PENDAHULUAN
Evolusi
penulisan telah berkembang semenjak manusia pandai menulis. Tulisan juga
menjadi satu kriteria untuk mengiktiraf ketamadunan sesebuah banga itu. Kini
aspek menulis telah menjadi begitu sophisticated
hingga abjad-abjad ditukar ke bentuk digital dan dibaca menggunakan
perlatan tertentu, berbanding di awal ketamadunan manusia di mana leluhur kita
dahulu hanya menulis di atas kepingan batu dan dinding gua, kemudian berpindah
menulis diatas pelepah dan daun pokok serta di atas kepingan kulit haiwan.
Semenjak
dari itu juga, penulisan menjadi satu pekerjaan eksklusif kerana menulis dan
membaca hanya menjadi hak Raja dan golongan bangsawan. India dan China
merupakan dua ketamadunan dunia yang wujud lama di muka bumi, catatan sarjana
mereka dijaga rapi hingga generasi kini masih boleh menatapnya. Begitulah juga
dengan Negara Raktamrittika, ianya
adalah dalam bahasa Sanskrit dan direkod oleh sarjana India, manakala sarjana
China merekodkannya dengan nama Chih Tu di
mana kedua-duanya membawa maksud Tanah
Merah dalam Bahasa Melayu.
Sebelum Raktamrittika
Raktamrittika
atau Chih Tu ini sebenarnya adalah serpihan daripada Funan. Pada asalnya, Negeri Tanah Merah ini merupakan satu
negeri persekutuan, dikenali sebagai Kalathana
yang membawa maksud Tanah Raksasa. Persekutuan
ini mengandungi empat negeri iaitu:
- Kalathana (Kelantan)
- Thanathana (Terengganu)
- Gangganegara (Perak)
- Kuli (Pahang)
Negeri-negeri
dalam Kalathana ini telah bersetuju melantik Bhadreswararaja, Raja Kalathana sebagai pemimpin persekutuan ini
pada 418 Masihi. Pada waktu itu Funan dinaungi oleh Empayar Campa, justeru
kewujudan persekutuan Kalathana ini tidak direstui oleh Maharaja Campa sendiri,
natijahnya pada 427 Masihi, Maharaja Campa telah menghantar bala tentera
melalui Langkasuka untuk menghukum Raja Kalathana tersebut.
Serangan
tersebut dapat dipatahkan dan perajurit Kalathana telah melakukan serangan
balas. Serangan tersebut telah membuahkan hasil yang gemilang dengan merebut
kawasan dari Langkasuka hingga ke Tambralingga seterusnya menguasai seluruh
segenting kra.
Pada
masa yang sama, Campa turut terlibat dalam siri peperangan dengan China hingga
Maharaja Campa mengabaikan situasi empayarnya yang sedang berpecah belah di bahagian
selatan dengan menyerahkan urusan tersebut kepada Funan. Kemenangan Kalathana
terhadap angkatan Funan-Campa telah membolehkan kerajaan mereka merdeka tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana kerajaan asing.
Raja
Funan, Wan Srestha tidak bertangguh terhadap perlakuan Kalathana yang tidak
diiktiraf itu, telah membuat persiapan untuk merebut kembali kawasan Segenting
Kra dan Semenanjung. Persiapan ini telah diketahui oleh Bhadreswararaja dan
baginda dengan segera membuat hubungan diplomatik dengan Maharaja China dalam
tahun 430 Masihi untuk melindungi Kalathana dari diserang oleh Funan. Maharaja
China telah menjamin keselamatan Kalathana dengan menghantar surat kepada Funan
agar hasrat serangan itu dibatalkan.
Negara
Kalathana dalam bentuk persekutuan empat negeri yang dicantumkan dengan wilayah
Segenting Kra (dari Langkasuka hingga ke Tambralingga) telah disebut sebagai Ho-lo-tan, K’ou-lo-tan, atau K’ou-lo-ch’ieh dalam rekod China.
Lahirnya “Negeri Tanah Merah”
Separuh
kedua abad ke-6 Masihi, Kalathana telah dikuasai kembali oleh Funan yang
berpusat di Campa. 522 Masihi, Kerajaan Funan telah runtuh akibat diserang oleh
suku Khmer dari bahagian tengah Sungai Mekong. Kalinggawarman, Raja Kalathana telah menyerang Funan dan berjaya
mengusir suku Khmer yang telah menawan Kota Campa pada 556 Masihi, seterusnya
membina kembali empayar Funan yang runtuh, baginda juga melaksanakan penaklukan
kembali wilayah kekuasaan Funan. 561 Masihi, Kalinggawarman telah
mengisytiharkan diri beliau sebagai Maharaja Funan dan melantik adindanya
Gauthama menjadi raja Kalathan seterusnya berfungsi sebagai gabenor tertinggi
bagi seluruh Segenting Kra dan Semenanjung.
Pada
566 Masihi, Gauthama telah membelot kekandanya dengan mengisytiharkan
kemerdekaan Kalathana dari Funan dan telah memindahkan ibu kotanya dari Kota
Yawakotti, terletak di hilir Kelantan kearah hulu Kelantan yang dipercayai
kawasan Nenggiri sekarang. Kawasan baru ini amat strategik dari aspek
ketenteraan dan perlindungan. Perpindahan ibu kota ini sebenarnya dilakukan untuk
mengelak serangan daripada Funan, selain itu kawasan Ulu Kelantan juga kaya
dengan lombong-lombong emas.
Raja
Gauthama telah menukar nama Kalathana kepada nama baru iaitu “Raktamrittika”
sesuai dengan lokasi ibu kotanya yang terletak di kawasan tanah rata berwarna
merah batu kawi. Baginda juga menamakan ibu kota Raktamrittika sebagai Singapura yang bermaksud Kota Singa dan dirujuk oleh sarjana
China sebagai Seng-Chih atau Shih-tzu, manakala nama Raktamrittika
dirujuk pula dengan nama Chih Tu.
Negeri
Raktamrittika ini hanya mencakupi Kelantan pada hari ini, Besut di selatan dan
Narrathiwat di utara, memandangkan negeri-negeri lain dalam Segenting Kra dan
Semenanjung masih taat kepada Funan.
Kalinggawarman,
Maharaja Funan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Raja Gautama, seolah-olah
merestui tindakan adindanya membebaskan Kalathana dan menubuhkan Raktamrittika.
Sebaliknya baginda telah melantik adindanya yang juga Raja Thanathana
menggantikan Raja Gautama sebagai gabenor Funan untuk wilayah Segenting Kra dan
Semenanjung.
2 comments:
Tulisan Palava ialah Tulisan Tamil.. Palava adalah dinasti Tamil... Tulisan Tamil kuno di baca dari kiri ke Kanan.
Selepas di jajah British tulisan Tamil Mula di tulis dari Kanan ke Kiri.
Maklumat blog atas amat bagus, jarang orang kagumi sejarah Dan menulis blog.
Kepala bans kau tulisan Tamil.. Palava tulisan indu Aryan.. Kaki klaim detectef
Post a Comment