Pendahuluan
Baginda Sultan Muhammad berkahwin buat kali pertama pada tahun 1874 dengan Hajjah Sofiah binti Tengku Putih, namun pada 1887 mereka berdua telah bererai. Baginda berkahwin untuk kali kedua dengan Nik Mah dari keluarga Ku Tan. Baginda telah mangkat pada 11 May 1891 di Istana Balai Besar dan dimakamkan di Makam diRaja Langgar, Kota Bharu.
Baginda meninggalkan 11 orang zuriat dengan 5 putera dan 6 puteri, seperti berikut:
Putera:
Siri yang terdahulu telah dikisahkan mengenai Sultan Ahmad 1886-1890. Maklumat mengenai baginda didapati bertindih dengan maklumat dari Kesultanan Terengganu. Terdapat versi sejarah yang menyebut bahawa baginda adalah putera kepada Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur I, Sultan Terengganu. Tengku Muhammad adalah menantu kepada Long Yunus, beliau ditabalkan sebagai Yang diPertuan Kelantan pada 1795-1801 ekoran Kelantan telah tewas dalam peperangan dengan Terengganu.
Tengku Muhammad telah berjaya disingkirkan dari Istana Kelantan oleh putera-putera Long Yunus yang diketuai oleh Sultan Muhammad I. Setelah Sultan Muhammad I mangkat, Kelantan menjadi huru hara berikutan perbutan takhta. Siam telah menyokong Long Senik Mulut Merah sebagai Sultan dan ditabalkan sebagai Sultan Muhammad II. Versi tersebut menyatakan bahawa Sultan Ahmad yang nama asalnya Tengku Ahmad adalah Menantu, bagaimanapun sumber rujukan yang bertauliah, Royal Ark.Net menyatakan Tengku Ahmad adalah Putera Long Yunus.
Ada pihak yang menyatakan Tengku Long Abdul Jaafar [Tuan Long Ghafar] yang merupakan Putera bongsu Sultan Muhammad II yang sewajarnya menaiki takhta Kelantan. Mereka menyatakan bahawa ketika baginda Sultan Muhammad II mangkat, Tuan Long Ghafar baru berusia 9 tahun dan keadaan ini menyebabkan tempat beliau digantikan oleh Tengku Ahmad. Ketika Tuan Long Ghafar berumur 13 tahun, Sultan Ahmad pula mangkat dan beliau masih terlalu muda untuk ditabalkan sebagai Sultan.
Kedudukan Sultan Ahmad harus diganti dengan segera, berikutan dengan itu Putera baginda yang paling tua, Long Kundur telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dengan dimasyhurkan dengan gelaran Sultan Muhammad III pada usia 45 tahun, 32 tahun lebih tua dari Tuan Long Ghafar.
Latar Belakang
Nama asal baginda adalah Tengku Long Muhammad [Tuan Long Kundur] merupakan putera sulong kepada Sultan Ahmad daripada 27 orang putera dan puterinya dari 9 orang isteri. Baginda diputerakan pada tahun 1845 semasa Kelantan diperintah oleh Sultan Muhammad II yang merupakan datuk baginda. Sewaktu berusia 23 tahun, baginda telah dilantik oleh datuknya sebagai Tengku Raja Bendahara pada 1868, beliau memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran Kelantan hingga Kerajaan Siam pada 1886 menganugerahkan gelaran Phra Negararatta Nararaksha (Phra Nakaret Noraraks). Setahun selepas itu [30/9/1887], baginda telah dilantik sebagai pemangku raja dengan gelaran Raja Kelantan.
Baginda telah menggantikan tempat ayahandanya yang telah mangkat pada 8 Mac 1890, enam bulan selepas itu iaitu pada 23/9/1890 baginda telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yand diPertuan Besar Kelantan bertempat di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Pertabalan baginda juga mendapat perkenan daripada Raja Siam dan Kerajaan Siam telah menganugerahkan kepada baginda gelaran Phraya Dejanujitha Mahesvara Rajanegara Vivunbakdi Sri Sultan Dechanuchit Mahitsa Rajanukhorn Wibun Pakdi Sri Sultan Muhammad Ratnathada Mahaphathananikan Pusamkam Mebun Kelantan.
Baginda Sultan Muhammad berkahwin buat kali pertama pada tahun 1874 dengan Hajjah Sofiah binti Tengku Putih, namun pada 1887 mereka berdua telah bererai. Baginda berkahwin untuk kali kedua dengan Nik Mah dari keluarga Ku Tan. Baginda telah mangkat pada 11 May 1891 di Istana Balai Besar dan dimakamkan di Makam diRaja Langgar, Kota Bharu.
Baginda meninggalkan 11 orang zuriat dengan 5 putera dan 6 puteri, seperti berikut:
Putera:
- Tengku Long Senik, Tengku Sri Indera
- Engku Tuan Long Ahmad, Tengku Besar Badar
- Tengku Long Zainal Abidin [Engku Tuan Long Jenal], Raja Dewa
- Tengku Long Ismail, Tengku Sri Jaya diRaja
- Tengku Long Abdul Rahman [Engku Long Derahman], Tengku Sri Jaya diRaja
Puteri
- Tengku Wok Mandul
- Tengku Wok Jamila
- Tengku Biru
- Tengku Embong
- Tengku....
- Tengku Sofia
Pemerintahan
Sultan Muhammad III tidak sempat menghabiskan tahun pertamanya sebagai Sultan Kelantan kerana baginda telah mangkat pada bulan ke lapan baginda ditabalkan sebagai Sultan Kelantan. Namun begitu, baginda telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran Kelantan semenjak zaman pemerintahan Sultan Muhammad II lagi. Pertikaian dalaman telah timbul semasa pemerintahan baginda berikutan beberapa adinda baginda tidak diberikan sebarang jawatan.
Siam juga telah menunjukkan minat untuk menguasai Kelantan dengan mutlak, Raja Siam telah melakukan kunjungan kehormat ke Kota Bharu dalam tahun 1890 untuk menghadiri upacara pertabalan Sultan Muhammad III pada tahun tersebut.
Kesimpulan
Baginda hanya sempat merajai Kelantan selama 8 bulan, dan perkara ini telah menjejaskan pemerintahan beliau. Yang jelas disini adalah kesudian Raja Siam untuk menghadiri upacar apertabalan Sultan Muhammad III adalah mesej jelas bahawa Siam adalah penguasa di kawasan Segenting Kra. Sokongan Siam kepada Kelantan juga adalah isyarat kepada British untuk menjauhi kawasan naungannya. Adinda baginda, Long Mansur telah menggantikan kedudukan baginda yang mangkat secara mengejut.

Istana Balai Besar, Sultan Muhammad III telah mangkat di Istana ini pada 11/5/1891 |
Wallahualam bis'sawab
Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Penulis adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pendapat dan Pandangan dari tuan/puan adalah dialu-alukan. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di bawah untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.
Rujukan:
- http://pp-sk.blogspot.nl/2014/11/siri-36-pengisahan-sejarah-kelantan.html
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_III
- Royal Ark.net
- Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait
No comments:
Post a Comment