Kertuk |
Pendahuluan
Masyarakat Melayu Kelantan sememangnya
unik dan mempunyai pelbagai seni kebudayaan yang tersendiri. Masyarakat luar
mengenali orang Kelantan sebagai perantau yang mencari kehidupa lebih baik,
kerana itu mereka dilihat hidup dalam kelompok mereka di tengah kehidupan
masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Masyarakat Kelantan di luar dari
negeri Kelantan juga telah membawa sama kebudayaan negeri ini dan dihidupkan di
luar. Justeru rakyat Malaysia hari ini mengenali apa itu Makyong,
Menora, Dikir Barat dan Wayang Kulit. Lima seni
persembahan ini terus diingati oleh semua orang kerana ia unik dan bukan mudah
untuk dipelajari kerana setiap seni persembahan tersebut mempunyai falsafah
tersendiri.
Sebenarnya, banyak lagi seni dan budaya Kelantan tidak diketengahkan pada massa contohnya Kertuk. Masyarakat Kelantan memang tahu akan persembahan ini, namun generasi sekarang sudah kurang mengenalinya berikutan ia jarang dipersembahkan, bagaimanapun ia tetap dimainkan di tempat-tempat tertentu dan masih ada masyarakat setempat mempersembahka seni kebudayaan ini.
Menghalau Burung
Pada awalnya, kertuk dimainkan untuk menghalau burung
di kawasan bendang, dalam loghat Kelantan dipanggil padang padi sewaktu
padi sedang menguning. Kertuk yang digunakan untuk menghalau burung
kebiasaannya diperbuat daripada alat yang ringkas terdiri daripada sekeping
papan yang dihasilkan daripada batang nibung dan diletakkan di
atas tanah yang dilubangkan dan diketuk, ia akan menghasilkan bunyi dengung
yang kuat membuatkan burung terkejut dan tidak mendekati kawasan padang padi.
Ada pendapat mengatakan bahawa kertuk adalah permainan anak-anak raja Siam yang
dimainkan dalam kawasan istana.
Pembuatan
Rekabentuk kertuk ini boleh didapati dalam pelbagai
bentuk dan saiz berdasarkan kepada kreativiti pembuatnya. Suatu masa dahulu,
terdapat empat jenis kertuk yang dimainkan oleh petani di Kelantan iaitu:
- Kertuk Kaki
- Kertuk Tanah
- Kertuk Kayu
- Kertuk Kelapa
Yang paling kerap dilihat pada masa sekarang adalah
Kertuk Kelapa yang diperbuat daripada kelapa besar yang dipotong bahagian
atasnya dan diletakkan diatas pelapik yang diperbuat daripada kayu, manakala
diatasnya diletakkan papan, ia kemudiannya akan dipalu menggunakan pemalu khas
yang diperbuat dari kayu yang dibaluti lapisan getah. Pada masa kini, fungsi
kertuk hanyalah digunakan sebagai pertandingan berbanding tujuan asalnya untuk
menghalau burung. Sebelum pertandingan, beberapa persiapan perlu dijalankan
antaranya menyusun atur alatan Kertuk, lekar, ibu Kertuk, belira dan pemalu
yang sesuai di tempatnya. Hiasan yang dinamakan "panji"
diletakkan pada tiap-tiap Kertuk sebagai simbol kedamaian, perpaduan,
keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Pada asalnya, kertuk hanya dimainkan oleh dua orang
sahja, namun ia terus mengalami evolusi, ia boleh dimainkan secara
berpasukan yang terdiri daripada 8 – 10 orang pemain. Pemain harus mengikut
irama yang ditetapkan oleh Ketua Pasukan yang biasa dirujuk dengan gelaran Tok
Ngulu, beliau bertanggungjawab memberi isyarat kepada anak-anak
buahnya ketika paluan dimainkan.
Setiap masa pertandingan boleh memakan masa sehari
suntuk, dan ia biasanya dimainkan pada waktu malam bermula selepas isyak dengan
kebun getah sebagai lokasi pertandingan. Kebun Getah menjadi tumpuan berikutan
untuk memudahkan pembahagian sempadan ini kerana pokok getah memang ditanam
pada baris dengan jarak yang seragam dalam bentuk segi empat. Apabila
pertandingan bermula, setiap pasukan diberikan peluang untuk memalu kertuk
masing-masing. Mereka mengetuk belira mengikut urutan susunannya. Ketukan
belira inilah yang menghasilkan bunyi dengungan dan irama yang sama
rentak. Terdapat 3 jenis nada iaitu nada rendah, nada sederhana dan
nada tinggi. Pertandingan ini diadili oleh sseorang pengadil yang
bertindak sebagai penjaga masa manakala terdapat seorang hakim yang
bertanggungjawab sebagai pemberi markah. Pandangan orang ramai atau
peminat juga diambil kira.
Persembahan Kertuk Berkumpulan
No comments:
Post a Comment