SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Wednesday, 30 July 2014

Briged Izz ad-Din al-Qassam


Semenjak tercetusnya serangan Tentera Israel terhadap Palestin pada 8 Julai 2014 nama Briged Izz ad-Din al-Qassam menjadi sebutan seluruh kaum Muslimin seluruh dunia. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh anggota bridget tersebut telah membuatkan banyak kupasan mengenai mereka tersiar baik di blog, TV mahupun Surat Khabar. 

Namun, semuanya hanya mengulas tentang aktiviti mereka dan tidak dihuraikan secara terperinci mengenai briged tersebut. Mengambil tanggungjawab itu, kami cuba untuk sampaikan melalui ruangan ini tentang briged alQassam ini.

Nama
Dari segi bahasa Izz bermaksud pertolongan, ketaatan atau kebangaan, manakala Din bermaksud agama. al-Qassam boleh diterjemah sebagai pemisah. Sebenarnya Izz ad-Din al-Qassam adalah nama seorang mujahidin yang gugur syahid di Jenin pada 1935. Dia dilahirkan di Syria tetapi dibuang ke Palestin kerana menentang pendudukan Perancis di Syria dan Lubnan. Di Palestin, dia menyambung perjuangan jihad menentang British yang mahu menjadikan Palestin sebagai Negara Yahudi. Justeru, nama beliau telah diabadikan pada satu briged kententeraan HAMAS untuk mengenang jasa beliau dalam menentang penjajahan dan penindasan.

Latar Belakang
Sebelum penubuhan rasmi HAMAS pada 1987, Syeikh Ahmad Yassin, Salah Shehadeh, Dr.Ibrahim Maqadima dan tokoh-tokoh lain bersedia untuk menubuhkan pasukan bersenjata pada 1984 untuk menentang penjajahan. Fokus utama mereka pada waktu itu adalah untuk mengumpul kekuatan persenjataan untuk kegunaan pada masa hadapan. Sayangnya, ahli kumpulan tersebut telah ditangkap bersama-sama senjata yang mereka kumpul. 

Pada 1986, Salah Shehadeh telah membentuk satu rangkaian penentangan yang dikenali sebagai al-Mujahiddin al-Falistinin dengan maksud Pahlawan Palestin. Rangkaian ini mensasarkan serangan terhadap pasukan bersenjata Israel-Zionis dan pengkhianat Palestin dan ia aktif sehingga 1989. Operasi yang paling diingati tentang bagaimana rangkaian ini berjaya menawan Ilan Sadoon dan Avi Sasbortas.

Setelah HAMAS di bentuk pada 14 Disember 1987, ia telah menubuhkan beberapa sayap seperti Briged Abdullah Azzam dan Majd. Briged Izz ad-Din al-Qassam pula ditubuhkan pada 1991 dan ia dikenali sebagai sayap ketenteraan HAMAS.

Pentadbiran
Briged ini telah diberikan kebebasan untuk mentadbir pergerakan mereka. Identiti dan jawatan ahlinya dirahsiakan sehinggalah mereka syahid. Menjadi kewajipan mereka memakai penutup kepala hitam dan lilit kepala atau headband tertera nama briged mereka. Jumlah keahlian hanya diketahui oleh pimpinan yang mengaplikasikan kerahsian dalam proses rekrut. Setelah mereka gugur syahid barulah nama pejuang Qassam diumumkan kepada awam melalui laman web qassam.ps

Operasi mereka adalah seluruh Genting Gaza dan Tebing Barat. Setiap anggota bergerak sendiri di bawah kepimpinan briged, anggota Qassam harus melepasi tapisan ketat dari segi akhlak, fizikal, pendidikan serta dari kalangan pemuda yang solat subuh berjemaah di masjid. Dalam peristiwa Intifada kedua pada 2000, sejumlah 800 orang ahli mereka telah syahid.

Syarat untuk menyertai Briged
  1. Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – setiap ibu bapa di Palestine mengimpikan anak mereka syahid memperjuangkan kemerdekaan negara mereka.
  2. Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjemaah di masjid.
  3. Anggota Hamas dan Al-Qassam harus bebas MAKSIAT dan MEROKOK.
  4. Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
  5. Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juzuk.
  6. Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi)
  7. Selalu berpuasa sunat dan bertahajud.
  8. Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka semuanya golongan hafiz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin. Buktinya, mereka mampu membangunkan teknologi mereka dalam keadaan terkurung dalam penjara halimunan terbesar di dunia di Gaza.
  9. Selalu hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
  10. Mengamalkan zikir harian dan tidak pernah meninggalkannya.
  11. Selalu bersukan dan bersenam. 
  12. Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah sedia untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.


Operasi dan Aktiviti
Peralihan organisasi bersenjata yang dikenali bermula ketika penetapan Persefahaman Oslo untuk membantu HAMAS menentang perjanjian tersebut. Pada 2003 dan 2004, briged di Gaza menghadapi serangan daripada Israel Defense Forces (IDF) termasuk pengepungan Jabalya pada Oktober 2004. Pertempuran ini mengakibatkan kerugian besar kepada Briged, namun mereka berjaya mengumpul semula kekuatan dan meneruskan perjuangan pada tahun-tahun berikutnya.

Pada 2005, Israel dan Pihak Berkuasa Palestin telah berjaya mencapai kesepakatan untuk gencatan senjata. Tempoh tersebut telah memberi ruang kepada briged untuk mengukuhkan kekuatan mereka. Israel bimbang dengan persenjataan yang dimiliki HAMAS dengan menyatakan akan berlaku penentangan besar-besaran oleh sayap tentera parti tersebut dan kemungkinan berlaku perang saudara. Justeru Israel telah menekan Pihak Berkuasa Palestin untuk melucutkan persenjataan HAMAS, namun usaha tersebut tidak dapat dilakukan. Dalam tempoh tersebut juga, bridget tersebut mengaku melancarkan serangan roket terhadap bandar Sderot di Israel.

10 Jun 2006, briged tersebut telah mengumumkan pembatalan perjanjian yang dicapai pada 2005 susulan insiden di Pantai Gaza yang menyaksikan 7 orang awam telah terkorban akibat tembakan 8 bom artileri Israel ke pantai tersebut berdekatan dengan bandar Beit Lahia pada 9 Jun 2006. Briged tersebut membalas dengan melancarkan roket-roket Qassam ke arah bandar Sderot di Israel. Kemudian Israel telah melancarkan Operation Summer Rains namun mereka dimalukan oleh briged Qassam kerana dalam operasi ini briged telah berjaya menawan Ghilad Shalit dan merupakan tawanan pertama dalam tempoh 12 tahun selepas penawanan Nachson Wachsman pada 1994.

Persenjataan
Aspek persenjataan HAMAS sentiasa berkembang semenjak penubuhannya pada 1987, mereka memiliki rifal, roket dan bermacam senjata lagi. Mereka membawa masuk senjata dari luar dan sebahagiannya lagi dicipta sendiri dalam Palestin.

Dalam satu wawancara, Salah Shehadeh menjelaskan:
Kami mempunyai saintis yang pakar dalam pembuatan senjata, yang menjalankan penyelidikan dan eksperimen terhadap roket al-Bana yang merupakan gabungan sebuah RPG (grenad berkuasa roket) dan LAW (senjata ringan anti-kereta kebal) dan berbeza dengan al-Qassam 2 kerana direka untuk menembusi perisai ketebalan sederhana. Bom Tangan dihasilkan untuk memenuhi keperluan peralatan dan ahli-ahli, dan kesemuanya telah membuktikan keberkesanannya dengan Kementerian Pertahanan Israel sendiri mengesahkan kehebatan bom-bom tangan tersebut. Kesemua grenad dan roket adalah buatan tempatan dan dihasilkan dengan mudah. Bahan peledak al-Qassam 1 dan 2 dan al-Bana diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang mudah. (Sekalipun) golongan wanita boleh menghasilkannya dirumah.

Pemimpin-Pemimpin Briged yang dibunuh Israel
12 Julai 2006: Tentera Udara Israel (IAF) mengebom sebuah rumah di kejiranan Sheikh Gaza di bandar Gaza, dimana Komander Mohammed Dief, Ahmad al-Ghandur dan Raid Said mengadakan mesyuarat. Rumah tiga tingkat itu diratakan sepenuhnya menyebabkan Pegawai HAMAS Nabil al-Salmiah, Isteri, lima anak mereka dan dua kanak-kanak lain maut. Dua dari pimpinan itu mendapat kecederaan ringan, makalan Muhammad Dief mendapat kecederaan pada tulang belakang.

1 Januari 2009: Nizar Rayan, seorang pemimpin tertinggi HAMAS berperanan sebagai perhubungan antara kepimpinan parti dengan sayap tenteranya terbunuh dalam serangan Udara Israel dalam Operation Cast Lead. Sebutir bom seberat 2000 paun digugurkan keatas rumahnya menyebabkan keempat-empat isteri dan sebelas anaknya terkorban.

3 Januari 2009: Pesawat Israel menyerang kereta yang dinaiki oleh Abu Zakaria al-Jamal menyebabkan beliau gugur syahid.

4 Januari 2009: Tentera Udara Israel menyerang dan membunuh Husam Hamdan dan Muhammad Hilo di Khan Younis.

15 Januari 2009: Tentera Israel mengebom sebuah rumah di Jabaliya. Serangan tersebut disasarkan kepada Menteri Dalam Negeri Palestin Said Seyam dan turut membunuh komander briged Mohamed Watfa.

19 Januari 2010: Komander yang juga salah seorang pengasas HAMAS, Mahmoud al Mabhouh dibunuh di sebuah hotel di Dubai. Pihak Polis Emiriah Arab Bersatu percaya bahawa pembunuhan tersebut didalangi oleh badan risikan Israel, MOSSAD

30 Julai 2010: Isa Abdul Hadi al-Batran terbunuh di kem pelarian Nuseirat akibat serangan udara Israel.

14 November 2012: Tentera Udara Israel mendalangi serangan yang membunuh Ahmad al-Jabari, Komander Briged al-Qassam. Beliau terbunuh bersama 7 pejuang yang lain dalam permulaan Operation Pillar of Defense. 


http://ms.wikipedia.org/wiki/Briged_Izz_ad-Din_al-Qassam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...