SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday, 22 July 2014

Memahami siapa Puak Bertelagah di Ukraine

Ketika menyediakan artikel ini, kami dapati ramai sedang cuba untuk memahami istilah pemisah, dan Separatis yang merupakan istilah yang biasa kepada ahli-ahli sosio-politik. Kami bukanlah ahli dalam bidang tersebut, namun seperti kebanyakkan orang lain, kami juga ingin memahami dan menyediakan satu artikel ringkas berkenaan istilah tersebut.

Pasti ramai antara kita maklum jika diutarakan dengan istilah Pemisah dalam konflik sesebuah negara bergolak. Istilah itu  merujuk kepada pergerakan sekelompok masyarakat yang menuntut agar diberi hak untuk mengadakan pemerintahan sendiri. Justeru gerakan Separatis sama maksud dengan pemisah itu tadi. Cuma, kita di Malaysia tidak diperkenalkan dengan istilah tersebut, sebaliknya ia digunakan secara meluas di Indonesia.

Siapa yang bertelagah di Ukraine?


Jelas disini yang sedang berperang dengan Ukraine adalah kelompok Separatis yang media Malaysia gelar sebagai Pemberontak. Merekalah kelompok Pro-Russia menguasai daerah Ukraine sekitar sempadan Ukraine-Russia. Puak ini diketuai oleh Alexander Borodai (Gambar). 

Dalam artikel Konflik Ukraine-Russia dan MH17 kami telah mejelaskan serba ringkas kenapa mereka berperang, punca utama adalah mengenai permasalahan ekonomi yang meruncing dan pertembungan pendirian antara kelompok Pro-Barat dengan kelompok Pro-Russia. Kemuncak isu ini bermula apabila kelompok pro-barat telah menggulingkan Presiden Ukraine, Viktor Yanukovch dan menubuhkan kerajaan baru. 

Russia pula telah bertindak memasuki wilayah automi Crimea untuk melindungi aset ketenteraan mereka dan kemuncaknya penduduk Crimea telah mengundi untuk bernaung di bawah Russia.

Semenjak dari itu puak Separatis ini makin bersemangat untuk membebaskan wilayah-wilayah etnik Russia yang mendiami sebahagian Ukraine. Justeru, tidak hairan wilayah Ukraine di sempadan Russia menjadi wilayah pertikaian. 


Sumber berita dari Russia menyatakan mereka tidak membantu puak Separatis tetapi secara teknikal mereka juga terlibat dalam konflik ini melalui sokongan dan bekalan keperluan kepada puak tersebut memandangkan tentera Russia sedang aktif di Wilayah Crimea.

Ringkasnya, Ukraine sekarang ini menghadapi tentangan dari puak Separatis yang memihak kepada Russia dan puak ini pula menentang Ukraine kerana kerajaan sekarang lebih memihak blok barat ditambah dengan keadaan ekonomi Ukraine berada di tahap yang parah.

Kerajaan Ukraine pada masa ini sedang membina kepercayaan barat untuk membantu kerana mereka sudah memutuskan untuk tidak berkiblatkan Moscow lagi. Pelbagai spekulasi telah dikeluarkan ditambah lagi, pihak Russia juga telah mengeluarkan kenyataan serta bukti bahawa Insiden MH17 tidak melibatkan mereka.

Berikut kenyataan pihak Russia:





Sekarang, kita tunggu apa pula yang akan dibentangkan oleh Ukraine sebagai maklum balas terhadap kenyataan dari pihak tentera Russia ini. Isu ini sudah menjadi global dan semakin komplikated.

Pada 21 Julai, PBB telah bersidang dan negara yang mewakili mangsa telah membentangkan usul dan mereka telah bersetuju agar semua mayat dibenarkan kembali ke Amsterdam. Selain itu, pihak Separatis juga telah menyerahkan dua kotak hitam kepada pihak berkuasa Malaysia. 

Hasil decode dari Kotak Hitam ini boleh menjelaskan apa sebenarnya berlaku keatas MH17. Marilah kita panjatkan doa buat mangsa dan takziah untuk seluruh ahli keluarga mangsa.

RUJUKAN: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=separatis
http://pemisah.blogspot.nl/
http://www.astroawani.com/photos/album/ukraine-protests-803/ukraine-protests-6-7788
http://en.wikipedia.org/wiki/Separatist_movement

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...