***ARTIKEL INI DISALIN SEMULA DARI BLOG LOKAN BERTEPUK***
|
Gambar Hiasan, Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh |
Kadang2
datang juga kenangan lama yang mengembalikan aku ke zaman kanak2. Sampai ke
hari ini pun masih segar dan jelas tergambar dalam kepala aku, yang mana semasa
umur aku kira-kira 4 tahun, aku telah
dibawa oleh emak saudara aku bersama dengan beberapa orang jirannya sekampung
menaiki bas ke satu destinasi yang terletak di tepi laut. Di kawasan tersebut
terdapat banyak bangsal2 untuk orang berjualan dan juga tempat orang membuat
persembahan dan orang-orang di peskitarannya cukup ramai sekali. Kebanyakan orang2 yg aku lihat, kalau yang
perempuan boleh dikatakan semuanya berkelumbong dengan kain batik lepas, begitu
juga dengan kaum laki2, sebahagian besarnya bersemuntar dan berkain pelikat. Di
sana sini terdengar bermacam-macam bunyi muzik tradisional dan sesekali
terdengar sorakan orang berarak dengan membawa panji-panji. Aku tidak tahu
apakah yang menyebabkan orang begitu ramai di situ. Yang aku ingat ialah aku
meminta emak saudara aku supaya belikan sebiji belon gas yg berharga 10 sen
untuk aku. Yang lain-lainnya semua telah hilang dari memori aku.
10
tahun kemudian setelah aku masuk ke sekolah menengah, barulah aku tahu bahawa
tempat yang dibawa oleh gemulah emak saudara aku itu ialah keramaian yang
diadakan sempena dengan puja pantai di Bachok pada tahun 1958. Itupun nasib
baik aku bertanya kepada orang yang kebetulan terlibat dengan permainan wayang
kulit untuk puja pantai tersebut. Sampai sekarang pun gambaran suasana pada
waktu itu masih tebayang di dalam ingatan aku.
Aku
ingat nak duduk senyap jah. Biarlah ingatan masa kecik aku datang sekali sekala
sebagai kenangan hidup aku masa lampau, dan selama ini pun aku tidak pernah
bercerita kepada sesiapa pun mengenai upacara ini. Biarlah upacara puja pantai
itu pergi jauh meninggalkan kita semua dan biarlah cerita2 begini hanya
diwarisi setakat generasi aku sahaja.
Tapi
aku tersalah sangka tedengan jangka. Rupa2nya masih ada lagi generasi sekarang
yang berangin dan berminat untuk mengetahui akan cara-cara yang dibuat oleh orang tua kita dahulu
mengenai upacara puja pantai ini. Sebenarnya aku tidak dapat hendak
memperjelaskan dengan terperinci mengenai bagaimana cara2 yang dibuat oleh
orang tua kita dahulu dalam hal puja pantai ini kerana seumur hidup aku belum
sekali pun melihat bagaimana upacara ini dijalankan, kerana apabila aku sudah
mengenal erti hidup di dunia ini, upacara tersebut sudah tidak dibuat lagi
sehingga sekarang kerana dikatakan mendapat bantahan dari ulama2 dan juga
kesedaran masyarakat tempatan sendiri, kerana upacara puja pantai ini bertentangan
dengan ajaran islam.
Cuma
apa yang ada dalam pengetahuan aku sekadar cerita bari dari orang2 tua dan
mereka2 yang pernah terlibat dengan acara tersebut, itu pun bukan detail sangat
dan juga sedikit sumber dari pembacaan. Bagaimana pun ada juga sesetengah
perlakuan dan aturan yang terdapat dalam upacara puja pantai itu mempunyai
persamaan dengan upacara lain yang aku
pernah terlibat sekadar untuk mengetahui dan mencari pengalaman sahaja.
Diringkaskan
cerita, terdapat tiga jenis perkataan puja yang dilakukan oleh ore melayu
kelate pada zaman dahulu, iaitu;
- PUJA
UMUR atau sambutan hari ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan. Bagi
sesetengah ore tua kelate menyebutnya dengan perkataan JANEWOGHI. Adakah
perkataan ini berasal dari bulan januari, aku tidak pasti. Tidak dapat dikesan
bilakah tarikh puja umur dibuat di Kelantan, tetapi berdasarkan keterangan dari
buku ‘Detik2 Sejarah Kelantan’, upacara puja umur ini telah pun ada dizaman
pemerintahan Sultan Muhammad IV.
- PUJA
KAMPUNG.
- PUJA
PANTAI…. Tentang bilakah tarikh mula2 diadakan upacara ini oleh orang tua
dahulu tidak diketahui, cuma apa yang mendapat maklumat ialah upacara puja
pantai yang terakhir dibuat di kelate ialah pada bulan april 1960 di Pantai
Cinta Berahi (Pantai Cahaya Bulan sekarang). Dikatakan temasya puja pantai
secara besar-besaran di Pantai Cinta Berahi ialah pada tahun 1947 yang
dikendalikan oleh Mejar Tengku Mahmud Mahyudin. Kemudian, pada 22hb april 1960
telah diadakan sekali yang dikendali oleh Yang Mulia Tengku Zainab. Sementara
temasya puja pantai besar-besaran dan terakhir di Bachok pula ialah pada tahun
1958. Mengikut keterangan gemulah Pak ngah Kob, temasya ini dikendalikan oleh
pegawai jajahan Bachok pada ketika itu Mohammad Yaacob. Adakah acara seperti
ini pernah dibuat di pantai-pantai lain yang banyak nelayan seperti pantai
Sabak, aku tidak pasti.
Sebenarnya
antara puja kampung dengan puja pantai ni tak ada beza sangat, cuma yang
berbezanya ialah kalu puja kampung, upacara tu dibuat di kampung untuk memohon
keselamatan dan kesejahteraan di kampung. kalau bercucuk tanam, nak minta
segala tanaman menjadi. kalu menternak binatang, biar jadi gemuk dan mudah biak
(bersemah kampung).
Kalau
puja pantai pulak, nk mintak selamat apabila pergi cari rezeki kelaut. Minta
babas segala mara merbahaya dan ribut taufan sewaktu berada di lautan. Kalu
mmukat nk minta buleh ikan banyak. Aku rasa yang terjadi begini kerana tok
nenek kita dulu percaya bahawa laut ni mempunyai puakanya tersendiri. Kalau ada
orang mati lemas di laut pun dikatakan akibat dari puaku laut yang sudah lama
tidak dijamu dan bermacam-macam lagi. Kepercayaan lagu ni lah yang kadang2 kita
dengar ada orang sebut apabila berlaku orang mati lemas di pantai, “Pantai ni
tokleh buat main-main, makan orang sokmo2”, ..padahal nya tidak sebab tu
pun..Untuk mengambil hati puaka laut ni supaya tidak mengamok, maka perlulah
dijamu setahun sekali, atau tiga tahun sekali, atau tujuh tahun sekali
tertakluk kepada ghalibnya (semah pantai).
Kita
royak cerita selingan pasal puaka laut dulu sikit…..Mengikut satu cerita benar
mengenai hantu laut yg diceritakan kpd aku oleh gemuloh guru aku yg terjadi
kepada dia sendiri pada awal tahun ‘50an dahulu. Dia dari rumah bapak sedara
dia di Kuala Besut pergi ke rumah sesaorang yang aku malas nak sebut nama di
sini yang terletak di Pulau Redang. Semasa tinggal di sana, beliau bersungut nk
makan telur penyu kepada tuan rumah. Maka orang tersebut pergi ke tepi pantai
dan seolah2 memberitahu kpd sesaorang minta tolong carikan telor penyu kerana katanya anak
angkat dia dari Kuala Besut teringin nak makan telur penyu. Pada keesokan
paginya sudah ada selonggok telur penyu di tepi pantai di hadapan rumahnya.
Semasa
hendak dihantar balik ke kuala besut pula berlaku pada waktu malam, kerana
siang hari sangat panas, orang tersebut menyuruh beliau tidur di dalam perahu
seorang diri, kalau terdengar apa2 bunyi pun hendaklah diam sahaja dan apabila
sampai di Kuala Besut, nanti ada orang akan kejutkan. Beliau memberitahu,
perahu tersebut bergerak laju bagaikan ditarik sesuatu, tp tiada sesiapa pun
diperahu tersebut melainkan dia seorang diri sahaja, yang terdengar ialah
kicahan air laut yang menempuh perahu sahaja sehingga lama kelamaan beliau
tertidur. Beliau terjaga apabila terdengar seperti orang menggerak supaya
bangkit dari tidur kerana sudah sampai di Kuala Besut..berdiri bulu roma
sekakloh aku dengar…Razli Ayub Istana Budaya mungkin tahu jugak cerita ni sbb
peristiwa itu dialami oleh gemulah ayah dia sendiri.
Sebenarnya
yang dikatakan temasya puja pantai itu kerana sempena dengan upacara puja
pantai akan diadakan segala jenis permainan seperti wayang kulit, mak yong,
menora, peteri, bersilat, kertok, rebana dsb lagi untuk memeriahkan suasana.
Dan pada masa inilah sekelian orang jauh dan dekat dari hujung negeri sampai ke
pangkal negeri akan turun untuk bersukaria sambil berhibur, bahkan ada di
antara orang yang datang dari jauh berkampung di situ.
Tentang
jarak masanya pula tidak ada ketetapan yg tertentu, terpulanglah kepada jawatankuasa
penganjur itu sendiri, tapi yang paling singkat pun tiga hari tiga malam. Pada
hari pertama yg dipanggil hari ‘letak kija’, tok bomor akan memulakan dengan
jampi mentera dan menepung tawar pada sekor kuba balar jantan yang sudah
bersalin gigi doh, ore putih sebut albino buffalo, tok bomor sebut unta putih.
Lepas pada tu akan berbunyi tembakan bedil sebagai isyarat upacara telah
bermula. Aku rasa tembakan bedil tu bukan apa, hanya sekadar nak bagitahu
kepada semua kumpulan permainan hok ada tu supaya pakat bertaboh serentak
belaka2. Mugo takdak pembesar suara dan walkie-talkie tu gak, dan jarak antara
satu bangsal ke satu bangsal tu agak jauh, agak2 kalu melaung pun tak berapa
nak dengar. Dalam masa ni la kuba balar tadi di araklah kok keliling kawasan
pantai hingga ke sebelah daratan ni sikit dikirakan tempat yang berlangsungnya
temasya tu diiringi oleh tok bomor, tok jeragan, jong selam, puok2 kelaut dan
orang ramai sambil membawa bendera tiga warna, putih hitam merah. Adakah warna2
bendera ini melambangkan apa, hoktu aku tak tahu. Atau pun adakah warna kain2
tersebut ada mempunyai hubungan dengan kain yang orang buboh celah tutup tiang
masa nak pediri rumah baru, aku tak tahu jugak, sebab kain ni pun tiga warna ni
jugak. Pada sebelah malamnya pula, segala permainan yang ada, akan memulakan
persembahan masing2.
Pada
hari kedua pula diadakan upacara belarak replika balai tujuh tingkat yang
biasanya dibuat dari pelepah sagu kering,(dalam bahasa begoni kadang2 disebut
Agung Bertukup Balai Bertulis atau Balai Bali Panca Persada Dewa) dan sebuah
replika kapal layar kecil ‘Jong Kecik Lancang Bermas’. Kesemua barang2 ni akan
diletak dihadapan bangsal wayang kulit. Disamping itu ada beberapa kelengkapan
lain lagi yang diletak dihadapan bangsal wayang kulit. Antaranya ialah sangkak
(sakak), tabak, pacabali, beberapa buah tempayan untuk nk buboh air pancalogam,
air pudi mas pudi perak, andung jejuang dan ada segala macam lagi yg aku malas
nk tulis ssini.
Pada
malam kedua, sebelum ‘pecah cerita’, wayang kulit akan memulakan lakon acara
memadah. Lakon ini dimulai dengan atas pekerjaan menyemah pantai ini, iaitu
dimulai dengan Raja Serama memanggil Pak dogol supaya pergi memadah.
Raja
Serama: Ya kakak persanta mas manis
gerga jiwa. Pada silam malam esok tok dalang nak berjamu semah unta putih di
hadapan panggung pantai sini. Maka loni
ambo nak mintak kakak pergi memadah segala jisi seribu empat puluh empat, jisi
kelaparan empat, jisi yang mampat dan jisi yang tidak mampat. Kakak kena turun
ke olak tanah gudaran bumi, kakak padah segala jin tanah jembalang di bumi.
Olak kampung suok dusun, di padang luas
sejana padang , di selaba kecik lahar
yang luas, tasik merabang pancowilaha. Kakak padah sekelian puok juok hantu air
jembalang selaba jangan bui meninggali. Sinar naik sinar runduk, hulu bani,
hilir bangsawan…… Kakak pergi padah jugak jong dapur, jong kako, jong hidang, (dan
beberapa tempat lagi yang aku malas nak sebut disini takut terlampau panjang
sangat. Tujuan memadah ini ialah untuk memberitahu kepada hantu dan jembalang
di kawasan taklukkan seperti yang aku sebutkan di atas supaya datang pada malam
besok untuk menerima hidangan pada tempat yang telah dikhaskan mengikut
protokol yg telah ditetapkan masing-masing).
Pak Dogol: Baiklah tuanku, segala titah perintah tuanku
ni, hamba tua ikutkan saja, sikit tetapi patek mohon kecerapan dari duli tuanku
terlebih dahulu.
Raja Serama: Kecerapan semacam balahmana pengasuh?
Pak Dogol: Apabila patik hamba tua ni sudah memadah
sekelian puok juok jisi yang mampat dan jisi yang tiada mampat tu, dimanakah
patik nak suruh dia menanti pada malam esok?
Raja Serama: Mu suruh masing-masing tunggu di hujung
lidah tanah gegelang sari medang kulon permatang layat. Apabila berbunyi
gunungan tujuh, mu suruh dia mari menerima hidangan bapak dalang dihadapan
panggung (sebut nama tempat).
Setelah
memadah sekelian alam empat tapang tujuh jerung lapan deksa, akhirnya barulah
Pak Dogol pun berdirikan kaki tunggal,
mendakapkan siku lenggang serta membacakan aja aji persongo menutup babahan
songo lalu melating naik ke pintu jabalawung seketeng anak tangga duabelas di
kayangan untuk memadah Betara Guru dan sekelian jisi kelaparan empat di
kayangan untuk menerima hidangan bapak dalang di alam dunia. Apabila tibanya
Pak Dogol berdiri di pesiban agung hadapan Betara Guru, dan bila Betara Guru
terpandang akan cahaya Agung Senohon Betara Sang Hyang Tunggal, lalu ia pun
turun dari takhta kerajaan kerusi gading kencana serta menyembah di kaki Pak
Dogol lalu memimpin tangan Pak Dogol serta diletak atas tahkta kerajaan, Betara
Guru pun mengangkat tangan sembah seraya berkata;
Betara Guru: Lah muuuu babu raden nnisa ni….ya yi kakak
ku persanta….kakak ku persanta jujuhan saudara yang tua ni kakak. Apa sabit
tedengan sebab yang kakak boleh mengawung-ngawung naik ke nenggoro suralaya ni
kakak?
Pak Dogol: Hei Guru, aku naik ni kerana kerja aku belum
habis, gawai aku belum selesai lagi. Aku mari ni kerana membawa sakda Raja Seri
Rama nak bagitahu kepada diri mu, kerana pada silam malam esok bapak dalang nak
berjamu semah unta putih di pantai (sebut nama pantai) di atas pekerjaan (sebut
nama tuan kerja) kerana nak semah lanak pantai (sebut nama pantai), nak angkat
seri di bumi, maya di kampung, teruna di dusun, tembeling di padang, dia nak
bayar hasil tahun cukai bulan, hasil mahsul cukai kerajat beras kapit padi
gajah. Jadi aku mari ni nak tanya kepada mu, siapakah yang padan patut manis
bangun boleh menerima indahar jamuan bapak dalang yang menimbali gambar di tengah fajar mentaram di
pantai (sebut nama pantai).
Kerana
dia siap takta halir menanti dengan balai bali panca persada. Sarat bermuat
dengan sulok lambong kadang gerga, beras kapit padi gajah, ayam itek lembu kuba
kambing bebiri, masak mentah, dengan tepung kendung, cukup lengkap dengan lemak
manis masin masam pedas, nasi tujuh bangsa sayur pitor tujuh jenis. Dengan
borak belum bersifat, darah dalam daging lemak dalam tulang, otak dalam kepala,
cukup lengkap dengan roma kulit, yu pari udang
ketam, siput jarat pisang tebu, katong katang aja perol wilok bebek. Jikau
lebih, aku tak ambik balik. Jika kurang, aku tak tambah. Jika sisa pun aku tak
ganti dah. Aku tahu ke baik saja, hok jahat aku tak terima.
Betara Guru: Bilakala kakak hendakkan orang yang
menerimai?
Pak Dogol: Silam malam esok.
Betara Guru: Waktu mana?
Pak Dogol: Waktu silau ngenger memecah, waktu mindong
berkukok murai membaca, gajah membalik tidur. Waktu fajar sidik..waktu tu lah
yang aku nak nya.
Betara Guru: Tidak apalah kakak, orang yang padan patut
manis bangun turun menerima jamuan bapak dalang ialah anak ku Sang Kala Awal.
Pak Dogol: Tapi mu kena pesan kepada anak ku Sang Kala
Awal, jangan dok bawa dengan gasang gorok sangat, sebab Anak dalang tu babok bertambah bodo lagi,
senjata pun belum lekat dipinggang lagi.
Betara Guru: Tak apalah kakak
Pak Dogol: Tapi mu sendiri pun, aku nak minta mu turun
juga menjadi kerajaan di atas balai bali panca persada dewa, kerana aku takut
terpelik oleh wong lebur, wong kecekalan, wong perang sesak, wong
tanding-tandingan oleh lewong sura geder tengah malam dinihari di tengah andalu
sibang melata. Mu hisab biar baik kokma biar molek. Saf dewa bersama dewa, saf
jin bersama jin, saf mambang bersama mambang. jangan sapo ada berebut beretok,
berbaloh cekoh. Mu kena denga biar baik pesanan aku nih. Lama kan esok kelak
hari kemudian lusa mu kata aku tak panggil, mu kata aku tak lambai pulak.
Kerananya aku tidak bertating nama membilang huruf, seratus lapan seribu makna
sepekmo dua pekmo seketi lima laksa, mu kena bagitahu semua, tidak
terkecuali sekali dengan tepok tempang,
buta rengga, bisu tuli, kena turun pergi semua.
Betara Guru: Nuwun la kakak, titah kakak tidak akan patik
bantah sama sekali. Sikit akan tetapi patik nak mintak kecerapan daripada
kakak. Jika segala dewa2, bidadari dan segala puak juak jisi patik ni turun
pada malam esok, di mana tempatkah hendak suruh dia menanti?
Pak Dogol: Hoktu mu jangan syak menaruh bimbang. pada
malam esok, bapak dalang akan siap dengan pohon sembong bidadari, cemara
beduan, cemara dacita, katong gunung, canggai puteri, sunting galoh, mayang
pinang, bapak dalang akan siap belaka.
Betara Guru: Tak apalah kakak kalu begitu gak.
Pak Dogol: Baiklah Guru, aku tidah boleh berlaung
lengah anum cerita bari di sini. Kerana aku nak mengabah turun ke alam dunia
sakin mulong mercapada bumi lemang tanah yang rata2 nak balik mengadap raja
Seri Rama Seri Perkam Raja Bersedang Rakna.
Setelah
selesai pekerjaan memadah ini, maka bolehlah dimula denga apa2 cerita.
Bagaimana pun jika pekerjaan memadah belum selesai, maka boleh juga disambung
balik pada malam ketiga. Cuma perkataan ‘malam esok’ hendalah ditukar menjadi
‘malam ni’. Ada
juga satu versi lagi yang tidak guna Pak Dogol, tapi diguna watak Tok Peran
Hutan untuk pergi memadah.
Pada
hari ketiga, unta putih ni di arak pulak diiringi dengan gong gendang
indrawangsa, bendera tiga warna, tok bomor, jong selam, tok jerangan dan orang
ramai pun buleh ikut sekali hingga sampailah ke tempat nk menyemah. Kemudiannya
tok bomor pun membaca jampi mentera kepada kuba dan kuba pun dimandikan dengan
air limau campur beluru dan bermacam campuran lagi. Bilakala begitu sakni, kuba
tu pun ditutup pada bahagian belakangnya dengan sehelai kain putih. Lepas tu
lah baru kuba di pegheboh utk disembelih. Tok bomor baca pula jampi sambil
memegang pelepas daun nyor. Apabila dia sebut pertama sabit, kedua sebab,
ketiga kuong, keempat cendeng, kelima badi, keenam seroka, ketujuh lepas..atau
pun disebut so, tiga, lima, tujuh, lepas…maka barulah kuba sakni
disembelih….Upacara supo ni aku dan tengok masa ore nak pelepas niat sembelih
kambing dekat umoh aku masa aku budak2 dulu, kebetulan pulak bomor yang
menjalankan upacara pelepas niat ini, dia juga yang menjadi cheif bomor semasa
upacara puja pantai di Bachok pada tahun 1958 dahulu. Dia nama Setapo, Mubin
Sheppard tulis dalam buku dia Mustapha, tapi aku panggil ‘Poksu Po’, kebetulan
pulak dia duduk 500 meter alik jjatuh umah aku (meninggal tahun 1970). Dan
sempat juga dia heret aku g main tteri sekali dua masa aku buleh hudoh2 dulu.
Lepas
tu kuba dilapah untuk diambik daging. Pekerjaan melapah ni kenalah berhati2
sebabnya kulit kuba tokleh carik, tulang kuba tokleh patah. Apabila sudoh
soliroh begitu sakni, tempat anggota kuba yang di amik daging tadi akan
disumbat dengan sabut nyor supaya napok terik semula seolah2 napok cukup sifat
se ekor kuba semula. Dan pulak apabila kuba tu diletak dalam air, dia tak akan
tenggelam disebabkan sabut penuh dalam perut kuba.
Sebelum
mengisi ni, tok bomor akan membaca jampi mentera sama dengan masa perasap
keduri jugak Apabila tok bomor mula saja baca Bismillah, maka muzik wayang
hendaklah bermain lagu bertabuh. Jadi kira2nya ada dua kali baca kenduri lah,
baca kenduri pertama masa mula2 masuk bangsal malam pertama, baca kenduri yang
kedua masa nak mengisi. Tentang begapo dia hok dia sebut dalam bacaan tu, telah
aku cerita didalam majalah Pentas 2009
dalam tajuk ‘Takta Wayang Kelantan’. selalunya upacara ni dibuat antara lepas
asar dgn sebelum maghrib.
Maka
segala tempat2 yang disediakan itu pun diisikan dengan barangan jamuan yang
sudah disediakan. Ada yang dibuboh dalam temalong daun pisang dan ada yang di
letak begitu sahaja di tempat yang sudah pun berlapik.. Antaranya ialah 1.nasi
tujuh warna, 2. bermacam2 jenis sayuran yang telah dimasak, 3. umbut nyor, 4.
rebung buluh, 5. siput kecai, 6. ikan yu dan ikan pari, 7. udang dan ketam, 8.
telur ayam mentah, 9. seekor anak ayam yang disembelih, 10. darah ayam, 11. air
tuak, 12. berteh 13 tepung beras, 14. nyor muda, 15. sireh pinang, 16. rokok
daun dan ada lagi yang aku pun terlupa habis licin doh. Aku dan jugak sekali
jadi jong gotel tepung beras untuk buat replika tahun 1975 dulu, tapi bukan
untuk puja pantai la..
Biasanyanya
ada tiga jenis replika yang kita boleh buat dengan tepung beras ni, 1.
orang 2. permainan/peralatan 3. binatang. Namun begitu ada dua jenis
replika binatang yang tidak boleh dibuat untuk tujuan ini, iaitu bewok nga
ular, kerana dua jenis binatang ini ada kuwong.Peraja
Pada
sebelah malamnya pula, melalui lakon wayang kulit iaitu setelah habis main
dalang muda, dalang tua akan melakukan upacara peraja terlebih dahulu. Maksud
peraja disini ialah dalang akan menyebut nama semangat satu persatu, sebagai
contohnya setiap tempat yang disediakan seperti sakak satong tiang satu, tabak
kecik dulang bermas dll mesti dilantik raja sebagai pemantau dan jong kako
untuk memastikan jamuan itu dibuat mengikut rankin masing2. Tujuannya ialah
untuk memantau supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti berebut
makanan antara mereka dan lain2, walau pun pada masa memadah lagi bapak dalang
sudah berpesan kepada semua yang dipadah, “Jika lebih aku tak ambik, jika
kurang pun aku tak tambah dan jika bersisa tidak akan ganti..aku nak dengar
perkara yang baik2 belaka, kalau ada perkara yang tak baik, itu diatas
tanggungan engkau sendiri”. Begitu juga dengan panggung yang biasa disebut
dengan ‘peraja bangsal’, siapa yang jaga di atas panggung dan di bawah
panggung, kesemuanya mesti diberi mandat terlebih dahulu.
Lepas
tu barulah wayang kulit akan memainkan apa2 cerita sehinggalah lebihkurang
pukul 1.00 pagi. dari pukul 1.00 hingga pukul 3 atau 4.00 pagi upacara akan berehat seketika. Kemudian,
persembahan wayang kulit dimula semula dengan membawa lakon Kosi Serawi
@Perhantuan Mahrajawana. Bo sedang molek
fajar sidiq terbit, maka Betara guru keluarlah ke peseban agung memberitahu
kepada Betra Nerada. Katanya oleh Betara Guru, pada masa sekarang ni sudah
sampai dah tempoh perjanjian kita dengan
kakak persanta di alam dunia diatas pekerjaan (sebutkan nama tuan kija) kerana
dia nak berjamu semah unta putih., silalah kakangku Betara Nerada pergi gerak
anak ku Sang Kala Awal yang sedang bertapa supaya turun ke dunia di pantai
(sebutkan nama pantai) untuk menerima indahar hidangan bapak dalang yang sedang
menimbali gambar. Cerita mengenai ini telah aku muat di dalam majalah Pentas
2008 bertajuk Episod Sang Kala Awal, atau ada juga disebut ‘Mengambat Mak Babu
Kala Dermi’.
Apabila
selesai permainan wayang kulit pada sebelah pagi, maka barulah upacara tolak
balai dan menghantar balai dilakukan. Tolak balai di sini bermaksud menyerah
balai dan segala isi kelengkapnya serta bangkai kuba tersebut kepada puaka
laut. Segala kelengkapan itu di usung ke dalam perahu2 yang sedia menunggu di
tepi pantai. Upacara menghantar balai dan kuba ke tengah laut hendaklah
diiringi dengan bunyi muzik dari semua kumpulan permainan yang membuat
persembahan sempena puja pantai, dan tidak boleh kurang salah suatu. Kemudian,
rombongan menghantar balai bersama dengan bomor pun bertolak menuju ke tengah
laut dengan beberapa buah perahu. Biasanya untuk mempercepatkan perjalanan,
perahu2 tersebut akan ditarik dengan menggunakan bot berenjin.
Apabila
sampai ke tengah laut yang kira2 jarak 3 hingga 5 kilometer dari daratan,
peralatan2 tersebut diletak atas permukaan air dan bomor akan membisik sesuatu
seolah2 memberitahu supaya menerima segala persembahan tersebut. Kemudiannya
rombongan menghantar balai pun bertolak balik semula ke pantai.
Pernah
diceritakan kepada aku dalam satu peristiwa menghantar balai dan kuba balar
pada sebelum tahun 1958, apabila rombongan yang menghantar ini sudah meletak kuba
balar dan balai di air dan balik semula ke pantai, didapati kuba balar dan
balai tujuh tingkat bersama dengan jong kecik tadi balik semula ke tepi laut. Setelah mencari penyebabnya
mengapa berlaku demikian, maka didapati puok menora tidak bermain muzik semasa
mengiringi upacara mengahar balai dan kuba balar ke laut. Untuk menyelamatkan
keadaan supaya perkara yang tidak diingini berlaku, maka upacara menghantar
kuba balar terpaksa diulang sekali lagi dengan memastikan semua kumpulan
bermain muzik…wallahualam..Sampai sahaja orang-orang yang menghantar balai dan
kuba balar di pantai, Orang2 di pantai yang sudah sedia menunggu untuk
‘memekong’ puok2 rombongan menghantar balai tadi dengan buah anjung dan
berlakulah pekong memekong antara orang di laut dengan orang di pantai. Ia
menggambarkan sebagai satu perlambangan untuk menghalau kuasa jahat supaya
tidak naik ke darat. Jika buah anjung tidak ada, maka boleh juga digantikan
dengan pasir pantai yang basah dan dikepal2 untuk buat ‘hmekong’.
Apabila
selesai dah belako2, masing pun pakat pergi makan nasi dengan berlaukkan gulai
kuba yang disembelih petang kemarin di tempat yang disediakan. termasuklah
kumpulan permainan yang membuat persembahan selama tiga itu serta mereka2 yang
membantu menjayakan puja pantai tersebut. Sayangnya aku takleh nak upload
gambar puok2 ni tengah makan nasi belan betinggong alik belakang bangsal wayang
kulit, kerana aku cari gambar tu tak jjupo….mmg napok kelasik sggh.
Dan
bermula dari hari menolak balai sehingga hari ketiga, biasanya nelayan tidak
akan pergi ke laut untuk tujuan menangkap ikan.
Apa sebabnya aku tahu, cuma apa yang diceritakan ialah sudah menjadi
pantang larang dari datuk nenek zaman dahulu lagi.