SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Friday, 12 June 2015

Kota Bharu dalam Rakaman Masa : Siri Orang Kito

Seputar Masa
Kota Bharu adalah Ibu Negeri Kelantan Darul Naim.
Ia adalah sebuah bandar yang terletak di pinggir sungai Kelantan.
Menganjur ke  pantai di Timur, tidak menganjur ke Barat yang bersempadan dengan Siam.

Sejarahnya panjang, penuh suka dan duka.
Ia sering kali dimomok dengan kemiskinan, walhal ia pesat membangun.
Di cemuh, Di sindir, Di jenakakan malah Di Lawak-lawakan.

Orangnya gemar merantau,
Bukan kerana negeri ini kurang pekerjaan,
Tetapi memang adat kita, keluar menjenguk tempat orang.
Kelak kembali jua ke Tanah Se Rendah Se Kebun Bunga.

Adat merantau,
Menempuh pancaroba dunia dalam mengenal diri dan PenciptaNya.
Ada yang gagal, dan banyak pula yang Berjaya.

Bilamana sudah merantau,
Pastilah selesa berbicara dengan percakapan harian.
Lama-kelamaan wujud Komuniti KITA di perantauan.

Di Arab, Eropah, mahupun di Amerika dan Australia
Orang kita masih berkecek b'bual dengan rancaknya.
Inikan pula sekitar Lembah Klang dan Nusajaya.
Kita bukan Assobiyyah, sebaliknya lebih kepada keserasian.

Di kala menjelang lebaran,
Anak perantauan terlebih dahulu Berhari Raya dengan jem.
Dari Karak hinggalah ke Gua Musang panjangnya barisan kenderaan.
Semua ini berlaku kerana kita Anak Kelantan.

Saban kali Anak-anak Kelantan dari perantauan pulang,
Kerap dikeluh kesahkan perihal bandar-bandar kelahiran masing-masing.
Sekali dengar, beraso j'jawo sebentar,
Setelah diamati, mereka sebenarnya ambil berat dan cakna pasal negeri.

Bersabarlah wahai anak-anak Kelantan,
Negeri ini sentiasa menyayangimu.
Kita cuba memberi keselesaan yang terbaik buat semua,
Inilah harga kepada satu perjuangan abadi.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...