SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 11 January 2016

Estatika Rumah tradisional Kelantan ciri 3:Ekor Itik dan Sirip/Sisik Naga




Daun Ulam Raja
”Ekor Itik” adalah salah satu ciri-ciri khas diraja Kelantan yang wujud pada masa kini. Seni ini juga berkongsi bersama-sama negeri Patani.”Ekor Itik” adalah panggilan umum masyarakat negeri Kelantan dan Patani kepada rekaan aneka ragam rumah ini manakala ”Sulur Daun” adalah nama khas. Ini kerana rupanya seakan-akan bentuk bahagian ekor ternakan itik namun sebenarnya ia adalah ukiran berbentuk daun bergigi yang memjadi makanan ulam-ulaman diraja. Ukiran ini terletak pada akhiran bucu rumah dimana penghujung atap  jenis Meru, Limas atau potong Perak/Belanda. Selain itu juga orang Melayu Kelantan juga memanggilnya  sebagai ”som” yang merujuk perambung ini dari atas perambung ke akhiran ekor itik. Ekor itik juga mempunyai hiasan tambahan dimana ia dikenali sebagai "sisik Naga atau sirip Naga". Motif yang digunakan juga samaada daripada corak ukiran tebuk atau bentuk daun pokok , Di Kelantan ia mengikut bentuk ulam-ulaman yang memjadi makanan diraja. Corak ini apabila disusun pada som dan perabung rumah ia akan kelihatan seakan-akan sirip pada naga. Bahan yang digunakan untuk membuat som biasanya daripada simen, Tanah liat yang dibakar serta kayu seperti cengal yang merupakan kayu jenis paling tahan lasak dan lama jangka hayatnya. 


Simbolisme  Ekor Itik dan Sisik/Sirip Naga

Seperti yang telah dikatakan pada awal pembukaan cerita mengenai ekor itik dan sirip/sisik naga, ia digunakan sebagai lambang/penunjuk status kepada golongan diraja, namun bergitu ia turut digunakan pada golongan bangsawan serta pembesar istana. Perlambangan pada som sama seperti pemeleh dimana ia melambangan sifat Allah yang memancarkan sifat Jamal dan Jalal serta lambang kepahlawan serta kepala dan tangan anggota tubuh manusia.


Sejarah Seni Ekor Itik dan Sisik atau Sirip Naga

Ekor itik juga antara bahagian kesenian lama yang diwarisi orang Melayu Kelantan dalam senibina rumah atau masjid. Bahagian ini telah wujud sejak zaman Kelantan purba lagi sama seperti bahagian pemeleh tibar layar. Rupa pada awal som bukan seperti rupa ekor itik yang ada sekarang, Ia jauh berbeza dan rumit. Ia awalnya hiasan arca perabung jenis "Ular Naga" dan "Makara" seperti mana bahagian pemeleh. Menurut Nakula kedua-dua bahagian ini telah lama wujud pada era zaman Jawan 3000-2800 sebelum masihi dan Brahma 1800-1700 sebelum masihi. Pada awal kedatangan Islam, seni ini masih wujud dan diguna pakai namun pergertiannya sahaja telah berubah dan diperbarukan. Seperti juga pemeleh, ia telah mengalami perubahan mengikut kehendak syariat Islam dimana bahagian ini diganti dengan ukiran yang lebih mudah seperti yang ada sekarang.

Antara variasi Som yang pernah wujud dan diguna pada era Kelantan Purba


Aneka reka bentuk Ekor Itik yang ada di Negeri Kelantan pada masa kini


Apa yang boleh kita lihat pada kewujudan seni ragam ini pada masa kini. Kita dapat lihat dan simpulkan bahawa agama Islam adalah agama yang bergitu indah dan bertolerasi tinggi kepada kesenian bangsa Melayu dan bukanlah anti kebudayaan yang diperkatakan atau digunakan sesetengah golongan yang gagal memahami seni jiwa bangsa dirinya sendiri. Ketoleransian ini bukan sahaja menunjukkan Islam adalah agama bertolak ansur malah ia amat mengalakkan lagi pertukang-pertukang berkarya dalam senibina tempatan untuk mempamer kefahaman terhadap agama Allah melalui sifat-sifatnya dan memyerap ke dalam jiwa pengkarya seni malah dari situlah keindahan Islam terpancar seterusnya diterima dan membawa masyarakat bersama-sama menuju menemui kekuasaan dan keredaan Allah SWT. 

Sumber utama rujukan:

Abdullah b. Mohamed (Nakula), "Falsafah dan Permikiran Orang-orang Melayu, Hubungannya dengan Islam dan Kesenian", Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1980.

Kembali ke SenibinaRumah Melayu Kelantan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...