Pendahuluan
Rujukan:
Kelantan mula dilihat berpecah dan mempunyai City States apabila ia mula menerima sistem Kedatuan setelah Kerajaan Melaka runtuh pada 1511. Pada waktu itu, Kelantan telah diperintah secara bersama antara perwaris Dinasti Chermin dan Datu Patani. Keadaan ini berlaku kerana semua wilayah yang Melaka mula mencari kekuatan sendiri untuk mempertahankan diri daripada ancaman baru dan ancaman sedia ada. Iaitu dari Portugis dan Siam.
Justeru, terbentuk satu persekutuan yang dikenali sebagai Patani Besar. Dikhabarkan dalam gagasan ini terdapat 43 buah negeri dan city states telah membentuk persekutuan dan dipercayai ia juga termasuk Campa. Ini kerana pada masa tersebut negeri tersebut juga menghadapi ancaman daripada Dai Viet yang sering dirujuk sebagai Annam.

Penggabungan
Kelantan telah bergabung dengan Patani dan membentuk Persekutuan Patani Besar semasa diperintah oleh Sultan Mansur Syah, manakala Patani pula diperintah oleh Sultan Muhammad Syah. Penggabungan mereka berlaku dalam tahun 1520. Sewaktu itu, Sultan Muhammad baru memeluk Islam dan Syeikh Fiqih Ali disebut sebagai individu yang bertanggungjawab menjadi saksi pengislaman beliau.
Dalam sejarah Patani, Sayyid Ali Nurul Alam yang telah dilantik oleh Raja Kelantan, yakni Sultan Iskandar Syah (1429-1467) sebagai Perdana Menteri Majapahit II (Kelantan-Chermin) dengan gelaran Pateh Aria Gajah Mada. Pada 1467, kerajaan ini telah diserang oleh Ayuthaya menyebabkan Sultan Iskan menyelamatkan diri ke Campa dan mangkat di sana. Sayyid Ali Nurul Alam selaku Perdana Menteri telah bertindak balas dan mengumpulkan bala tentera daripada Melaka dan Acheh dan mereka berjaya menyerang Ayuthaya hingga ke ibu negerinya. Rentetan dari kejayaan ini, Sultan Melaka telah menyokong perlantikan Raja Mansur putera kepada Sultan Iskandar Syah sebagai Raja Kelantan dan dimasyhurkan sebagai Sultan Mansur. Manakala Sayyid Ali Nurul Alam telah ditabalkan sebagai Raja Patani dengan gelaran Sultan Qunbul (1467-1470). Semenjak dari itu, keturunan Sultan Qunbul ini sering diberi kedudukan istimewa di Sumatera, Jawa, Campa dan Semenanjung Tanah Melayu.
Asasnya keturunan Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Hussien Jamadil Qubra ramai menjadi pendakwah dan diangkat sebagai Wali dan ada antara mereka menjadi pemerintah di beberapa kerajaan Nusantara. Latar belakang ini telah memberi ruang kepada keturunan ini untuk memerintah dan seterusnya menegakkan agama Islam. Sebagai contoh Wan Bo Tri Tri beliau pada awalnya berkahwin dengan Puteri Raja Campa dan ketika ia diserang oleh Dai Viet di Kota Visaya beliau telah memimpin penduduk Campa yang terselamat ke Pandurangga. Dari situ beliau memimpin angkatan tentera Campa dan menghalau penceroboh Dai Viet dari Champa. Semenjak dari itu, beliau telah ditabalkan sebagai Raja Champa (1471-1478) dengan gelaran Sultan Wan Abu Abdullah.
Peranan Wan Bo Tri Tri ini telah membuka ruang kepada zuriatnya menjadi Raja dan Pendakwah (Wali) seluruh Nusantara. Paling terkenal adalah Syarif Hidayatollah yang dikenali sebagai Sunan Gunung Jati di Indonesia dan Wan Abul Muzaffar yang menitihkan Kerabat DiRaja Jembal setelah Nik Jamaluddin dilantik sebagai Datu Kelantan dan Nik Mustafa dilantik sebagai Datu Jambu seterusnya ditabal sebagai Sultan Abdul Hamid Syah ketika menjadi Raja Campa 1578-1637.
Jawatan sebagai Datu Kelantan yang disandang oleh Nik Jamaluddin telah diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain sebagaimana kekuasaan seorang Raja kerana ia diberi ruang dan pemerintahan dan kuasa yang tersendiri di Kelantan walaupun ia memerintah bagi pihak Patani.
Pengaruh
Pengaruh Datu Kelantan makin meluas dalam Kesultanan Kelantan ekoran masalah politik dalaman yang bermula semenjak pemerintahan Paduka Sri Sultan Mansur 1547-1561. Beliau mempunyai seorang adik perempuan bernama Paduka Che' Siti yang telah berkahwin dengan Sri Paduka Sultan Husain ibni Paduka Sri Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah. Paduka Sri Sultan Ibrahim menaiki takhta kerajaan menggantikan Paduka Sri Sultan Mansur pada 1561. Timbul kemusykilan, apabila Sultan Ibrahim memberi laluan kepada Raja Umar ibni Raja Ahmad ibni Raja Muhammad, Raja Terengganu pada 1565. Dalam salasilah Raja-Raja Kelantan, Raja Muhammad merupakan putera kepada Sultan Mansur Shah dan merupakan moyang kepada Paduka Sri Sultan Ibrahim.
Tindakan ini agak diragui dan pelbagai andaian boleh dibuat kerana Raja Umar merupakan adik kepada Sultan Alaudin Riayat Syah, Sultan Johor ketiga. Jelas disini, Sultan Ibrahim pada waktu itu sangat bertolenrasi dan perkara ini memberi ruang kepada Datu Kelantan untuk mengawal secara total Kelantan pada waktu itu.
Raja Umar telah turun daripada takhta Kelantan, apabila Sultan Alaudin Riayat Syah mangkat dan melantik Raja Abdul Jalil menjadi Sultan Johor ke-4 dan beliau dilantik sebagai Tengku Mahkota Johor pada 1570 manakala Sultan Ibrahim kembali bertakhta dan tempat beliau digantikan oleh Sultan Muhammad pada 1597.
Ketika pemerintahan Raja Umar, pengaruh Datu Kelantan makin kuat dan begitu dominan dalam sebarang keputusan pentadbiran. Ini terbukti semenjak 1579 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ibrahim kali kedua, Datu Kelantan yang ketika itu diwakili oleh Raja Loyor telah ditabal sebagai Raja Kelantan. Perkara ini menyebabkan wujud dua orang Raja di Kelantan yang sama tarafnya.
Sewaktu Paduka Sri Sultan Muhammad menggantikan Paduka Sri Sultan Ibrahim yang mangkat pada 1597, Dinasti Chermin sudah berada di penghujung kerana ia tamat pada 1602. Seterusnya Kelantan telah diperintah oleh Sultan Adiluddin yang berpusat di Kota Jembal.
Kesimpulan
Keruntuhan Melaka pada 1511 juga telah menjejaskan pemerintahan Kelantan secara perlahan-lahan dan ia diburukkan dengan campur tangan pelbagai pihak. Pemerintah dari Dinasti Chermin paling terkesan dimana selepas 5 generasi, ia telah luput dan digantikan dengan Dinasti Jembal. Pergolakkan politik istana juga menyumbang kemalapan dan kegemilangan sesuatu Kesultanan selain daripada pengkhianatan. Justeru, kesatu paduan antara adalah kunci yang utama untuk kelangsungan sesebuah kerajaan. Sokongan rakyat pada pemerintah sangat penting kerana tanpa rakyat, sesebuah kerajaan tidak dapat berfungsi. Rakyat pula perlukan seseorang pemimpin untuk menyatukan mereka.

Gambar Hiasan : Pintu Gerbang Pengkalan Chepa |
Wallahualam bis'sawab
Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Penulis adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pendapat dan Pandangan dari tuan/puan adalah dialu-alukan. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di bawah untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.
Rujukan:
- Royal Ark.net
- Salasilah Raja-Raja Kelantan
- Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait
- http://ulama.blogspot.nl/2006/10/syeikh-faqih-ali-al-fathani.html
No comments:
Post a Comment