SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Sunday, 13 July 2014

RAMADHAN 2014!!

Alhamdulilah,

Sudah 2 minggu kita dalam Bulan Ramadhan, sebuah bulan yang mulia dalam Kalendar Islam. Pada bulan ini adanya Lailatulqadar dan kita digalakkan menggandakan ibadah. Pastinya kini masjid dan surau seluruh negeri penuh dengan kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan.

Sebahagian dari kita juga kelihatan giat untuk mempersiapkan diri untuk menyambut Hari Raya... Itu sudah menjadi kemestian dan sebenarnya ianya digalakkan. Namun, kita juga diingatkan untuk tidak berlebih-lebihan dalam membuat persiapan, cukuplah sekadar dengan kemampuan masing-masing. Yang penting ianya untuk menyambut kemenangan kita.

Pada yang lebih ingatlah pada mereka yang kurang. Zakat ditunaikan dan banyakkan bersedekah. Memberi makan kepada orang-orang berpuasa akan Allah ganjarkan pahala dan diberkati kehidupan mereka. Insha Allah. 

Saban tahun juga, Pasar Ramadhan dibuka segenap ceruk. Inilah kemeriahan Ramadhan di Negeri kita amnya, dan Malaysia khususnya. Ada masa kita terlupa bukan semua bernasib baik seperti kita. Sangat banyak negara Islam terhimpit dengan pelbagai masalah yang mengekang mereka untuk beribadat dan menikmati keindahan berpuasa seperti kita di Malaysia.

Palestin dan Syria kini mendapat perhatian Dunia kerana negara mereka diancam perang. Peperangan di Syria bolehlah dipandang sebagai satu Perang Saudara dan berlainan di Palestin kerana mereka di serang oleh Tentera Israel. 

Boleh kata, setiap kali bulan Ramadhan, mereka di serang pada skala besar.. dan sebenarnya mereka sentiasa diserang cuma dalam skala yang lebih kecil... Serangan pada tahun ini adalah antara yang terbesar dan serangan balas dari Palestin melalui Hamas juga telah mengecutkan hati askar dan rakyat Israel.

Kebencian Dunia memuncak kepada serangan Israel kerana dewasa ini banyak tersebar gambar dan klip video memaparkan keganasan tindakan askar dan polis Israel terhadap Wanita, Kanak-Kanak & Orang Tua Palestin. 

Masyarakat Barat misalnya, di bawah nama Hak Asasi Manusia (Human Right) mengutuk tindakan Israel kerana mereka bertindak diluar norma-norma kemanusian dan kasih sayang. Justeru banyak kita lihat perarakan dibuat di US, England dan beberapa negara Eropah, termasuklah sekelompok Rabai Yahudi juga mengutuk tindakan Israel kepada Palestin.

Negara-negara Arab kelihatan membisu dalam soal ini. Mungkin mereka bersikap sedemikian kerana mereka sudah teruk diasak akan isu di Syria. Indonesia negara yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang paling ramai buat masa sekarang "SIBUK" dengan Perang Jokowi-Probowo dan mereka juga dalam kepeningan yang tidak berkurangan. Di Malaysia pula, kita telah melancarkan beberapa langkah seperti biasa iaitu dengan memboikot produk Israel terutama Coca-Cola dan McDonald serta KFC dan Burger King dan ini dilihat sebagai satu serangan dari Malaysia. Selain itu banyak Badan-Badan Amal seperti Aman Palestin bertindak mengumpul dana dan bantuan untuk dihantar ke Palestin selain dari itu Perdana Menteri kita juga telah mengutuk tindakan Israel melalui Akaun Twitternya...

Rakyat Malaysia juga telah menjadikan Facebook dan Twitter sebagai satu medan untuk mereka melontarkan bantahan dan kutukan kepada tindakan Israel tersebut. Pelbagai pendapat mereka lontarkan... namun sebahagian besarnya tidaklah nampak kesannya terutama dalam gesaan mereka untuk Malaysia menghantar angkatan Bala Tentera ke Palestin. Gesaan sebegini mungkin diluahkan secara emosional dan tidak memikirkan akan proses dan tatacara dalam menghantar bantuan kententeraan secara fizikal.Rasanya, tindakan Kerajaan tidaklah dijalankan secara terang-terangan dan kita tidak perlu tahu pun.. 

Selaku rakyat Malaysia yang lemah dan tidak berupaya, apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah dengan Berdoa... kerana DOA adalah SENJATA AMPUH ORANG-ORANG MUKMIN selain itu. Sokonglah gerakkan yang dapat melumpuhkan Israel dalam ruang keupayaan kita...

SESUNGGUHNYA, SAUDARA-SAUDARA KITA DI PALESTIN SEDANG DIJEMPUT ALLAH S.W.T. KE SYURGA... DOAKAN AGAR URUSAN MEREKA DIMUDAHKAN ALLAH.

INSHA ALLAH!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...