SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 21 July 2014

Kalau Tak Jam, Bukan RAYA namanya!!

KEMERIAHAN HARI RAYA AIDILFITRI DI KELANTAN

Pernyataaan Aidilfitri di Kelantan tidak meriah adalah tidak benar dan disangkal walaupun ianya tidak semeriah di negeri-negeri lain. Sambutan Aidilfitri di Kelantan adalah meriah kerana waktu inilah anak-anak Kelantan dari Perantauan pulang ke kampung halaman di seluruh negeri. Kebiasaannya tiket bas dan keretapi akan habis sebulan sebelum Ramadhan lagi dan wujudlah pengusaha bas yang membuat perkhidmatan Bas Tambahan dengan harga tiket agak mahal berbanding dengan syarikat bas rasmi.

Hujung minggu di Kota Bharu kebiasaannya akan menjadi sesak, dan dua minggu sebelum Syawal menjelma bandaraya ini bertambah sesak. Manakala seminggu sebelum Syawal, ianya akan “dikuasai” oleh perantau yang pulang ke Kelantan sempena Aidilfitri.

Kesesakkan jalan raya di Kota Bharu menjelang Aidilfitri sudah menjadi lumrah. Pihak kerajaan negeri telah memperbaiki Jambatan Sultan Yahya menjadi 4 lorong dan pembinaan Flyover dari arah Jambatan ke Wakaf Siku untuk mengurangkan kesesakkan di kawasan Kampung Sireh. Jalan utama dalam pusat bandar Kota Bharu juga telah dinaik taraf kepada 4 lorong, namun aliran trafik kian bertambah.
 
Gambar Hiasan, : Kesesakkan di Lebuh Raya Karak (Harian Metro)
Perantau sudah lali dengan kesesakan lalu lintas mejelang syawal. Pernah suatu ketika kesesakkan jalan raya bermula dari Tol Karak hinggalah ke Gua Musang dan kami sendiri pernah merasai perjalanan selama 17 jam dari Kuala Lumpur melalui Karak – Raub – Kuala Lipis – Gua Musang.  Pertambahan aliran trafik ini juga mengundang kemalangan jalan raya ditambah faktor jalan raya yang tidak berapa elok.

Semenjak 2012, laluan Raub – Kuala Lipis telah dipertingkatkan, dimana jalan raya telah dilebarkan namun kesesakkan jalan raya pada musim perayaan terutama Aidilfitri masih pada tahap yang sama berikutan pertambahan kenderaan. Isu kesesakkan jalan raya paling teruk rasanya dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu, dan 2013 pihak kerajaan negeri telah melancarkan Projek Pembinaan Lebuh Raya Rakyat, kami tidak dapat pastikan sejauh mana perkembangan projek tersebut memandangkan selepas PRU-13 Exco yang bertanggungjawab juga sudah bertukar.

Perancangan untuk Lebuh Raya Rakyat

Di bandar-bandar seluruh Kelantan seperti Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, juga mengalami kesesakan jalan raya. Pasir Mas misalnya, kebiasaan traffic Jam bermula dari simpang Jambatan Tendong hingga ke Bandar Pasir Mas, jalan kampung juga sesak dan agak teruk kerana kenderaan yang banyak dan jalan yang sempit.

Ringkasnya, kesesakkan jalan ini bukan hanya berlaku di Kelantan tetapi seluruh negara juga begitu. Kerana amalan masyarakat kita adalah berkunjung antara saudara mara dan rakan taulan. Semua orang begitu dengan tujuan yang sama kecuali destinasi sahaja yang berlainan. Justeru, tidak menghairankan jika jalan raya menjadi sesak.

Inilah kemeriahan sebenar Hari Raya buat orang dewasa, Kalau Tidak Jem, bukan Raya namanya!
Kemeriahan Hari Raya yang sebenar adalah seluruh ahli keluarga berkumpul bersama-sama dan berkongsi kisah masing-masing.




HATI-HATI MEMANDU, INGAT ORANG TERSAYANG, INGAT KEPADA AYAH BONDA YANG MENUNGGU KEPULANGAN ANDA.... JANGAN BIARKAN HANYA TUBUH ANDA PULANG!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 

MAAF ZAHIR BATIN!!



#Rindu dengan Nasi Dagang dan Kuih Semperit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...