Bunga Teratai
Bunga ini adalah sejenis tumbuhan berbunga akuatik yang sangat
unik dan cantik serta mempunyai pelbagai khasiat yang besar. Bunga ini daripada keluarga tumbuhan jenis Nymphaeaceae dan ia asal -usul bunga teratai ini
dikatakan berasal daripada Timur Tengah atau India .
Bunga Teratai di Alam Melayu
Penggunaan bunga teratai sebagai simbol telah lama wujud di
alam Melayu sejak zaman purba Melayu lagi seperti era Jawan dan Brahma.
Dikatakan asal-usul kedua intipati zaman ini dipercayai asal tempias ketamadunan
Parsi purba di Timur Tengah. Tamadun Parsi purba yang sedia diketahui bunga
teratai antara unsur kesenian yang banyak digunakan dalam ketamadunan tersebut.
Perggunaan bunga teratai ini adalah lambang suci atau wali pada tokoh-tokoh
abadi serta diguna pada raja-raja Melayu. Namun begitu perlambangan bunga
teratai juga ada pada Islam. Kedatangan Islam ke alam Melayu meneruskan lagi
penggunaan lambang ini dengan pergertian baru dengan pengesuaian dan mengikut
ajaran Islam serta memperluaskan tafsirannya. Di zaman Islam di tanah Melayu,
penggunaan lambang bunga teratai ini memjadi lambang ajaran Islam.
Simbolik bunga Teratai di dalam Islam
Bunga teratai dihuraikan bersama konsep 7 (tujuh)
tingkat. Setiap keratan bunga teratai mempunyai maksudnya seperti :
1) Tingkat Zat Allah
2) Tingkat Nur Muhammad
3) Tingkat Hakikat
4) Tingkat Alam Ghaib
lagi Ghaib
5) Tingkat Alam Ghaib
6) Tingkat Alam nyata
7) Tingkat manusia
sempurna
Bunga teratai juga melambangkan Nur Muhammad s.a.w
dikelilingi oleh Nur-nur (cahaya) makhluk yang lain (para sahabat
baginda). Ia digambarkan dengan Bunga bintang geometri berbucu
8 (lapan).
Perlambangan tokoh wali dan abadi ini memjadikan
perlambangan bunga teratai era purba Melayu selari dengan konsep Islam lalu ia
diserap masuk dan diguna pakai serta mengukuhkan lagi perlambangan ini di alam
Melayu.
Rumah sebagai bunga teratai dan Lam Alif terlangkup
Falsafah bunga teratai pada rumah dilihat dari pandangan
rusuk atau lambung. Bahagian kelopak yang dilihat pada depan sama dengan rumah
ibu dan bahagian pangkalnya sama dengan rumah dapur. Perlambangan ini jika di
bandingkan dengan sistem rumah pada bahagian perut rumah dengan pandangan dalam
ke luar, sistem itu terdiri dari tiga tingkat yang bersifat horizontal iaitu :
1) Bilik
2) Anjung
3) Jemuran
Bilik diletak pada tingkat tinggi diikuti bahagian anjung
kedua atau tengah dan terakhir atau bawah ialah jemuran. Konsep ini juga boleh
dikatakan sebagai konsep berhierarki.
Manakala Lam-Alif terlangkup pula, jika diikuti penjelasan
Nakula lebih kepada perlambangan di bahagian pemeleh rumah.
Namun bergitu jika digunakan pada rumah,ia masih membawa perlambangan sama
seperti teratai terlangkup diatas.
Note: Penggunaan rujukan term zaman "Jawan" dan
"Brahma" hanya digunakan oleh Nakula untuk merujuk bahagian-bahagian
rumah yang telah pun lama wujud sebelum era Islam. Kedua-dua term ini sebagai
gantian nama fahaman zaman purba Melayu atau era pre-Islam dan bagi memudahkan
penerangan yang berkaitan dengannya.
Sumber utama rujukan:
Abdullah b. Mohamed (Nakula),"Falsafah dan Permikiran
Orang-orang Melayu, Hubungannya dengan Islam dan Kesenian", Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala
Lumpur , 1980.
Kembali ke SenibinaRumah Melayu Kelantan
No comments:
Post a Comment