Penduduk sekitar Ayer Lanas, Jeli pasti amat maklum akan kewujudan Kampung Legeh. Generasi lama pasti tahu Legeh sebenarnya bukanlah sebuah kampung semata-mata. Generasi muda pada hari ini mengingati nama Legeh ini adalah satu dongengan, maka pada kesempatan ini perlu kami mengambil tanggungjawab untuk kita mengenali sebuah lagi negeri Melayu yang telah hilang dari catatan sejarah.
Catatan paling diingati berkenaan Legeh adalah pengelibatan Long Deraman dalam perebutan kuasa di Kota Jembal sehingga menyebabkan bapa mertuanya Long Sulaiman terbunuh. Beliau juga yang bertanggungjawab menyerahkan Kota Kubang Labu kepada Long Pandak, sepupunya yang seterusnya mencetuskan Perang Kota Kubang Labu. Pada masa tersebut beliau merupakan Raja Legeh, begitulah nama Legeh terpahat dalam sejarah Kelantan.
Sejarah Legeh
Latar belakang Legeh penuh kesamaran berbanding dengan sejarah Reman, yang warisnya masih wujud sehingga hari ini. Catatan yang ada berkenaan pemerintah Legeh adalah berdasarkan kepada Carta Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan yang mencatatkan salah seorang anak Long Nik Dato Pujud, yang bernama Long Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Long Deraman menjadi Raja Legeh sebelum tahun 1749, pernyataan ini menunjukkan Legeh sudah wujud sekurang-kurangnya pada kurun ke-17. Kemungkinan besar, ia diperintah secara kedatuan seperti mana Kota Jembal di Kelantan yang mana menjadi bahagian daripada Persekutuan Patani Besar.
Sejarah Legeh
Latar belakang Legeh penuh kesamaran berbanding dengan sejarah Reman, yang warisnya masih wujud sehingga hari ini. Catatan yang ada berkenaan pemerintah Legeh adalah berdasarkan kepada Carta Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan yang mencatatkan salah seorang anak Long Nik Dato Pujud, yang bernama Long Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Long Deraman menjadi Raja Legeh sebelum tahun 1749, pernyataan ini menunjukkan Legeh sudah wujud sekurang-kurangnya pada kurun ke-17. Kemungkinan besar, ia diperintah secara kedatuan seperti mana Kota Jembal di Kelantan yang mana menjadi bahagian daripada Persekutuan Patani Besar.
Catatan dari Terengganu juga menyokong pengelibatan Long Abdul Rahman @ Long Deraman dalam pemerintahan di Kota Jembal hingga menyebabkan Long Yunus hila haknya di Kelantan. Sejarah Terengganu menyatakan Sultan Mansur I bersama-sama angkatan Terengganu membantu Long Yunus dalam usaha mengembalikan haknya, ketika itu Long Pandak yang memerintah di Kota Kubang Labu, serangan pertama ini berjaya, tetapi tidak lama kemudian Long Pandak yang mendapat bantuan daripada Long Deraman dari Legeh telah berjaya merebut kembali Kelantan dan mencabar Terengganu. Ketika dalam perjalanan ke Terengganu Long Deraman telah berdamai dengan Sultan Mansur I di perairan Pulau Perhentian serta mempelawa Sultan Mansur I ke Kelantan dan baginda telah tinggal di Kelantan selama sebulan, setelah itu baginda Sultan telah meletakkan Long Yunus memerintah secara bersama dengan Long Deraman. Tidak berapa lama kemudian Long Deraman telah dikhabarkan mangkat kerana sabung ayam laganya, dan ada yang menyebut Long Deraman mangkat kerana persengketaan dengan Long Yunus. Bagaimanapun kerana timbul fitnah, Terengganu telah memangil pulang Long Yunus dan pemerintahan Kelantan telah diserahkan kembali kepada Long Pandak. Tidak lama kemudian Terengganu menyerang kembali Kelantan kerana keenganan Long Pandak patuh kepada arahan daripada Istana Terengganu menyebabkan Kelantan kembali diperintah oleh Long Yunus.
Satu lagi versi sejarah Legeh adalah sama seperti nasib Reman yang dipecahkan daripada Patani oleh Siam berikutan kegagalan penentangan Datuk Pengkalan pada 1808 yang menyaksikan Legeh telah ditukar nama kepada Rangae dan pihak Siam telah melantik Nik Dah sebagai Raja Legeh. Pada masa sekarang Legeh terletak dalam wilayah Narathiwat, Thailand dan sebahagian lagi terletak dalam Malaysia, iaitu di Jajahan Jeli, Kelantan.
Lokasi
Ayer Lanas, Jeli merupakan ibu negeri bagi Legeh sebelum ia dipecahkan pada 1902 dan ia diburukkan lagi dengan Perjanjian Bangkok 1909. Mengingati nama negeri yang hilang, satu kampung di Ayer Lanas telah dinamakan sebagai Kampung Legeh. Suatu ketika dahulu kawasan Legeh ini dianggap kawasan hulu oleh kebanyakkan orang-orang Kelantan, namun kini ia pesat membangun seperti mana bandar-bandar lain di Kelantan. Universiti Malaysia Kelantan merupakan mercu tanda kepada kawasan ini, bagaimanapun hingga saat ini kawasan Jeli merupakan laluan mergastua seperti gajah dan harimau.
Rujukan:
- http://www.royalark.net/Malaysia/kelant3.htm
- https://mindaahad.wordpress.com/2010/12/02/sejarah-legeh-pattani-kelantan-terengganu-dan-johor/
- http://s1294.photobucket.com/user/ppsejarahkelantan/media/Large%20Image/SalasilahRaja-RajaKelantandariAhlulBait_zps6d0f5d53.jpg.html
- http://tabutjawi.blogspot.nl/2013/10/long-ghaffar-long-deraman-reman-atau_22.html
No comments:
Post a Comment