Pendahuluan
Mak Yong, masyarakat mengenalnya sebagai satu identiti bagi negeri Kelantan. Ia dikaji dan diselidik dengan mendalam, lantas ia menjadi satu dari seni kebudayaan Rakyat Malaysia. Unik dan tersendiri begitulah orang mengenal persembahan Mak Yong, variasi alat muzik hinggalah kepada kostum dan wardrobe ia amat berbeza dengan seni persembahan Melayu yang lain. Justeru ia menarik minat ramai peminat dan pengkaji seni kebudayaan dari pelbagai institusi. Satu ketika, Kelantan semakin dikenali.
Bagaimanapun, polisi kerajaan negeri berubah dan kesedaran masyarakat umum di Kelantan mengenai hukum hakam Islam makin berkembang, hingga seni ini tidak lagi dipersembahkan di khalayak ramai terutama sekali di Kelantan, tempat asalnya. Ibarat melukut ditepi gantang persembahan Mak Yong hidup dengan subur di luar Kelantan ia terus disuburkan oleh penari kebudayaan pelbagai agensi terutama dari pusat pengajian tinggi negara.

Istilah Mak Yong
Usia seni persembahan ini tidak dapat dipastikan dengan berikutan tiada catatan jelas tarikh sebenar ia dipersembahkan, ramai yang tahu menyatakan ia adalah warisan daripada Kerajaan Patani dan diduga usianya lebih dari 800 tahun. Berdasar Hikayat Patani, persembahan Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih kurang 200 tahun yang lalu dan dari sinilah ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.
Berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli sejarah berbangsa Inggeris dan beragama Islam, iaitu Tan Sri Dato' Dr. Hj. Abdul Mubin Cecil Ffranck Sheppard (Mubin Sehappard) menyatakan bahawa Mak Yong adalah satu seni persembahan yang wujud sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, ia mempunyai kaitan dengan upacara pemujaan roh. Yong atau Yang merupakan variasi dari perkataan Hiang dalam Bahasa Melayu Lama yang membawa maksud kepada divinity (ketuhanan). Ma Hiang merupakan Roh Ibu bagi masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam dipercayai sebagai Roh Padi.
Mak Yong, antaranya Ghulam-Sawar Yussof mengatakan seni tradisi orang Kelantan ini berasal dari perkataan Mak Hiang yang mempunyai persamaan dengan Dewi Sri iaitu Dewi Hindu Jawa dan ianya dipuja dalam bentuk tarian dan drama. Justeru, ramai yang mengaitkan seni ini sebagai satu kepercayaan animisme dan kepercayaan amalan perbomohan. Mubin Sheppard pula menyatakan bahawa perkataan Mak Yong mempunyai perkaitan dengan perkataan moyang dan poyang iaitu merujuk kepada semangat kekeluargaan. Selain itu, Mubin Sheppard juga menghuraikan moyang dan poyang ini merupakan orang yang berkebolehan berhubung dengan dunia luar. Dalam ruang linkup persembahan Mak Yong, pawang atau bomoh bertindak seabgai pembuka tirai dan juga berperanan sebagai orang perantaraan yang melibatkan elemen ritual.
Pelbagai istilah telah diutarakan oleh para pengkaji seni budaya berkenaan
Selain itu, istilah Mak Yong juga berdasarkan kepada perkataan yang sering disebut dalam persembahan iaitu Yo de dan Yo. Ungkapan Yo de ialah panggilan ibu kepada anak, apabil watak ibu menyebut perkataan itu, anak akan menyahut dengan sebutan Yo. Watak Ibu dalam persembahan ini adalah Mak Yong dan bapanya pula bergelar Pak Yong.
Asal Siloh dan Mitos Mak Yong
Versi 1
Saudara Bahari Abdullah dalam bukunya yang bertajuk Asal Usul Mak Yong menyatakan bahawa Mak Yong berasal dari kisah seorang puteri raja yang kehilangan cincin pertunangan. Bimbang dimurkai oleh ayahandanya, puteri itu telah meminta pertolongan daripada anjing belaannya yang bernama belang. Anjing tersebut bersetuju untuk mencari cincin tersebut tetapi dengan syarat iaitu puteri haruslah membenarkan ia tidur bersama. Atas persetujuan tersebut cincin tersebut telah dijumpai dan setelah itu setiap malam belang tidur bersama tuan puteri. Sehingga puteri tersebut menyedari dia telah mengandung. Takut dimurkai oleh ayahandnya, Puteri dan Belang telah melarikan diri dengan bantuan Inang, mereka telah bersembunyi di Gua Kerbang sehinggalah puteri melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan sebagai Awang.
Belang yang bertanggungjawab mencari makanan telah mati ditembak di Padang Hang tanpa diketahui oleh Puteri dan Inang, menyebabkan mereka berdua pula yang terpaksa meninggalkan Awang dalam gua untuk mencari makanan. Awang yang bersendirian telah merasa bosan dan keluar bermain dengan rakan sebayanya sekitar gua tersebut, tetapi dia sering diejek sebagai orang yang tidak berbapa. Atas sebab itu, dia telah mendesak Ibunya, Mak Yong untuk menceritakan siapa sebenar bapa kandungnya. Tidak tahan di desak, Mak Yong menceritakan bahawa Awang adalah anak sekor anjing bernama belang.
Terkenang akan belang yang tidak pulang, mereka bertiga telah keluar dari Gua Kerbang untuk mencari belang. Mereka akhirnya diberitahu bahawa Belang telah mat ditemak. Mereka tidak percaya pada awalnya, dan bertekad mencari bukti akan kematian Belang, akhirnya mereka telah menemui tulang dan tengkorak belang.
Berdukalaralah kedua beranak tersebut, untuk mengubati perasaan sedih, Awang telah mencipta rebab daripada tengkorak belang. Tuan Puteri akan menyanyi dan menari mengikut alunan gesekan rebab sebaik mendengar alunan alat muzik tersebut. Kemerduan nyanyian dan kemerduan alat muzik tersebut menyebabkan penduduk sekitar gua telah berkumpul dan mengadakan keramaian. Dalam setiap persembahan puteri akan membawa watak Tuan Puteri dan Awang pula akan membawa watak Putera Raja yang saling menyintai. Akhirnya kedua beranak ini telah jatuh cinta dan melakukan perkara sumbang. Kelakuan mereka tidak dapat diterima penduduk setempat dan mereka bertindak Yong (halau) kedua beranak itu keluar dari kampung tersebut. Mereka kemudiannya berpindah ke Patani dan akhirnya membawa diri jauh ke timur untuk mempersembahkan kesenian mereka.
Versi 2
Selain itu, terdapat juga lagenda mengaitkan persembahan tradisi ini dengan Kerajaan Siam. Raja Siam dinyatakan telah menghadiahkan patung seekor anjing kepada puterinya sebagai permainan. Meningkat dewasa, puteri itu telah meminta kepada bapanya itu agar dijelmakan menjadi seekor anjing yang benar-benar hidup. Permintaan ini telah dikabulkan oleh ayahandanya, kasih puteri terhadap anjing itu membuatkan dia tidur dengan anjing tersebut hampir setiap malam. Akhirnya puteri itu mendapati dia telah hamil, dan perkara jelik itu diketahui oleh ayahandanya, murkalah Raja Siam itu dan mengarahkan anjing itu dibunuh dan ditanam tanpa pengetahuan puteri.
Tuan Puteri betambah sedih hingga mengundang perasaan simpati dayang. Tuan Puteri telah mendapat tahu bahawa anjing kesayangannya itu telah dibunuh dan ditanam, kasih sayang mendalam telah mendorong dia menggali semula kubur anjing tersebut. Kasihan melihat kesedihan puterinya itu, Raja Siam tersebut telah mencipta sejenis alat muzik dari tengkorak anjing tersebut dan ia dipanggil Rebab untuk menghiburkan hati puterinya yang berdukalara itu. Semenjak itu gesekkan rebab ini diiringi dengan tarian dan nyanyian dan ia dikenali sebagai persembahan Mak Yong.
Versi 3
Pendapat lain menyatakan bahawa Mak Yong merupakan upcara magis dan amalan ritual yang terdapat dalam amalan animisme iaitu upacara memuja roh nenek moyang iaitu Ma Hiang yang bertanggungjawab menjaga tanaman padi yang menjadi nadi ekonomi masayarakat pada masa tersebut. Semasa persembahan ini, bomoh akan menjadi perantaraan mewakili pihak Raja dan rakyat untuk medapatkan pertolongan dari semangat ibu. Ritual ini diadakan berulang kali dan akhirnya ia menjadi satu pesta atau keramaian dan berbentuk hiburan.
Versi 4
Ada pula yang menyatakan bahawa kisah Mak Yong ini berasal dari kisah dua beradik penjaga lembu. Keasyikan mereka terhadap gerak geri dahan, liuk lintuk ranting, dan lambaian daun-daun yang ditiup angin menyebabkan mereka melahirkan semula gerak tersebut sebagai gerak tarian dengan diiringi lagu dan muzik. Aksi mereka ini mendapat perhatian orang kampung hingga tersebar ke Istana Raja Patani. Untuk menjadikan persembahan tersebut semakin mengkagumkan beberapa instrumen lain ditambah selain digarap juga jalan cerita untuk membuatkan ia lebih menarik. Jadi dari sinilah persembahan Mak Yong makin berkembamg.
Bersambung dalam Bahagian Kedua

Pemain dan Instrumen Muzik Tradisional dalam Persembahan Mak Yong |
Rujukan:
- http://mimbarkata.blogspot.nl/2013/04/mak-yong-muzikal-drama-dan-tari.html
- http://adisaufi.blogspot.nl/2010/05/mak-yong-sejarah-dan-asal-usul.html
- http://studentsrepo.um.edu.my/2463/5/BAB_2.pdf [Thesis]
- Arkib Negara Malaysia
No comments:
Post a Comment