setelah cadangan Adruja untuk menubuhkan pasukan tentera diperkenankan oleh Sang Tawal makan bermulalah usaha beliau untuk merekrut semua golongan wanita Grahi untuk menjadi tentera.
Golongan Wanita Perawan telah menolak untuk menyertai pasukan tentera tersebut, kemudian Adruja beralih dengan mendekatan golongan janda muda yang kematian suami dalam medan perang untuk berjuang bersama-sama beliau. Pada awalnya, usaha beliau telah ditempelak sebilangan janda muda yang berpendapat bahawa wanita hanya berkerja memasak dan merawat askar sahaja.
Adruja telah murka dan menyatakan bahawa, kaum wanita tidak boleh sahaja bergantung harap pada kaum lelaki sekiranya mahu meneruskan survival dalam ancaman Siam. Adruja juga menganggap bahawa perjuangan mereka adalah untuk kebenaran dan ia adalah jalan untuk Syahid di jalan yang benar jua.
Setelah mendengar kata-kata Puteri Raja itu, ramai wanita telah menyertai angkatan Perang Grahi dan pasukan ini dinamakan sebagai Seri Wijayamala dan ia diketuai oleh Adruja sendiri. Kemudian beliau telah melengkapkan peralatan perang bagi pasukannya dan juga membeli kuda untuk memperkuatkan pasukannya. Senjata-senjata pula telah diubahsuai agar sesuai untuk digunakan oleh wanita. Seekor kuda putih juga telah didapatkan untuk tunggangannya dan ia dinamakan sebagai Halilintar. Kebanyakkan kelengkapan ini diperoleh dari para pedagang Arab dan Turki yang singgah berdagang di pelabuhan berhampiran Kota Grahi. Melalui para pedagang inilah Adruja mempelajari Bahasa Arab dan Turki.
Seri Wijayamala bersedia
Pasukan Khas yang terdiri dari Wanita Grahi yang diketuai oleh Adruja telah siapa sedia dan jumlah mereka hanyalah 41 orang sahaja. Walaupun sedikit pasukan kita terdiri daripada mereka yang mahir dalam penggunaan senjata. Mereka semua adalah janda kematian suami dalam perang, hamba abdi dan budak suruhan.
Melihatkan sekumpulan wanita, ada Panglima Grahi mempersoalkan akan keupayaan pasukan itu. Namun segala terjawab apabila seorang penolong Adruja yang bernama Puspa memperlihatkan kehandalannya memanah. Perkara ini disaksikan sendiri oleh Sang Tawal dan menteri lain dan mereka memperakui kebolehan pasukan tersebut. Peristiwa ini dicatat berlaku dalam tahun 1317.
Saat Sukhothai melancarkan serangan keatas Grahi dan Ibu Kotanya telah diketahui oleh semua angakatan Grahi, namun kerana lama bertahan menyebabkan sebahagian angkatan tentera Grahi menjadi leka. Pasukan Seri Wijayamala terus siap siaga sepanjang masa.
Hinggalah seorang anggota pasukan Adruja melihat anak panah berapi dari arah sebuah kampung dan menyedari bahawa kampung tersebut telah dilanggar oleh Sukhothai. Adruja dan pasukannya tidak berlengah lagi dan mereka terus menuju kearah anak berapi itu. Setibanya di kawasan tersebut, mereka melihat pasukan Sukhothai sedang mengganas dan ramai menjadi mangsa.
Adruja tidak dapat lagi menahan amarah apabila melihatkan seorang Panglima Sukhothai cuba memperkosa seorang gadis dari kampung yang diserang itu. Dia telah memenggal kepala Panglima itu dengan Kilatan, Kelewang yang menjadi senjata rasminya. Lantas, beliau telah mengarahkan semua pengikutnya menghapuskan semua penceroboh itu. Tiada seorang pun tentera Sukhothai kembali ke pengkalan mereka pada malam itu!
Raja Rama Khamheang maut dipenggal kepala oleh Adruja
Adruja Bertindak bersama Seri Wijayamala
Angkatan Siam Sukhothai mula berasa gentar apabila tiada seorang pun anggota pasukan yang menyerang perbatasan Grahi kembali semula ke pengkalan. Jumlah mereka dikatan ratusan orang. Perkara ini sedikit pun tidak menjejaskan semangat Rama Khamhaeng dan dia bertekad untuk menyerang Kota Grahi sekali lagi dan dia sendiri akan mengetuai angkatan Sukhothai kali ini.
Persiapan Sukhotai telah diketahui oleh Sang Tawal dan segera menyiapkan angkatan Grahi. Kali ini, baginda menitahkan agar Adruja kekal di dalam Kota. Berlakulah peperangan antara angkatan Sang Tawal dengan angkatan Rama Khamhaeng. Selaku penyerang, sudah tentu Khamheang banyak idea, serangan kali ini dilancarkan dengan dua ketumbukan. Pertama berperang secara terus dengan angkatan Grahi, dan pasukan kedua melancarkan serangan mengejut keatas Kota Grahi ketika seluruh angkatan Grahi bertumpu di kawasan perbatasan. Pasukan Adruja mempertahankan kota tersebut sedaya upaya. Akhirnya, kota tersebut dapat mengekang serangan Sukhothai yang dilancarkan secara mengejut itu.
Tindakan serangan mengejut itu, memberi isyarat kepada Pasukan Adruja bahawa angkatan Grahi sedang menghadapi serangan yang dahsyat. Lantas Adruja dan pasukan Seri Wijayamala turun ke medan perang tanpa memikirkan keselamatan mereka lagi.
Mematahkan sesuatu serangan adalah dengan cara menumpaskan Panglima Perang untuk sesuatu serangan. Pada serangan kali ini, Rama Khamheang merupakan Panglima Perang dan sudah pasti ia menunggang gajah atau kuda yang berlaianan dari anggota yang lain.
Adruja telah mengesan kedudukan Panglima Perang pada saat itu, iaitu dikawal dan menunggang Gajah Hitam dan ia kelihatan gah. Anggota Seri Wijayamala juga membantu serangan itu dengan menumpaskan pengawal sekeliling gajah Rama Khamheang untuk memudahkan laluan Adruja yang meluru laju dengan Halilintar telah melompat ke atas gajah hitam Ramkhamheang lantas memenggal kepala Raja Sukhothai itu.
Badan Raja Sukhothai itu diheret ke laut dan kepala disimpan oleh pasukan Seri Wijayamala. Perbuatan ini membuatkan tentera Sukhothai penasaran. Tentera yang mengejar badan yang dibawa lari itu dipanah dan dicantas kepalanya. Yang cuba merenggut kepala Khamheang juga dicantas kepalanya. Pendek kata, dengan kematian Rama telah membuatkan angkatan Sukhothai hilang arah.
Penutup
Begitulah ketokohan Adruja Wijayamala Singha. Kejadian Adruja memenggal kepala Rama Khamheang dicatat berlaku pada tahun 1317. Perbuatan melarikan kepala Khamheang membuatkan Sukhothai kendur dan takut kepada Adruja. Hal ini juga membuatkan Siam Sukhothai terus berdendam dengan Orang-Orang Melayu!