Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekalian. Ambo sebenarnya dalam proses pembacaan untuk artikel sejarah Kelantan. Namun Semenjak hari sabtu (8 Mac 2014) seluruh Dunia memberi tumpuan kepada Malaysia ekoran kehilangan pesawat Boeing 777 di bawah label MH370. Insiden ini juga mengatasi isu Crimea yang mana Russia dan Ukrine kini diambang perang.
Cable News
Network (CNN) pada 8-9 Mac mengadakan Breaking
News setiap 30 minit dan menandakan insiden ini adalah top isu. Buat 10 jam
pertama CNN merakamkan takziah buat penumpang dan krew pesawat MH370, kini
hampir 100 jam kehilangan pesawat ini masih menjadi misteri kerana tidak menemui sebarang petanda dan
petunjuk bahawa ianya terhempas ke laut. Bukti yang sering diputar adalah kehilangan pesawat tersebut di radar menara
kawalan.
Hal ini menjadi misteri kerana tiada kesan langsung
ianya terhempas di kawasan terakhir ianya hilang dari radar. Kerajaan Malaysia
melalui agensi-agensi yang berkenaan telah dikerahkan untuk mencari dan
menyelamat dengan bantuan negara-negara serantau dan dalam masa sama CNN menyindir usaha yang dijalankan. Itu
CNN, satu sedutan berita dari Australia pula menyiarkan klip video memaparkan co-pilot mempelawa dua orang gadis
Australia ke kokpit sebuah pesawat. Sejauh mana kebenaran tidaklah dapat
dipastikan kerana banyak pihak mahu mengambil kesempatan keatas peristiwa yang
mendapat liputan dari seluruh dunia.
Apa sekalipun teori dan spekulasi, jawapan yang
paling jelas disini ialah, ianya BELUM DITEMUI!! Segala-galanya akan terjawab
apabila pesawat malang ini ditemui.
Sebenarnya, nahas
uadara juga berlaku di Malaysia, cuma ia melibatkan helikpoter (TUDM dan
Private) serta kapal terbang kecil, dan ia melibat korban yang kecil. Yang
menjadi luarbiasa dan mendapat perhatian dunia kerana insiden ini melibatan 239
nyawa dari 14 negara asing.
BOEING777
Pelbagai teori yang menjurus kepada spekulasi boleh
kita utarakan, aspek ini ramai yang tulis. Satu perkara yang tidak kita ambil
peduli iaitu pesawat Boieng777 adalah sebuah pesawat yang terbukti antara yang
paling selamat di dunia.
Pesawat ini buat pertama kali diperkenalkan kepada
dunia pada tahun 1994, dan pertama kali diguna pakai sebagai pesawat penumpang
pada 1995. Sebanyak 70 insiden yang melibatkan pesawat ini direkodkan dengan
insiden terburuk yang menimpa Asiana
Airlines Flight 214 yang terhempas di Sans Francisco pada 2013.
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) memiliki 15
pesawat Boieng 777 dan pembelian pesawat model tersebut bermula pada tahun
2002. Pesawat ini terkenal sebagai pesawat jarak jauh dan ia mampu terbang dari
London ke Los Angles atau Tokyo ke Sydney dan beroperasi tanpa henti selama 19
jam. Pakar penerbangan juga menyatakan bahawa ia adalah antara pesawat yang terbaik
pernah dibina dengan reputasi cemerlang.
Bagi MAS, ini adalah kali kedua selepas tragedi
MH653 yang dirampas dan akhirnya terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada 4
Disember 1977 yang mengorbankan 100 orang termasuk beberapa orang kenamaan.
JURUTERBANG
CEKAP DAN PESAWAT PALING SELAMAT
Komboniasi ini pastinya gabungan sempurna pada mata
kasar, namun kekuasaan Allah s.w.t. itu lagi hebat. Itulah analogi yang tepat
dengan tembual antara krew MHI dan Buletin Utama di TV3 dengan bekas
juruterbang Boieng777, Kapten Norudin Abd. Majid seperti dalam klip ini.
Jika anda menonton klip yang ambo kepilkan ini,
maka kita telah menemui titik persamaan.
Marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar
semuanya dipermudahkan dan diberkati...sama-sama kita bertawakal...
No comments:
Post a Comment