SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 21 July 2014

LALUAN UTAMA DAN ALTERNATIF PULANG KE KELANTAN

Syawal akan menjelma kurang lebih seminggu lagi. Pastinya ramai telah membuat persiapan untuk pulang. Harapnya anda sudah servis kereta siap-siap... Paling awal perantau akan pulang ke kampung halaman pada hari Rabu, 24 Julai dan mungkin paling lewat pada hari Sabtu.. Isnin dah hari raya... tiada orang bekerja pada hari ahad, kecuali di Kedah, Terengganu, dan Johor.

Berikut kami kongsikan laluan utama perantau yang akan tempuhi:

Dari Alor Setar dan Kangar :


Lebuh Raya Utara Selatan > Kuala Pegang > Baling > Gerik > Jeli 
Dari Jeli anda boleh ke Rantau Panjang - Pasir Mas melalui Panglima Bayu - Lubuk Setol.

Anda dari Penang ada dua pilihan sama ada melalui Ipoh terus ke Jelai melalui Cameron Highlands-Gua Musang atau balik melalui Butterworth menggunakan Highway BKE dan terus ke Pengkalan Hulu > Gerik > Jeli


Perjalanan dari arat Utara ke Kota Bharu adalah selama 6 jam dengan jarak hampir 400 Kilometer. Masa 6 jam adalah perjalanan pada hari biasa, dan akan bertambah pada musim perayaan bergantung kepada aliran trafik.


Dari Ipoh, Perak : 


Jika anda dari Ipoh, terdapat dua laluan yang boleh anda ambil iaitu seperti yang dicadangkan dalam peta ini iaitu:
1) Ipoh - Lebuhraya Utara Selatan - Kuala Kangsar - Gerik dan laluan sama seperti dari arah Alor Setar dan Kangar hingga ke Kota Bharu

2) Ipoh - Jelai - Cameron Highlands - Gua Musang

**Satu lagi laluan pintas dari Perak ke Pahang untuk mengelak KL adalah dari Tanjung Malim - Kuala Kubu Bahru - Genting Highland - Karak

Laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu



Tol Gombak - Highway Karak - Genting Sempah - Tol Karak - Bentong - Raub - Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Ketereh - Kota Bharu.

Laluan Alternatif:





Dari Negeri Sembilan dan Melaka


Dari Senawang atau Seremban atau juga dari Melaka pasti anda akan pilih laluan Kuala Pilah - Serting - Muadzam - Kuantan - Jerangau - Jabor dan berita baik, LPT Fasa 2 telah dibuka iaitu laluan Jabor - Cheneh yang akan menjimatkan Satu jam masa anda.



Dari Johor Bharu


Jika anda dari JB, laluan yang patut anda ambil adalah:
Segamat Muadzam - Kuantan - Jabor - Cheneh - Bukit Besi - Kuala Terengganu (Batu 6) - Sungai Tong - Jerteh - Pasir Puteh atau

2) Kota Tinggi - Mersing - Endau - Rompin - Pekan - Kuantan - Jabor - Cheneh

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG & HATI-HATI DI JALAN RAYA

Kalau Tak Jam, Bukan RAYA namanya!!

KEMERIAHAN HARI RAYA AIDILFITRI DI KELANTAN

Pernyataaan Aidilfitri di Kelantan tidak meriah adalah tidak benar dan disangkal walaupun ianya tidak semeriah di negeri-negeri lain. Sambutan Aidilfitri di Kelantan adalah meriah kerana waktu inilah anak-anak Kelantan dari Perantauan pulang ke kampung halaman di seluruh negeri. Kebiasaannya tiket bas dan keretapi akan habis sebulan sebelum Ramadhan lagi dan wujudlah pengusaha bas yang membuat perkhidmatan Bas Tambahan dengan harga tiket agak mahal berbanding dengan syarikat bas rasmi.

Hujung minggu di Kota Bharu kebiasaannya akan menjadi sesak, dan dua minggu sebelum Syawal menjelma bandaraya ini bertambah sesak. Manakala seminggu sebelum Syawal, ianya akan “dikuasai” oleh perantau yang pulang ke Kelantan sempena Aidilfitri.

Kesesakkan jalan raya di Kota Bharu menjelang Aidilfitri sudah menjadi lumrah. Pihak kerajaan negeri telah memperbaiki Jambatan Sultan Yahya menjadi 4 lorong dan pembinaan Flyover dari arah Jambatan ke Wakaf Siku untuk mengurangkan kesesakkan di kawasan Kampung Sireh. Jalan utama dalam pusat bandar Kota Bharu juga telah dinaik taraf kepada 4 lorong, namun aliran trafik kian bertambah.
 
Gambar Hiasan, : Kesesakkan di Lebuh Raya Karak (Harian Metro)
Perantau sudah lali dengan kesesakan lalu lintas mejelang syawal. Pernah suatu ketika kesesakkan jalan raya bermula dari Tol Karak hinggalah ke Gua Musang dan kami sendiri pernah merasai perjalanan selama 17 jam dari Kuala Lumpur melalui Karak – Raub – Kuala Lipis – Gua Musang.  Pertambahan aliran trafik ini juga mengundang kemalangan jalan raya ditambah faktor jalan raya yang tidak berapa elok.

Semenjak 2012, laluan Raub – Kuala Lipis telah dipertingkatkan, dimana jalan raya telah dilebarkan namun kesesakkan jalan raya pada musim perayaan terutama Aidilfitri masih pada tahap yang sama berikutan pertambahan kenderaan. Isu kesesakkan jalan raya paling teruk rasanya dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu, dan 2013 pihak kerajaan negeri telah melancarkan Projek Pembinaan Lebuh Raya Rakyat, kami tidak dapat pastikan sejauh mana perkembangan projek tersebut memandangkan selepas PRU-13 Exco yang bertanggungjawab juga sudah bertukar.

Perancangan untuk Lebuh Raya Rakyat

Di bandar-bandar seluruh Kelantan seperti Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, juga mengalami kesesakan jalan raya. Pasir Mas misalnya, kebiasaan traffic Jam bermula dari simpang Jambatan Tendong hingga ke Bandar Pasir Mas, jalan kampung juga sesak dan agak teruk kerana kenderaan yang banyak dan jalan yang sempit.

Ringkasnya, kesesakkan jalan ini bukan hanya berlaku di Kelantan tetapi seluruh negara juga begitu. Kerana amalan masyarakat kita adalah berkunjung antara saudara mara dan rakan taulan. Semua orang begitu dengan tujuan yang sama kecuali destinasi sahaja yang berlainan. Justeru, tidak menghairankan jika jalan raya menjadi sesak.

Inilah kemeriahan sebenar Hari Raya buat orang dewasa, Kalau Tidak Jem, bukan Raya namanya!
Kemeriahan Hari Raya yang sebenar adalah seluruh ahli keluarga berkumpul bersama-sama dan berkongsi kisah masing-masing.




HATI-HATI MEMANDU, INGAT ORANG TERSAYANG, INGAT KEPADA AYAH BONDA YANG MENUNGGU KEPULANGAN ANDA.... JANGAN BIARKAN HANYA TUBUH ANDA PULANG!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 

MAAF ZAHIR BATIN!!



#Rindu dengan Nasi Dagang dan Kuih Semperit

Konflik Ukraine-Russia dan MH17

Saat ini, pihak berkuasa Russia dan Ukraine sedang tuduh menuduh antara sama lain dan tidak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian Tembak Jatuh Malaysian Airlines MH17 pada 17 Julai 2014. Masing-masing mengatakan mempunyai bukti siapa yang bersalah, tetapi dalam masa sama terdapat usaha kedua pihak untuk melupuskan bukti dan Kotak Hitam pesawat tersebut telah hilang dipercayai diambil oleh pihak Russia.

Begitulah perkhabaran yang kita terima. Seolah-olah pekara ini menjadi mainan kepada mereka. Kita sedar, Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa yang besar, namun perkara ini tidak boleh dipandang enteng. Saat ini Pasukan Penyiasat Antarabangsa  dianggotai pihak kesalamatan negara asal penumpang dan krew telah dihalang oleh pihak pemisah yang menguasai kawasan nahas tersebut.

Apa sebenarnya yang berlaku di Ukraine?

Ukraine mempunyai sejarah yang panjang, ringkasnya ia telah merdeka daripada  Kesatuan Soviet (USSR) pada Ogos 1991. Sepanjang berada di bawah Kesatuan Soviet, memang terdapat gerakkan pembebasan daripada rakyat Ukraine, hinggalah mereka mencapai kemerdekaan ekoran kelemahan pentadbiran soviet pada dekad 90an.

Walaupun sudah merdeka, Russia masih mengekalkan Aset Ketenteraan mereka dalam wilayah Ukraine. Semua pengamat politik antarabangsa mengetahui Russia menempatkan Armada Laut Hitam di Pelabuhan Sevastopol di Semenanjung Crimea yang juga sebuah wilayah autonomi Ukraine. Dianggarkan sejumlah 300 buah atau lebih kapal perang Russia ditempatkan di pelabuhan itu.

Pastinya Russia tidak akan mengalih dengan mudah aset mereka ini, dan sebagai menghormati yang mungkin juga tunduk kepada tekanan dunia pada 1997 Russia dibawah Presiden Boris Yeltsin telah membayar sejumlah ganti rugi kepada Ukraine untuk membolehkan Armada Laut Hitam ini kekal di Crimea untuk tempoh 20 tahun hingga 2017.Ukraine pula bergantung kepada Russia untuk bekalan gas dan minyak.

Ringkasnya, aset ketenteraan dan sumber asli merupakan pokok utama dalam diplomasi antara dua negara berjiran ini. Perjanjian yang dicapai pada 21 April, 2010 dan disahkan kedua-dua parlimen Rusia dan Ukraine pada 27 April memberikan gas Rusia kepada Ukraine pada harga yang lebih rendah, dan membenarkan Rusia berada di Sevastopol hingga 25 tahun lagi selepas 2017, iaitu hingga 2042.

Perjanjian ini secara relatifnya menguntungkan Ukraine dari aspek ekonomi, dan meningkatkan beban di Russia memandangkan perjanjian itu hanya melanjutkan tempoh penempatan mereka di Sevastopol, Crimea manakala Russia terpaksa menampung sejumlah AS$40 Billion dalam bentuk bantuan kepada Ukraine hasil daripada perjanjian tersebut.

Keruntuhan Kesatuan Soviet
Selepas USSR runtuh, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah meluaskan penyertaan keahlian dan menjurus kepada perubahan pendirian politik dengan menyebelahi negara-negara eropah dan USA dalam negara-negara bekas USSR terutama Ukraine. Hal ini tidak disenangi oleh Moscow, kerana mereka berpendapat dengan bantuan minyak dan gas yang diberi Ukraine akan tetap menjadi sahabat mereka.

Sebenarnya di Ukraine, bukan semua berpihak kepada Kuasa Barat yang diketuai oleh US, terdapat sebahagian rakyat mereka masih berpihak kepada Russia.Pemimpin-pemimpin Ukraine termasuk bekas Presiden Viktor Yushchenko (menamatkan tempoh presiden pada Februari 2010) menggunakan sentimen anti-Rusia melibatkan isu Crimea dalam kempen pilihan rayanya yang lalu.

Walau bagaimanapun, kekuatan rakyat yang condong ke Barat dan pro-Rusia agak seimbang di Ukraine, menjadikan eksploitasi sentimen berhubung Crimea terbatas. Bagi kumpulan ini, hal ini diburukkan lagi apabila kem pro-Rusia Yanukovych menang dalam pilihan raya presiden awal tahun 2010.

Yushchenko ketika menjadi presiden bertindak cuba mengekang kebebasan tentera laut Rusia di Laut Hitam, dengan mengenakan pelbagai peraturan yang hakikatnya tidak dihiraukan oleh Rusia. Semasa perang Rusia dengan Georgia pada Ogos 2008, Yushchenko mengeluarkan dikri menetapkan pergerakan tentera laut Rusia keluar dan masuk Sevastopol perlu mendapat kebenaran kerajaan Ukraine.

Ukraine juga menggunakan Crimea sebagai senjata diplomasi dalam hubungannya dengan Rusia. Ekoran perang Ogos 2008 itu, Ukraine menerima lawatan kapal tentera laut AS yang menunjukkan gambaran peranan keselamatannya di Laut Hitam.

Penamatan Bekalan Gas
Pada Januari 2006, Russia telah menghentikan bekalan gas kepada Ukraine kerana mereka tidak bersetuju dengan kenaikan harga sumber asli itu oleh pihak Russia. Akhirnya, Ukraine akur dengan tekanan Russia. Tindakan ini sebenarnya mahu memaksa Kiev mengubah sikap mereka dan bertindak lebih mesra kepada Moscow.

Tindakan ini telah menggoyahkan kepercayaan negara-negara Eropah kepada Ukraine dan mereka mula berhati-hati dalam berdiplomasi. Selain itu, reputasi Russia juga terjejas ekoran kejadian tersebut memandangkan Ukraine merupakan laluan utama paip saluran sumber asli tersebut.

Episod Kiev yang tunduk kepada desakan Moscow menyebabkan Russia boleh mencampuri pentadbiran Ukraine. Pada Mac 2014, Presiden Viktor Yanukovych telah digulingkan oleh penunjuk perasaan  yang disokong Barat dan Russia telah bertindak balas dengan memasuki Crimea yang menemptakan aset mereka di Sevastopol. Akhirnya, pihak Ukraine yang dipimpin oleh kerajaan baru Pro-Barat telah mengisytiharkan perang terhadap Russia.

Justeru, jelas disini bahawa Semenanjung Crimea yang merupakan kawasan bergolak, walaupun Ukraine mengisytihar perang, ianya tidak mencakupi perang secara langsung. Tambahan Crimea merupakan wilayah autonomi yang menganggotai Ukraine. Jadi, peperangan ini bukan bersifat offensive tetapi lebih kepada defensive, manakala Russia pula pada dasarnya bukan mahu berperang dengan Ukraine tetapi mereka lebih kepada usaha untuk melindungi aset ketenteraan mereka. Kini, wilayah Crimea telah isytihar mereka akur kepada Russia dan menjadi wilayah Russia.

 Apa sebenarnya berlaku ke atas MH17



 Berdasarkan kepada carian online menyatakan bahawa laluan yang diambil oleh MH17 adalah sah dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan  International Air Transport Association (IATA). Menurut pihak MAS bahawa, penerbangan MH17 dalam ruang udara Ukraine telah diterima oleh Eurocontrol pada ketinggian altitude 35,000 kaki tetapi pihak pengawal udara Ukraine telah mengarahkan untuk terbang pada ketinggian 33,000 kaki dan ini menepati piawaian ICAO dan IATA.

Sebelum insiden MH17 ini, pihak yang bertelagah di kawasan sempadan Russia-Ukraine telah menembah dua buah pesawat tentera kerana memasuki ruang udara mereka dan difahamkan sejumlah penerbangan telah melalui ruang udara ini sebelum pesawat penumpang ini ditembak jatuh oleh sistem pertahanan peluru berpandu BUK.

Kini, yang menjadi pertikaian adalah kedua-dua pihak tidak membenarkan Pasukan Penyiasat Antarabangsa menghampiri kawasan tersebut, sedangkan perompak dan pengganas telah menjarah tapak nahas dengan mengambil barang-barang berharga peninggalan mangsa nahas.

Hingga artikel ini ditulis, negara-negara mangsa nahas memberi tekanan kepada pihak Ukraine dan Russia untuk memberi kerjasama dalam menyelesaikan Insiden ini. Tetapi pihak berkenaan masih berdolak dalik. Semoga semua urusan berkenaan MH17 dipermudahkan Allah s.w.t.

Wallahualam.

#ARTIKEL INI HANYA PENJELASAN KEADAAN SEBENAR DI UKRAINE. KENAPA DAN MENGAPA MEREKA BERTINDAK MENEMBAK JATUH PESAWAT YANG MELALUI RUANG UDARA MEREKA. MOHON RUJUK ARTIKEL LAIN UNTUK MENGETAHUI JARAK TERLARANG BAGI SESUATU PESAWAT...

http://www.astroawani.com/news/show/apa-yang-terjadi-kepada-mh17-40243
http://www.sinarharian.com.my/rusia-ukraine-isytihar-perang-1.256550
http://siasahdaily.blogspot.nl/2014/03/hubungan-rusia-ukraine-dan-geopolitik.html
http://aviationweek.com/commercial-aviation/mh17-flight-route-approved-eurocontrol-safe-icao-iata
http://blog.wandr.me/2014/07/notam-malaysia-airlines-mh17/
http://rt.com/news/173652-fights-avoid-ukrain-malaysian/

Sunday, 20 July 2014

Senarai Nama Penumpang dan Krew MH17 : Takziah buat Ahli Keluarga

Pihak MAS telah mengeluarkan senarai nama rasmi penumpang dan krew yang menjadi korban nahas MH17.

Berikut adalah senarai penumpang dan krew, terdiri dari rakyat Malaysia. Salam Takzih dari kami...


Nama
Jantina
1
Anthony Samy / Mabels MS
Perempuan
2
Bin Tambi / Muhammad Afruz Mr
Lelaki
3
Bin Tambi / Muhammad Afzal Mr
Lelaki
4
Bin Tambi / Marsha Azmeena Ms
Perempuan
5
Dewa / Shaliza Zaini Ms
Perempuan
6
Foo / Ming Lee Mr
Lelaki
7
Gazali / Ariza binti Ms
Perempuan
8
Goes / Kaelamayajay Mstr
Lelaki
9
Lee / Jianhanbenjamin Mstr
Lelaki
10
Lee / Kiah Yeen Ms
Perempuan
11
Liew / Yau Chee Mr
Lelaki
12
Mdsalim / Mohd Ali bin Mr
Lelaki
13
Mula / Melinganak Mr
Lelaki
14
Ng / Litielisabeth Ms
Perempuan
15
Ng / Qingzhe Mr
Lelaki
16
Ng / Shing Mrs
Perempuan
17
Jiee / Tambi bin Mr
Lelaki
18
Jretnam / Subashni Ms
Perempuan
19
Karnailsing / Karamjitsingh Mr
Lelaki
20
Sivagnanam / Paul Rajasinga Mr
Lelaki
21
Tambi / Muhammad Afif bin Mr
Lelaki
22
Tan / Siew Poh Mdm
Perempuan
23
Teoh / Elaine Miss
Perempuan
24
Noor / Rahimmah Ms
Perempuan
25
Parlan / Hasni Hardi bin Mr
Lelaki
26
Punjabi / Kaushalya Jairamdas Datin
Perempuan
27
Sitiamirah / Binti Parawira Mrs
Perempuan
28
Sivagnanam / Mathew Ezekial Master
Lelaki
29
Wan Amran Bin Wan Hussin (Krew : Kapten)
Lelaki
30
Eugene Choo Jin Leong (Krew : Kapten)
Lelaki
31
Ahmad Hakimi Bin Hanapi (Krew : Vice Kapten)
Lelaki
32
Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim (Krew : Vice Kapten)
Lelaki
33
Mohd Ghafar Bin Abu Bakar (Krew)
Lelaki
34
Dora Shamila Binti Kassim (Krew)
Perempuan
35
Azrina Binti Yakob (Krew)
Perempuan
36
Lee Hui Pin (Krew)
Perempuan
37
Mastura Binti Mustafa  (Krew)
Perempuan
38
Chong Yee Pheng (Krew)
Perempuan
39
Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood (Krew)
Lelaki
40
Sanjid Singh Sandhu (Krew)
Lelaki
41
Hamfazlin Sham Binti Mohamed Arifin (Krew)
Perempuan
42
Nur Shazana Binti Mohamed Salleh (Krew)
Perempuan
43
Angeline Premila Rajandaran (Krew)
Perempuan











Saturday, 19 July 2014

Husnul Khatimah - Pengakhiran Hayat Yang Baik

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat buat seluruh pembaca yang dikasihi sekalian.

Kita masih diselubungi "suram" ekoran Insiden MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan krew. Semoga ahli semua ahli keluarga dan sahabat handai mangsa tabah dan redha dengan ketentuan Illahi ini.

"Setiap yang bernyawa pasti akan tiba ajalnya"... (Al-Imram [3] : 185) cuma kita tidak tahu bila dan di mana sahaja dan sesungguh Allah Maha Bijaksana.

44 orang dari jumlah korban merupakan rakyat Malaysia yang terdiri daripada penumpang dan krew kabin, seorang dari mereka adalah kawan admin, seperti dalam artikel sebelum ini. Merujuk kepada Ayat 185 dari Surah Ali-Imran di atas, sedarlah kita bahawa setiap insan pasti akan kembali semula kepada Allah. 

Kematian bukan satu perkara biasa dan ia merupakan satu peristiwa besar yang menyakitkan, ditandai dengan terputusnya hubungan antara roh dan jasad dan ianya adalah perjalanan dari satu alam ke alam lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua  keadaan iaitu Akhir Hayat yang Baik dan Akhir Hayat yang Buruk dan kebiasaannya kita mendengar istilah Husnul Khatimah yang bermaksud pengakhiran hayat dalam keadaan baik dan istilah Suul Khatimah pula adalah pengakhiran yang buruk. Kedua-dua istilah ini sebenarnya menggambarkan nasib yang akan dilalui oleh si mati selepas kematiannya.

Bagi orang-orang yang meninggal dalam keadaan Husnul Khatimah yang boleh dikenali dan wajar diketahui oleh semua semua orang Islam. Tanda-tanda itu adalah seperti berikut :

  1. Mengucap Kalimah Syahadah
  2. Dahi atau Kening berpeluh
  3. Meninggal pada malam jumaat malam atau siangnya
  4. Mati Syahid 

  • Sabda Rasulullah s.a.w. dengan maksud :  Barang siapa di akhir hayatnya mengucap "la ilaha illallah" (tiada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah s.w.t.) maka ia masuk syurga. (HR Abu Daud).
  • Satu riyawat dari Abu Buraidah bin Hashib r.a. menyatakan, ketika beliau di Khurasan, seorang saudara kembali kepadanya dalam keadaan sakit hingga beliau sempat menyaksikan kematiannya. Saat saudarana itu meninggal dunia, ia melihat peluh keluar dari dahi, dan ia berkata : Allahuakabar. Aku mendengar, Rasulullah s.a.w. bersabda "Meninggalnya seorang mukmin ditandai dengan peluh di dahinya. (HR Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah).
  • Diriwayatkan Abdullah bin Umar r.a. dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malamnya, melainkan Allah melindunginya dari fitnah siksa kubur. (HR Tirmizi)
  • Keempat, MATI SYAHID, terdapat 5 jenis syahid yang disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu:
    • al-Mathun : Syahid kerana Wabak 
    • al-Mabthun : Syahid kerana sakit perut
    • al-Gharik : Syahid kerana tenggelam atau karam
    • Shahibul hadm : Syahid kerana ditimpa tanah runtuh
    • Syahid dalam perang di jalan Allah.
Ini adalah sedikit pernyataan yang dapat kami kongsikan berkenaan dengan Husnul Khatimah. Perkara ini sentiasa dibincangkan oleh alim ulama untuk pencerahan kepada umat muslimin. Apa yang pasti, setiap yang hidup pasti akan menemui mati dan ada baiknya kita berdoa untuk Allah s.w.t. ganjarkan kepada kita Husnul Khatimah ini. Insya Allah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...