Pendahuluan
Baginda adalah adik kepada Sultan Muhammad III yang juga putera kepada Sultan Ahmad. Pertabalan beliau selaku Sultan adalah berikutkan kemangkatan Sultan yang terdahulu yang juga kekandanya secara tiba-tiba, tambahan Sultan Muhammad III hanya memerintah selama 8 bulan sahaja. Keadaan ini pastinya membuat para pembesar telah sepakat untuk menggantikan tempat baginda dengan waris dari Sultan Ahmad juga. Untuk rekod, semasa pemerintahan Sultan Muhammad III sepanjang lapan bulan itu, baginda tidak melantik kerabat diRaja sebagai pembesar negeri.
Latar Belakang
Baginda diputerakan pada 1870 dan merupakan putera kedua kepada Sultan Ahmad. Dilantik sebagai penyandang Raja Muda pada 30 September 1887. Sewaktu kekandanya ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad III, beliau telah dilantik sebagai pemangku Sultan dengan gelaran Raja Kelantan pada 23 September 1890. Setelah Sultan Muhammad III mangkat pada 1891, beliau telah ditabalkan sebagai Yang diPertuan Kelantan. 6 tahun memerintah, Kerajaan Siam telah menganugerahkan gelaran Phra Visit Bakdiya (Phra Bipitpakdi) pada 1897. Setahun selepas itu, baginda telah dimasyhurkan dengan gelaran Paduka Sri Sultan Kelantan pada 26 Julai 1898.
Baginda telah berkahwin dengan Tengku Nik binti Tengku Putih yang juga merupakan kerabat Kesultanan Kelantan. Baginda telah ditakdirkan mangkat pada 18 June 1899 di Istana Jahar dan dimakamkan di Makam diRaja Langgar, Kota Bharu.
Baginda mempunyai seorang putera dari isteri yang kedua yang bernama Tengku Chik Tuan Abdullah, bagaimanapun beliau tidak ditabalkan sebagai Sultan menggantikan ayanandanya yang mangkat pada 1899.
Pengaruh Pembesar
8 tahun baginda Sultan Mansur berada di atas takhta Kelantan dan seperti yang kita sedia maklum, pembesar-pembesar Istana yang mencorakkan pentadbiran Kerajaan Kelantan semenjak Sultan Muhammad III menjadi Sultan. Pembesar yang berpengaruh sewaktu pemerintahan Sultan Mansur adalah:
Baginda telah berkahwin dengan Tengku Nik binti Tengku Putih yang juga merupakan kerabat Kesultanan Kelantan. Baginda telah ditakdirkan mangkat pada 18 June 1899 di Istana Jahar dan dimakamkan di Makam diRaja Langgar, Kota Bharu.
Baginda mempunyai seorang putera dari isteri yang kedua yang bernama Tengku Chik Tuan Abdullah, bagaimanapun beliau tidak ditabalkan sebagai Sultan menggantikan ayanandanya yang mangkat pada 1899.
Pengaruh Pembesar
8 tahun baginda Sultan Mansur berada di atas takhta Kelantan dan seperti yang kita sedia maklum, pembesar-pembesar Istana yang mencorakkan pentadbiran Kerajaan Kelantan semenjak Sultan Muhammad III menjadi Sultan. Pembesar yang berpengaruh sewaktu pemerintahan Sultan Mansur adalah:
- Datuk Maha Menteri Saad bin Ngah (Che Ha')
- Datuk Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (Nik Soh bin Nik Jid)
- Tok Hakim Kelantan, Syed Muhammad bin Syed Alwi
Para pembesar ini menjadi berpengaruh apabila mereka mendapat sokongan daripada sejumlah pengikut yang tersendiri. Hal ini menyebabkan mereka mampu menentukan siapa perwaris takhta Kerajaan Negeri. Perkara ini jelas menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kerabat diRaja, malah mereka juga tidak dilantik atau diberikan hak untuk mentadbir.
Pada masa pemerintahan Sultan Mansur inilah berlakunya peristiwa penentangan Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah kepada British di Pahang. Penentangan itu menjadi reda, ia dinyatakan satu penentangan kepada Sultan Pahang. Dato Bahaman telah berundur ke Kelantan dan bersembunyi di satu tempat di Ulu Kelantan.
Kesimpulan
Pemerintahan Sultan Mansur adalah legasi kepada pemerintahan ayahandanya Sultan Ahmad serta meneruskan pemerintahan kekandanya Sultan Muhammad III. Perkara utama yang perlu dilihat disini adalah pengaruh pembesar, yang begitu kuat hingga mereka boleh menentukan siapa yang patut menaiki takhta.
Pembesar menjadi berpengaruh apabila mereka mendapat sokongan daripada Kerajaan dan Pembesar Siam yang pada waktu itu menjadi penaung kepada Kesultanan Kelantan. Siam pada masa yang sama juga telah menduduki Patani dan telah memecah belahkan Patani kepada beberapa wilayah, jadi untuk mengelakkan Patani bangkit, mereka telah masuk campur dalam pentadbiran Kelantan kerana Siam sedar bahawa Raja-Raja Patani mempunyai hubungan secara langsung dengan Kerabat Kelantan.
Gambar Hiasan : Ukiran Kayu - Masyarakat Tradisional Melayu (Besut) Sumber : http://jurukir.wordpress.com |
Wallahualam bis'sawab
Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Penulis adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pendapat dan Pandangan dari tuan/puan adalah dialu-alukan. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di bawah untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.
Rujukan
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mansur,_Kelantan
- Royal Ark.net
- Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait
No comments:
Post a Comment