Pendahuluan
Siri ke 30 yang lepas telah dikupaskan mengenai penubuhan Kota Kubang Labu oleh Long Bahar. Sebelum membuka kota tersebut, Long Bahar mempunyai kisah yang penuh dengan ranjau. Asal beliau adalah golongan bangsawan yang tinggal di Istana Patani. Pergolakkan dalaman Istana telah membuatkan beliau membawa diri bersama-sama puteranya (Long Sulaiman) dari Patani ke Kota Jembal di Kelantan. Di tempat baru ini, beliau telah diperkenankan oleh Sultan Omar, Raja di Kota Jembal untuk berkahwin dengan puterinya Raja Pah.
Sebelum Tuan Besar Long Bahar membawa diri ke Kota Jembal, beliau merupakan suami kepada Raja Mas Kelantan yang telah dilantik oleh para pembesar Patani sebagai Raja. Kemudian Raja Mas Kelantan telah mangkat, dari perkahwinan ini beliau telah dikurniakan tiga orang anak iaitu:

- Nang Roqaiya (Che Puan Besar)
- Tuan Wan Anom Long Sulaiman
- Nang Chayang (Raja Dewi Perachu)
Manakala dari perkahwinan dengan Raja Pah, Long Bahar telah dikurniakan seorang putera iaitu:
- Tuan Long Yunus. Pada permulaanya beliau telah dilantik sebagai Datu Charakan dan kemudiannya telah dilantik sebagai Raja Patani dengan gelaran Sri Paduka Sultan Haji Yunus.
Kami mengambil kesempatan pada ruangan ini untuk menambah sedikit pengisahan berkenaan zuriat Long Bahar yang bernama Nang Roqaiya kerana kisahnya pada sisi sejarah Kelantan sering tenggelam, walhal beliau juga seorang individu penting dalam memahami sejarah serantau (Pantai Timur Semenanjung).
Sumber kajian genealogi menyatakan bahawa Nang Roqaiya adalah puteri kepada Long Bahar melalui perkahwinan dengan Raja Mas Kelantan. Beliau telah dikahwinkan dengan Paduka Sri Sultan Zainal Abidin I bin Dato Bendahara Tun Habib Abdul Majid. Pada pengisahan yang lepas Tun Zainal Abidin adalah anak angkat kepada Raja Mas Kelantan dan beliau telah dilantik sebagai Sultan di Sungai Terengganu. Begitulah yang diulas dalam sumber sejarah Patani, setelah penelitian dijalankan, perlantikan Tun Zainal Abidin tidak dijalankan secara ringkas sebaliknya ia berserta dengan ikatan perkahwinan yang nanti akan melahirkan pertalian darah.
Perkahwinan Nang Roqaiya (Che Puan Besar) dengan Paduka Sri Sultan Zainal Abidin I telah melahirkan keturunan pemerintah Terengganu. Untuk rekod, Sultan Zainal Abidin I mempunyai 4 orang isteri dengan 7 orang putera dan 6 orang puteri. Nang Roqaiya adalah Sultanah Terengganu.
Latar Belakang Long Sulaiman
Sumber sejarah Kelantan menjelaskan bahawa Long Sulaiman adalah putera yang dibawa bersama-sama Long Bahar ketika membawa diri ke Kota Jembal. Sesudah Long Bahar berkahwin dengan Raja Pah, beliau membuka Kota Kubang Labu. Tidak lama kemudian, Sultan Omar yang juga ayahanda kepada Raja Pah telah mangkat dan tempatnya di Kota Jembal telah digantikan oleh Long Bahar semenjak itu beliau dikenali sebagai Tuan Besar. Beliau telah melantik anakandanya Long Sulaiman sebagai pemerintah di Kota tersebut, manakala beliau memerintah di Kota Jembal.
1746, beliau telah ditabalkan menjadi Raja Kota Jembal setelah ayahandanya, Long Bahar mangkat. Hal ini membuatkan beliau menjadi pemerintah bagi kedua-dua kota iaitu Kota Kubang Labu dan Kota Jembal beliau telah digelar sebagai Paduka Sri Raja.
Long Sulaiman mempunyai seorang putera dan dua orang puteri iaitu:
Pada masa beliau ditabalkan menjadi Raja, Kelantan pada waktu mempunyai beberapa City States yang lain seperti Kota Teras, Kota Mahligai, Kota Salor dan Kota Limbat cuma yang paling dominan dalam sejarah Kelantan adalah Kota Kubang Labu dan Kota Jembal.
Kemangkatan Long Sulaiman sebenarnya menjadi persoalan. Banyak kisah Raja-Raja Kelantan menyatakan bahawa Long Sulaiman mangkat dalam perebutan kuasa antara menantunya Long Deraman, yang juga perwaris Kerajaan Legeh pada 1756. Hal ini berlainan dengan apa yang tercatat dalam Royal Ark.net. Sumber tersebut menyatakan bahawa dalam perebutan kuasa itu, Long Deraman telah merampas kuasa dan Long Sulaiman telah disingkirkan dari takhta, beliau hanya mangkat pada tahun 1798. Satu lagi isu misteri dalam susur galur sejarah Kelantan.
Sejarah umum Kelantan menyatakan bahawa setelah Long Sulaiman mangkat dalam perebutan takhta, Long Deraman telah pulang ke Legeh dan Kota Kubang Labu telah diserahkan kepada Long Pandak merangkap sepupu Long Sulaiman, anak kepada Tuan Sulung yang merupakan adik beradik Tuan Besar Long Bahar. Penyerahan kuasa ini berlangsung pada 1756, namun ia telah tamat pada 1758 dalam satu peperangan epik dalam Sejarah Kelantan yang diingati sebagai Perang Kota Kubang Labu I dan disusuli dengan Perang Kota Kubang Labu II di mana perang ini telah melibatkan Long Yunus yang juga putera kepada Long Sulaiman.
Kesimpulan
Menyoroti Pemerintahan Long Sulaiman di Kota Jembal dan Kota Kubang Labu sebenarnya telah memberi gambaran bahawa, semenjak kehancuran Patani Besar, City States yang dahulu bersekutu kini dalam keadaan tidak teratur, segala peraturan dan undang-undang telah dilangkaui dengan sewenang-wenangnya. Reman dan Legeh cuba menunjukkan penguasaan keatas negara kota sekitar yang jauh dari pengaruh Siam, seperti Kota Kubang Labu dan Kota Jembal. Kerana itu dapat kita lihat, bagaimana Long Deraman boleh menyerahkan kuasa kepada Long Pandak seolah-olah tiada kuasa yang menghalang.
Apa yang jelas di sini adalah, tiadanya penaung keatas negeri-negeri tersebut makan negeri itu akan hilang kedaulatannya. Apabila itu berlaku, makan negeri akan berada dalam keadaan kucar kacir, seterusnya akan menghuru harakan negeri. Faktor inilah yang menyumbang kepada jati diri rakyat dalam negeri tersebut.

- Tuan Long Yunus
- Tuan Wan Dewi
- Tuan Wan Kembang

Gambar Hiasan dari Buku A Handbook KELANTAN 1908
|
Wallahualam bis'sawab
Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Penulis adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pendapat dan Pandangan dari tuan/puan adalah dialu-alukan. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di bawah untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.
Rujukan:
- http://www.royalark.net/Malaysia/treng2.htm
- http://pp-sk.blogspot.nl/2013/11/perang-kota-kubang-labu-1.html
- Royal Ark.net
- Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait
No comments:
Post a Comment