Sejarah Pintu Gerbang di Negeri Kelantan
Pintu gerbang dibumi Kelantan tidak asing kerana ia telah dikesan memjadi sebahagian kekayaan senibina negeri Kelantan sejak zaman dulu lagi. Seperti catatan Duta Sui ke Chin-Tu, kerajaan Tanah Merah pada tahun 607 Masihi. Dicatatkan dengan detail rupa ibukota Chin-Tu, Kota Seng-chih atau Kota Singa yang memiliki 3 gerbang batu berupa bentuk gunungan banyak lapis yang dihiasi bunga-bunga emas(berupa ukiran),terdapat juga lukisan-lukisan dewa-dewi sedang terbang,bodhisattwa-bodhisattwa, dan lain-lain tokoh abadi. Setiap satu gerbang itu juga digantung loceng emas (setiap 3 gerbang sejauh 100 langkah setiap satu gerbang dan mewakili lapisan-lapisan istana jika berdasarkan pecahan bahagian istana di Kelantan,Patani dan Kedah silam). Tradisi membina gerbang kota ini kekal dibawa sehingga kini. Seperti kita tahu tradisi membina istana atau kota Negeri kelantan pada masa silam dalam bentuk kompleks berlapis, dua atau tiga lapis. Pada era tradisional kota Kelantan ia telah dibina 2 lapis dan istana pula terletak di antara dua lapis atau dalam lapisan akhir.Dengan adanya lapisan maka pintu gerbang ada pada setiap lapisan utama ini. Istana Balai besar Kota Bharu pada awalnya juga memiliki kompleks 2 lapis. 3 gerbang kayu berukir besar pada lapisan pertama(kini tempat parking bas) tapak 3 gerbang kayu itu telah diganti 2 gerbang besar dan tiang Reha berukir bunga bercat warna emas sebelum gerbang utama istana Besar juga padanya punyai 3 pintu gerbang dengan 2 pintu gerbang sisi kecil. 2 pintu sisi pada asal rekabentuk gerbang Istana Balai Besar ini muat untuk orang berkuda melaluinya berbanding yang ada pada masa kini. Kompleks pecah 2 lapis juga diguna pada istana-istana tradisional Kelantan lain di sekitar Istana Balai besar seperti Istana Seri Akar.
Kedudukan Pintu Gerbang dan Gerbang Pintu/Pintu Tangga
Dua Gerbang Pintu disusun mengampit kiri dan kanan istana utama |
Butiran Pintu Gerbang
Pintu gerbang adalah binaan yang
mempunyai bukaan yang didirikan bersambungan dengan pagar di sekeliling rumah
atau pada serambi istana. Di Kelantan Pattani, pintu gerbang merujuk kedudukan
gerbang terletak pada garisan sempadan rumah (pagar) manakala gerbang pintu
atau pintu tangga oleh Nakula merujuk gerbang yang terletak di serambi dan
jemuran istana atau rumah bangsawan
dimana penghuni perlu naik melalui tangga terlebih dahulu. jika dilihat pada hadapan gerbang ia mempunyai gunungan di atasnya yang dipanggil "meleh" yang berbentuk mahkota. Gerbang ini juga terdapat buah buton pada kedua sisi gerbang bergantung saiz gerbang. Setiap gerbang ini mempunyai bumbung yang berfungsi untuk melindungi ukiran pada gerbang dan kayu gerbang dari mereput. Penggunaan bumbung ini juga bergantung pada saiz gerbang dan kenderaan. Di istana raja gerbang utama dibina lebih besar, tak berbumbung dan punyai bukaan besar untuk gajah.
Pintu Gerbang menjadi
binaan yang penting kepada tuan rumah dalam "mengawal‟ laluan keluar-masuk ke
kawasannya. Menurut Adiguru Ukiran Malaysia pada masa kini, Norhaiza
Nordin, gerbang adalah satu metafora kepada anatomi tubuh manusia dari kepala,
badan hingga ke kaki. Justeru, binaan sebuah gerbang dilihat seperti seorang manusia berdiri tegak
seolah-olah pelindung atau pengawal di bahagian hadapan kediaman mahu pun
istana.
Menurut Abdullah Mohamed (Nakula)
pula dalam buku Warisan Kelantan IV(1985:66-67) ia adalah sempadan terakhir
ruang rumah dan dunia luar rumah dalam menuntut ilmu (penghuni rumah keluar/balik
mengembara/pergi berkerja dan mendapat pengalaman hidup yang digambarkan oleh
beliau sebagai ”dada batin”) . Dari situ ia telah dijelmakan dan dipamer orang
terdahulu dalam bentuk lambang-lambang pada gerbang pintu . Oleh itu
”ukiran-ukiran” pada gerbang lebih terang (dihias warna cantik-cantik dan
menonjol), lebih kaya(penggunaan bahan berharga seperti emas/cat emas,besi dan
tembaga) dan lebih seni(banyak ukiran atau ukiran penuh) dari terdapat di tibar
layar.beliau juga menyatakankan ia merupakan perlambangan ilmu Allah S.W.T yang
wujud di dunia(persekitaran).
Pintu gerbang yang masih tinggal
sekarang banyak menggunakan motif-motif bungaan dan kaligrafi ayat-ayat Al-Quran.
Ia menjadi manifestasi terhadap jiwa tuan rumah atau istana yang menggunakan
pintu gerbang bagi tujuan keselamatan dan juga sebagai „penyambut tetamu‟. Reka
bentuknya juga jelas menunjukkan kesejajarannya dengan konsep kesenian Islam. Namun
terdapat juga pengunaan motif klasik seperti stupa, gunungan, tumbuhan dan mitos
ala Kala. Motif tumbuhan yang biasa digunakan adalah bunga teratai, pucuk
rebung, sesayap, sulur kacang dan bayam peraksi.
Pintu Gerbang dan Gerbang Pintu yang pernah wujud di Kelantan sama ada simpanan persendirian dan muzium.
5) Imej Gerbang Besar Istana Jambu :
Pemilik Imej :Moqtar Ahmadi
Rujukan Sumber:Koleksi Annandale, Royal Anthropological Institute, London, England, 1900
Kembali ke SenibinaRumah Melayu Kelantan
Pintu Gerbang dan Gerbang Pintu yang pernah wujud di Kelantan sama ada simpanan persendirian dan muzium.
Sumber utama rujukan:
1) Abdullah b. Mohamed (Nakula), "Falsafah dan Permikiran Orang-orang Melayu, Hubungannya dengan Islam dan Kesenian", Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur , 1980.
2) Koleksi buku Warisan Kelantan, Perbadanan Musium Negeri Kelantan, Kota Bharu, 1994
3) Walter Armstrong Graham,"Kelantan", The Library of the University of California, Los Angeles, 1908.
4) Laman lain yang berkaitan dengan Gerbang Pintu : Utusan Malaya2) Koleksi buku Warisan Kelantan, Perbadanan Musium Negeri Kelantan, Kota Bharu, 1994
3) Walter Armstrong Graham,"Kelantan", The Library of the University of California, Los Angeles, 1908.
5) Imej Gerbang Besar Istana Jambu :
Pemilik Imej :Moqtar Ahmadi
Rujukan Sumber:Koleksi Annandale, Royal Anthropological Institute, London, England, 1900
Kembali ke SenibinaRumah Melayu Kelantan
No comments:
Post a Comment