Pendahuluan
Setelah termetrainya Perjanjian Bangkok 1909 antara Siam dan British, sebahagian negeri-negeri Melayu dikawasan Segenting Kra telah dibahagi dua. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Empayar British dengan ditanda sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, manakala negeri Patani, Jambu, Nong Chik dan beberapa lagi negeri Melayu di Segenting Kra telah menjadi sebahagian Siam. Sultan Kelantan telah dipaksa untuk menerima keputusan yang dibuat, serentak dengan itu British telah menghantar wakil mereka ke Kelantan untuk menasihati Sultan dalam segala keputusan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri hanya mempunyai hak sepenuhnya terhadap Adat Istiadat dan Agama Islam sahaja, selebihnya segala-gala perlu melalui Penasihat. Ketika itu, Sultan Muhammad IV menjadi Sultan, sebelum termetrainya Perjanjian Bangkok, baginda telah menandatangani perjanjian konsensi dengan Duff Development Company yang dimiliki oleh R.W.Duff seorang pesara Pegawai Tinggi Polis British di Pahang. Beliau menguasai pelbagai dialek Bahasa Melayu dan tugas beliau sebelum ini menyebabkan beliau mempunyai hubungan rapat dengan negeri-negeri Melayu.
Bagaimanapun, selepas termetrainya perjanjian tersebut, segala perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan telah terbatal dan tidak lagi sah, justeru perjanjian ini telah menamatkan pengelibatan Duff Development Company di Kelantan. Inilah natijahnya, bagaimanapun kedudukan Sultan Muhammad IV sebagai Sultan Kelantan menjadi lebih kukuk kerana baginda sekali lagi menjalani istiada pemahkotaan oleh Queen Elizabeth dari United Kingdom dan ia satu penghormatan yang tinggi.
Di bawah Sistem Residen ini, Sultan dan seluruh Pembesar menerima gaji bulanan dan tidak lagi dibenarkan mengutip cukai sepertimana kelaziman. Perkara ini jelas membuatkan para pembesar di Kelantan tercabar, tetapi mereka tidak berani bangkit memperjuangkan hak kerana perkara ini telah berlaku di Pahang, di mana Dato Bahaman bersama Tok Gajah dan Mat Kilau telah menentang sistem Residen, mereka telah dituduh oleh British dan diuar-uarkan seluruh Pahang bahawa mereka adalah pemberontak dan menderhaka kepada Sultan Pahang. Menyebabkan pahlawan Melayu Pahang ini melarikan diri hingga ke Siam dan hidup dalam penyamaran berpuluh tahun lamanya.
Jeram atau Pasir Puteh
Jajahan Pasir Puteh adalah satu jajahan yang istimewa kerana ia bersempadan dengan Jertih dan Besut, Terengganu. Ia juga mempunyai kawasan hutan yang luas dengan Bukit Yong serta Ulu Sat menjadi sempadan, ringkasnya ia mempunyai sumber asli yang banyak selain beberapa kawasan yang menarik seperti Jeram Pasu dan Jeram Linang, ia juga amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan terutama di kawasan Semerak.
Rekod Sejarah menyatakan bahawa nama Jajahan Pasir Puteh mula digunakan secara rasmi pada 1911 setelah lawatan Sultan Muhammad IV ke kawasan tersebut. Sebenarnya, sebelum timbul nama jajahan baru ini, ia lebih dikenali sebagai Jeram dan menjadi pusat pentadbiran keturunan Long Ghafar, Perdana Menteri era Long Yunus. Jeram dipercayai wujud pada era Kelantan mempunyai citay states , namun tidak dapat dipastikan dengan jelas siapa pemerintahnya sebelum era Long Ghafar.
Pada masa tersebut, British merupakan tunjang kepada pemerintahan di Kelantan, segala keputusan akhir yang dibuat oleh Sultan telah menjalani proses "advisory" iaitu telah melalui tapisan dan pandangan Penasihat British. Jelas, penamaan Jajahan Pasir Puteh yang berlokasi sekitar Semerak serta memasukkan Jeram dalam Jajahan baru itu, perkar ini jelas mencabar kedudukan Engku Besar selaku pentadbir dikawasan tersebut. Mereka bersabar, kerana masih menjunjung kasih kebawah Duli Tuanku Sultan. Maka terlaksanalah pentadbiran Jajahan Baru di Pasir Puteh dibawah perintah Penasihat British.
Punca Konflik
Di Pasir Puteh pada waktu itu pendudukanya terdiri daripada orang-orang Melayu yang berkerja sebagai nelayan dan petani. Kehidupan mereka tidaklah terlalu mewah, dan juga tidak miskin, sebelum kewujudan pentadbiran baru mereka hidup dalam keadaan aman dan damai. Ringkasnya, selain Kota Bharu, kawasan Jeram adalah antara yang paling ramai penduduk dan ia menarik perhatian British untuk mengaut hasil melalui cukai yang akan dikenakan keatas penduduk di Pasir Puteh.
Pada tahun 1914, British telah melantik Encik Abdul Latif seorang Melayu yang berasal dari Singapura menjadi Ketua Daerah Pasir Puteh, beliau telah ditanggungjawabkan untuk menguatkuasa Udang-Undang Cukai di Pasir Puteh, antara cukai yang dikenakan:
- Setiap penduduk dikenakan Cukai Kepala $1.00 setahun sekali
- Setiap pokok buah-buahan dikenakan ¢12 1/2 sen sepokok
- Setiap Pokok Kelapa ¢3 sen sebatang
- Sejunjung sireh ¢5 sen
- Setiap ekor kerbau dan Lembu ¢50 sen seekor
- Setiap pokok keras yang boleh dijadikan rumah dikenakan cukai $1.00 sebatang
- Cukai Hasil Tanah sebanyak ¢60 setiap ekar
Penduduk yang ingkar kepada Undang-Undang Cukai ini akan dihukum samada membayar denda atau dipenjara. Undang-Undang baru ini jelas mengguris hati pembesar dan menekan penduduk Pasir Puteh. Pungutan Cukai ini dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Puteh dan dikendalikan oleh seorang pekerja, kekangan tenaga kerja ini telah menyebabkan urusan pembayaran menjadi sulit dan ada yang telah menunggu selama tiga hari, tetapi masih tidak dapat membayar cukai tersebut.
Ketika Tok Janggut dan orang-orangnya ingin menjelaskan cukai tersebut, mereka telah terpaksa menunggu selama seminggu di Pejabat Daerah, tetapi masih tidak dapat berbuat demikian dan berkeputusan untuk pulang tanpa menjelaskan cukai. Tindakan ini telah menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh Ketua Daerah dan dikehendaki ke Mahkamah Pasir Puteh, tetapi mereka enggan berbuat demikian.
Sebaliknya Tok Janggut bersama-sama YAM Tengku Besar Jeram Tuan Ahmad ibni Tengku Sri Maharaja Long Mansor Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta penduduk Pasir Puteh memboikot Undang-Undang Cukai tersebut dalam satu perhimpunan yang diadakan di Kampung Merbul, hasilnya semua penduduk membuat keputusan untuk tidak membayar cukai kepada Ketua Daerah. Hal tersebut akhirnya telah diketahui oleh Encik Latif, dan beliau telah mengarahkan Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut.
Meletusnya Perang Pasir Puteh
29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman bersama-sama dengan 6 orang lagi anggota polis telah ke Kampung Merbul untuk bertemu dengan Tok Janggut. Ketika Sarjan tersebut tiba di kampung tersebut, Tok Janggut sedang berucap dihadapan 1000 orang penduduk yang lengkap bersenjata. Sarjan Che Wan menjelaskan kehadiran mereka adalah untuk menjemput Tok Janggut berjumpa dengan Ketua Daerah di Pasir Puteh dan dipatuhi. Ketika hendak berangkat, tercetus pertengkaran antara Sarjan Che Wan dengan Tok Janggut, kerana beliau enggan berada di belakang kerana keadaan itu seolah-olah beliau adalah orang salah. Pertengkaran mulut itu telah melarat dan berlaku pergelutan dan Sarjan Che Wan telah terkena tikaman keris Tok Janggut, anggota Polis yang datang bersama tergamam, mereka semua dilepaskan setelah senapang yang dibawa dirampas.
Setelah itu, Tok Janggut bersama-sama 2000 penduduk telah ke Pasir Puteh berjaya menduduki pekan tersebut. Encik Abdul Latiff telah melarikan diri ke Kota Bharu dan melaporkan hal tersebut kepada Baginda Sultan Muhammad IV. Di Pasir Puteh pula, penduduk yang telah bangkit telah melantik:
- YAM Tengku Besar Jeram sebagai Paduka Sri Raja Pasir Puteh.
- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri.
- Haji Said sebagai Timbalan Perdana Menteri.
- Penghulu Adam sebagai Syahbandar.
- Ishak menjadi Ketua Daerah.
Tok Janggut telah cuba memaklumkan kedudukan yang sebenar kepada Baginda Sultan, namun tersebut telah dihalang oleh pihak Inggeris, sebaliknya mereka telah memberitahu Tok Janggut dan pengikutnya telah memberontak dan sedang menuju ke Kota Bharu untuk menggulingkan baginda Sultan. Perkara tersebut jelas menimbulkan kemurkaan Sultan hingga menganggap Tok Janggut dan para Pembesar Jeram adalah penderhaka. Bagida telah bertitah, sesiapa yang dapat menangkap salah seorang dari pemimpin Pasir Puteh itu akan diberi wang ganjaran sebanyak $500. Mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan para pengikutnya enggan menyerahkan diri dan mereka bertekad untuk menentang. Sebuah kubu yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut telah dibina di Kampung Saring sebagai persediaan untuk menghadapi serangan besar-besaran.
Sultan dan Para Pembesar termasuk Penasihat British telah bersidang berkenaan perihal di Pasir Puteh dan mereka putuskan untuk dapatkan bantuan daripada British di Singapura untuk mengatasi kekalutan yang timbul. Gabenor Sir Arthur Handerson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal perang berserta dengan 150 orang askar telah bertolak ke Kelantan sebagaimana hasrat Kerajaan Kelantan. 10 Mei 1915, pasukan tersebut telah tiba di Kota Bharu dan 3 hari kemudian ia telah tiba di Pasir Puteh. Pasukan itu gagal menemui Tok Janggut, kerana mereka telah menyembunyikan diri untuk mengelak mereka berperang secara berdepan dengan askar British yang lengkap dengan Senjata Api moden. 17 Jun 1915, angkatan perang ini telah kembali ke Kota Bharu dan berada di ibu negeri Kelantan itu selama seminggu sebelum berangkat pulang ke Singapura.
Pada bulan yang sama, British di Singapura telah menghantar satu lagi pasukan askar yang terdiri daripada askar Sikh dan sukarelawan Melayu. Geram kerana tidak dapat bertemu dengan Tok Janggut, askar-askar Brtish ini telah melakukan angkara dengan membakar rumah dan sawah padi serta merampas harta benda penduduk. Rumah Tok Janggut, Engku Besar dan semua pemimpin Pasir Puteh turut dibakar.
25 Jun 1915, Tok Janggut bersama 2,500 pengikutnya telah bertindak menyerang kedudukan Askar Sikh di Pekan Pasir Puteh. Setelah itu, pasukan Tok Janggut ini berundur semula ke Kampung Saring dan ia diekori oleh askar British. Tercetus pertempuran di Kampung Saring dan ia disertai oleh Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah, dan Abdul Rahman. Angkatan Perang British dilengkapi dengna senjata moden dan ia tidak dapat ditahan oleh pasukan Tok Janggut dan mereka akhirnya telah tewas. Tok Janggut sendiri dalam pertempuran ini telah terkorban, manakala Engku Besar, Haji Said dan Ishak telah menyelamatkan diri ke Reman.
Contoh Askar Sikh di Tanah Melayu |
Siapa Tok Janggut
Nama sebenar beliau ialah Haji Mat Hassan bin Munas beliau telah berangkat ke Kota Mekah untuk mendalami Ilmu Agama Islam. Di sana beliau telah berguru dengan Syeikh Ahmad Al Fatani, seorang guru yang disegani. Tok Kenali adalah rakan sepengajian beliau. Beliau berumur 30 tahun ketika berangkat ke Mekah. Engku Besar pula adalah sahabat karibnya dan membesar bersama-sama serta mempelajari seni mempertahankan diri bersama dengan ayah beliau, Panglima Munas.
Ekoran kematian ayah dan abangnya dalam satu peristiwa berdarah, Tok Janggut bertekad tidak lagi mahu pulang ke Kelantan mahu terus berada di Kota Mekah, namun hasratnya itu telah dibangkang oleh gurunya dan menasihatinya untuk pulang berbakti di Kelantan.
Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama telah meletus setelah British, Russia, dan Perancis mengisytiharkan perang keatas Jerman dan Austria. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah menyertai peperangan tersebut dan berpihak kepada Jerman dan Austria. Anggota Majlis Ulama Turki yang dianggotai oleh Badiuzzaman Said Nursi, Syeikhul Islam Mustafa Khairi Afandi, Syed Ahmad as Syarif as Sanusi, Muhammad Asad Afandi, dan Hamdi Yazir telah merangka fatwa Jihad bagi pihak Khalifah. Kemudian Sultan Muhammad VI atau juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Reshad telah mengisytiharkan Jihad kepada Umat Islam seluruh dunia.
Fatwa tersebut mendakwa bahawa kuasa-kuasa eropah yang diketuai oleh Britain berusaha untuk meruntuhkan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah dan menakluk negara-negara Islam. Ini adalah satu faktor kenapa Tok Janggut pulang ke Kelantan dan bangkit menentang British yang menjajah Tanah Melayu. Pada masa tersebut, Tok Janggut sudah berumur 65 tahun tetapi beliau tetap terjun ke medan perang bagi mempertahankan agama dan bangsanya.
Dalam pertempuran di Kampung Saring, Tok Janggut dilaporkan British sebagai telah terkorban, dan jenazahnya telah diaibkan dengan penuh kehinaan. Ramai yang mempercayainya, namun ada waris beliau menafikan bahawa beliau tekorban dalam peperangan pada Jun 1915, sebaliknya beliau telah mengalami kecederaan yang parah dan telah sempat dibawa lari oleh Mat Kelubi ke kawasan Selatan Thai bersama-sama Engku Besar. Tok Janggut telah dirawat dan sembuh, tetapi memilih untuk memencilkan diri sehinggalah beliau "berpindah alam" pada 1969 dan disemadikan di sebuah kubur yang tidak bertanda di Kampung Air Putih, Machang.
Ekoran kematian ayah dan abangnya dalam satu peristiwa berdarah, Tok Janggut bertekad tidak lagi mahu pulang ke Kelantan mahu terus berada di Kota Mekah, namun hasratnya itu telah dibangkang oleh gurunya dan menasihatinya untuk pulang berbakti di Kelantan.
Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama telah meletus setelah British, Russia, dan Perancis mengisytiharkan perang keatas Jerman dan Austria. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah menyertai peperangan tersebut dan berpihak kepada Jerman dan Austria. Anggota Majlis Ulama Turki yang dianggotai oleh Badiuzzaman Said Nursi, Syeikhul Islam Mustafa Khairi Afandi, Syed Ahmad as Syarif as Sanusi, Muhammad Asad Afandi, dan Hamdi Yazir telah merangka fatwa Jihad bagi pihak Khalifah. Kemudian Sultan Muhammad VI atau juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Reshad telah mengisytiharkan Jihad kepada Umat Islam seluruh dunia.
Fatwa tersebut mendakwa bahawa kuasa-kuasa eropah yang diketuai oleh Britain berusaha untuk meruntuhkan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah dan menakluk negara-negara Islam. Ini adalah satu faktor kenapa Tok Janggut pulang ke Kelantan dan bangkit menentang British yang menjajah Tanah Melayu. Pada masa tersebut, Tok Janggut sudah berumur 65 tahun tetapi beliau tetap terjun ke medan perang bagi mempertahankan agama dan bangsanya.
Dalam pertempuran di Kampung Saring, Tok Janggut dilaporkan British sebagai telah terkorban, dan jenazahnya telah diaibkan dengan penuh kehinaan. Ramai yang mempercayainya, namun ada waris beliau menafikan bahawa beliau tekorban dalam peperangan pada Jun 1915, sebaliknya beliau telah mengalami kecederaan yang parah dan telah sempat dibawa lari oleh Mat Kelubi ke kawasan Selatan Thai bersama-sama Engku Besar. Tok Janggut telah dirawat dan sembuh, tetapi memilih untuk memencilkan diri sehinggalah beliau "berpindah alam" pada 1969 dan disemadikan di sebuah kubur yang tidak bertanda di Kampung Air Putih, Machang.
Gambaran Pelukis : Allahyarham Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut) |
Rujukan:
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Tok_Janggut
- http://abdullatip.blogspot.nl/2011/12/tok-janggut.html
1 comment:
Assalamu'alaikum
Nak tanya. Siapa Mat Kelubi yg bawa lari Tok Janggut tu? Pahlawan Mat Kelubi Pahang tu ke?
Post a Comment