Pendahuluan
Usia kerajaan Campa ini lebih tua jika dibandingkan dengan Sriwijaya. Ia wujud bersama-sama dengan Funan. Nama-nama kerajaan ini memang janggal pada pembacaan mereka yang baru mengenali sejarah tua Bangsa Melayu, namun inilah hakikatnya yang perlu kita ketahui. Kerajaan tua Campa pada asalnya menganut agama Hindu kemudian bertukar menjadi kerajaan beragama Budha dan akhirnya kerajaan ini telah diperintah oleh Kesultanan Islam semenjak dipimpin oleh Wan Bo Tri Tri.
Wan Bo hanya memerintah Campa selama tujuh tahun, kemudian telah menyerahkan tampuk pemerintahan kepada waris yang lebih berhak. Selama memerintah, beliau dilihat untuk mengembalikan keamanan kepada Campa yang sebelum itu telah diceroboh oleh Dai Viet. Sebelum pemerintahan Wan Bo, Campa telah menerima kedatangan Islam, namun rakyatnya masih ramai beragama Budha. Penerimaan rakyat Campa kepada Islam secara total berlaku setelah Campa diserang.
Campa berada dalam keadaan aman dan damai serta usaha pengukuhan agama Islam berlangsung dengan giat, keadaan ini berterusan sehingga 1570 apabila ia sekali lagi diserang oleh Dai Viet. Raja Campa telah ditawan dan mangkat dalam tawanan. Hal ini mengundang simpati kerajaan serantau terutama Patani yang mempunyai pertalian darah dengan kerajaan Campa. Datu Jambu, Nik Mustafa telah menghulur bantuan pada 1578 dengan dibantu oleh perajurit dari Kelantan. Usaha Nik Mustafa menemui kejayaan dan beliau telah berjaya membebaskan Campa dan atas usaha itu beliau telah ditabal sebagai Raja Campa dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Syah. Beliau memerintah Campa selama 59 tahun dari 1578-1637.
Zuriat
alMarhum Sultan Abdul Hamid mempunyai tiga orang putera iaitu:
Memahami Sejarah Raja-Raja Kelantan telah membawa kita untuk mengenali beberapa kerajaan lama yang pernah wujud di Nusantara antaranya Sriwijaya, Majapahit, Langkasuka (Chermin), Patani dan Campa. Satu sahaja lagi kerajaan tua yang mempunyai kaitan dengan sejarah Kelatan belum kami kisahkan dengan mendalam iaitu Campa.
Usia kerajaan Campa ini lebih tua jika dibandingkan dengan Sriwijaya. Ia wujud bersama-sama dengan Funan. Nama-nama kerajaan ini memang janggal pada pembacaan mereka yang baru mengenali sejarah tua Bangsa Melayu, namun inilah hakikatnya yang perlu kita ketahui. Kerajaan tua Campa pada asalnya menganut agama Hindu kemudian bertukar menjadi kerajaan beragama Budha dan akhirnya kerajaan ini telah diperintah oleh Kesultanan Islam semenjak dipimpin oleh Wan Bo Tri Tri.
Wan Bo hanya memerintah Campa selama tujuh tahun, kemudian telah menyerahkan tampuk pemerintahan kepada waris yang lebih berhak. Selama memerintah, beliau dilihat untuk mengembalikan keamanan kepada Campa yang sebelum itu telah diceroboh oleh Dai Viet. Sebelum pemerintahan Wan Bo, Campa telah menerima kedatangan Islam, namun rakyatnya masih ramai beragama Budha. Penerimaan rakyat Campa kepada Islam secara total berlaku setelah Campa diserang.
Campa berada dalam keadaan aman dan damai serta usaha pengukuhan agama Islam berlangsung dengan giat, keadaan ini berterusan sehingga 1570 apabila ia sekali lagi diserang oleh Dai Viet. Raja Campa telah ditawan dan mangkat dalam tawanan. Hal ini mengundang simpati kerajaan serantau terutama Patani yang mempunyai pertalian darah dengan kerajaan Campa. Datu Jambu, Nik Mustafa telah menghulur bantuan pada 1578 dengan dibantu oleh perajurit dari Kelantan. Usaha Nik Mustafa menemui kejayaan dan beliau telah berjaya membebaskan Campa dan atas usaha itu beliau telah ditabal sebagai Raja Campa dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Syah. Beliau memerintah Campa selama 59 tahun dari 1578-1637.
Zuriat
alMarhum Sultan Abdul Hamid mempunyai tiga orang putera iaitu:
- Nik Badrulsalam, beliau telah dilantik sebagai Raja Singgora yakni sebahagian negeri dalam Persekutuan Patani Besar. Beliau juga dinyatakan sebagai pendiri Kerabat Singgora dari kurun ke-17 hingga 18.
- Nik Ibrahim, beliau telah diperkenankan oleh Sultan Patani untuk dilantik sebagai Datu Kelantan pada 1634, bagaimanapaun tiga tahun selepas itu beliau telah ditabal sebagai Raja Patani menggantikan tempat marhum ayahandanya pada 1637.
- Nik Ali, beliau disebut tidak merajai mana-mana negeri. Namun beliau telah diberi kepercayaan oleh Sultan Patani sebagai Panglima Agong Tentera Patani dengan gelaran Dato Maharajalela.
Pemerintahan Nik Ibrahim
Pada awalnya beliau telah dilantik sebagai Datu Kelantan oleh Ratu Ungu (1624-1635) yang waktu itu memerintah Patani. Perlantikan beliau bermungkinan dibuat untuk mengekalkan hagemoni Patani di Kelantan berikutan semua datu yang dilantik telah membuka City States yang tersendiri di Kelantan berikutan masing-masing telah berasimilasi dalam Kesultanan Kelantan yang sedia ada melalui perkahwinan.
Perlantikan Nik Ibrahim oleh Patani juga adalah satu cara Kerajaan Patani untuk mengukuhkan hubungan serantau dengan Campa berikutan Patani pada masa tersebut menghadapi ancaman hebat daripada Siam. Semasa perlantikan Nik Ibrahim, Campa pada masa itu sedang diperintah oleh Sultan Abdul Hamid Syah yang pernah menjadi Datu Jambu, justeru hal ini juga satu pengiktirafan kepada Campa.
1637, Sultan Abdul Hamid Syah telah mangkat, jika diikutkan heirarki sepatutnya Nik Badrulsalam yang patut ditabalkan sebagai Raja Campa. Namun hal tersebut tidak berlaku sebaliknya Nik Ibrahim telah ditabalkan menggantikan ayahandanya itu. Tidak dapat kami pastikan punca hal ini berlaku, namun sudah tersurat Nik Badrulsalam ditabal sebagai Raja Singgora.
1653, angkatan tentera Sultan Ibrahim yang juga dikenali sebagai Po Ibrahim telah menyerang kedudukan Dai Viet (Annam) namun serangan itu telah dipatahkan. Tambah malang, Dai Viet telah melancarkan serangan balas dan telah menawan beberapa kawasan Campa dan menamakannya sebagai Tran Tuan Thanh .
1684, Dai Viet telah melancarkan serangan secara besar-besaran keatas Campa. Serangan kali ini telah memaksa Po Ibrahim berpindah ke Kelantan bersama-sama rakyatnya. Ini juga salah satu kenapa wujud satu nama tempat di Kelantan yang bernama Pengkalan Chepa (sebutan dari tulisan jawi). Kemudian beliau telah belayar ke Kemboja dan bermaustautin di Kampung Brek Bak seterusya merancang untuk meneruskan penentangan terhadap Dai Viet di Pandurangga. Sultan Ibrahim telah mangkat di kampung tersebut atas faktor usia yang telah lanjut, Campa pula masih dalam penguasaan Annam.
Waris
Po Ibrahim mempunyai dua orang putera iaitu:
- Wan Muhammad Amin
- Wan Daim (anak saudara : putera kepada Nik Badrulsalam)
Wan Muhammad Amin telah dilantik menggantikan ayahandanya sebagai Raja Campa oleh Regim Nguyen dengan gelaran Po Jatamuh sementara bapa dan adiknya Wan Daim belayar menyelamatkan diri ke Kelantan. Campa terpaksa membayar ufti kepada Dai Viet berikutan kekalahan mereka. Dalam tahun 1684 juga Po Jatamuh telah mangkat.
Regin Nguyen telah melantik Wan Daim sebagai Raja Campa menggantikan kekandanya. Beliau telah dianugerahkan gelaran kebesaran Po Top oleh Regim Nguyen.
Regin Nguyen telah melantik Wan Daim sebagai Raja Campa menggantikan kekandanya. Beliau telah dianugerahkan gelaran kebesaran Po Top oleh Regim Nguyen.
Kesimpulan
Sultan Ibrhim semasa hayatnya dikenali dengan pelbagai gelaran antaranya, Po Ibrahim / Ong Chai Nyek / Po Nrop semua gelar tersebut adalah kebesaran yang dibakai oleh kerajaan di daratan Asia Tenggara. Belia mempunyai hubungan yang erat dengan Kesultanan Patani dan Kesultanan Kelantan. Dari beliau juga lahir keturunan Kesultanan Kelantan. Campa di bawah pemerintahan beliau cuba bangkit dan mengembalikan kegemilangannya. Namun, ia telah menemui kegagalan hingga menyebabkan ia terjajah, begitulah suratan takdir yang harus kita terima.
Wallahualam bis'sawab
Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Penulis adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pendapat dan Pandangan dari tuan/puan adalah dialu-alukan. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di bawah untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.
Rujukan:
- http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/01/champa-bumi-jawi-iii.html
- http://ibnurusydi.blogspot.nl/2011/06/champa-negara-melayu-yang-hilang-dari_11.html
- Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait
No comments:
Post a Comment