Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekalian. Kita masih lagi dalam suasana atau mood merayakan Aidilfitri 1435H. Ramai antara kita masih bergembira baik di Kelantan mahupun seluruh negara, semua masih merayakannya. Alhamdulillah, negara kita masih aman dalam definisinya.
Kami tetap bergerak untuk menjayakan aspirasi kita dalam mengenang dan membangkitkan sejarah negeri. Kali ini kami mahu sampaikan kepada sahabat-sahabat mengenai MAGERAN iaitu singkatan kepada Majlis Gerakan Negara.
Pasti ramai yang tahu mengenai badan kerajaan ini dan ianya akan dikaitkan dengan tragedi 13 Mei 1969 yang menggemparkan seluruh dunia, dimana peristiwa tersebut sebolehnya tidak mahu dikenang oleh sesiapa pun kerana ia begitu menyayat hati. Namun, itu hakikat yang perlu kita telan.
Pada 13 Mei 1969, telah berlaku pergeseran kaum yang menyaksikan negara diisytihar darurat pada tiga hari berikutnya iaitu pada 16 Mei dengan membubarkan parlimen dan menubuhkan MAGERAN untuk mengambil alih pentadbiran bagi memulihkan kekacauan yang berlaku. Pada waktu itu negara masih menghadapi ancaman dari gerakan subversif Pengganas Komunis yang masih aktif. MAGERAN telah berjaya memulihkan kekacauan yang berlaku sekitar Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang, setelah itu pihak MAGERAN telah menyerahkan kuasa kembali kepada parlimen dalam tahun tersebut juga.
Umumnya, ramai yang mengetahui MAGERAN hanyalah berkuatkuasa ketika insiden 13 Mei dan pasti ramai yang tidak tahu bahawa ia juga telah diaplikasikan di Kelantan pada 1977!
BIBIT PERGESERAN
Ia bermula semenjak berakhirnya tragedi 13 Mei apabila kerajaan baru yang dibentuk menyaksikan penggabungan antara beberapa parti seperti PERIKATAN dan PAS pada 1969 kerana pada waktu itu PAS telah menguasai semua kerusi parlimen di Kelantan dalam Pilihan Raya 1969. Kelantan dari dahulu hingga kini majoritinya dihuni oleh orang-orang Melayu dan ini menjadi asas kesepakatan antara PERIKATAN dan PAS untuk bergabung dalam memulihkan keadaan sosio-politik negara pada waktu itu yang rosak akibat pergeseran kaum.
Dato Mohd Asri Haji Muda |
Setelah penggabungan ini, Presiden PAS pada waktu itu Dato Mohd Asri Haji Muda telah diangkat menjadi Menteri Besar Kelantan. Kelangsungan pengabungan ini telah menimbulkan beberapa pertembungan yang mempunyai alasan tersendiri dari kedua-dua pihak baik UMNO mahupun PAS.
KRONOLOGI KEMELUT POLITIK 77'
Penyertaan PAS dalam UMNO pada 1969 telah menyaksikan perubahan taktik dalam kepimpinan Dato Asri dalam dekad 70an hingga muncul dua kelompok dalam Kerajaan Kelantan pada waktu itu, satu kelompok menyokong Dato Asri dan satu kelompok lagi menyokong Dato Muhammad Nasir yang menjadi Menteri Besar Kelantan setelah Pilihan Raya Umum 1974.
Kumpulan Dato Muhammad Nasir telah mengadakan Demonstrasi Protes pada 24 September 1977, di Padang Merdeka, Kota Bharu. Mereka membantah kumpulan Pro Asri yang dikenal sebagai Kumpulan 16 dan akhirnya Kumpulan 20. Dikatakan, lebih daripada 80,000 rakyat Kelantan menyertainya.
Dato Muhammad Nasir pula telah digulingkan dari jawatan Menteri Besar melalui Usul Undi Tidak Percaya. Usul tersebut telah dibuat oleh 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS diketuai oleh Datuk Haji Ishak Lutfi Omar. Ekoran daripada peristiwa tersebut, pada 19 Oktober 1977 satu lagi Demonstrasi telah diadakan dan kali ini lebih 20,000 rakyat menyertainya dengan berkumpul dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Akhirnya pihak berkuasa telah mengumumkan Perintah Berkurung pada jam 3.15 petang dan berkuatkuasa 24 jam berikutnya.
Pihak Kerajaan Pusat pada waktu itu tidak mengendahkan pandangan ADUN Kelantan kerana rundingan yang dibuat dengan Menteri Besar tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. Justeru berlaku Politik Darurat untuk mengambil alih Kelantan dengan melaksanakan Akta Darurat dan Kerajaan MAGERAN tanpa rundingan dengan PAS, manakala pemimpin PAS dalam Kabinet Kerajaan Pusat pula terpaksa meletak jawatan kecuali Haji Hasan Adli yang membantahnya.
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana dikatakan telah melanggar disiplin Barisan Nasional ekoran dari bantahan Dato Asri terhadap Akta Darurat. Akta tersebut telah dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Hussien Onn di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 1977, yang pada masa tersebut masih lagi dalam bentuk Ran Undang-Undang Kuasa Darurat Kelantan. Sistem pemerintahan Demokrasi digantung dan ditadbir secara de'facto oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.
13 Disember 1977, PAS telah disingkir dari BN kerana enggan mematuhi whip BN mengenai Undang-Undang Darurat. Pada 12 Januari 1978, pemerintahan MAGERAN telah ditarik balik oleh Kerajaan Pusat dan pada 11 Mac 1978, kerajaan telah mengadakan PRU peringkat negeri sahaja. Dalam piliharaya ini menyaksikan BN telah berjaya memperolehi kemenangan yang besar.
KESIMPULAN
Peristiwa 1977 sebenarnya merupakan turning point dalam perkembangan Kelantan selepas Merdeka pada 1957. Tempoh ini telah membuatkan perkembangan ekonomi di Kelantan menjadi terbantut dan terjejas, hinggalah tahun 90an dan berterusan hingga 2013. Namun pada tahun 2014, politik di Kelantan dilihat seakan mengulangi apa yang berlaku dalam tahun 70an itu.
Sama-samalah kita mendoakan agar negeri kita sentiasa di rahmati dan rakyatnya diberkati.
KRONOLOGI KEMELUT POLITIK 77'
Penyertaan PAS dalam UMNO pada 1969 telah menyaksikan perubahan taktik dalam kepimpinan Dato Asri dalam dekad 70an hingga muncul dua kelompok dalam Kerajaan Kelantan pada waktu itu, satu kelompok menyokong Dato Asri dan satu kelompok lagi menyokong Dato Muhammad Nasir yang menjadi Menteri Besar Kelantan setelah Pilihan Raya Umum 1974.
Dato Muhammad Nasir |
Dato Muhammad Nasir pula telah digulingkan dari jawatan Menteri Besar melalui Usul Undi Tidak Percaya. Usul tersebut telah dibuat oleh 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS diketuai oleh Datuk Haji Ishak Lutfi Omar. Ekoran daripada peristiwa tersebut, pada 19 Oktober 1977 satu lagi Demonstrasi telah diadakan dan kali ini lebih 20,000 rakyat menyertainya dengan berkumpul dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Akhirnya pihak berkuasa telah mengumumkan Perintah Berkurung pada jam 3.15 petang dan berkuatkuasa 24 jam berikutnya.
Pihak Kerajaan Pusat pada waktu itu tidak mengendahkan pandangan ADUN Kelantan kerana rundingan yang dibuat dengan Menteri Besar tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. Justeru berlaku Politik Darurat untuk mengambil alih Kelantan dengan melaksanakan Akta Darurat dan Kerajaan MAGERAN tanpa rundingan dengan PAS, manakala pemimpin PAS dalam Kabinet Kerajaan Pusat pula terpaksa meletak jawatan kecuali Haji Hasan Adli yang membantahnya.
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana dikatakan telah melanggar disiplin Barisan Nasional ekoran dari bantahan Dato Asri terhadap Akta Darurat. Akta tersebut telah dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Hussien Onn di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 1977, yang pada masa tersebut masih lagi dalam bentuk Ran Undang-Undang Kuasa Darurat Kelantan. Sistem pemerintahan Demokrasi digantung dan ditadbir secara de'facto oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.
13 Disember 1977, PAS telah disingkir dari BN kerana enggan mematuhi whip BN mengenai Undang-Undang Darurat. Pada 12 Januari 1978, pemerintahan MAGERAN telah ditarik balik oleh Kerajaan Pusat dan pada 11 Mac 1978, kerajaan telah mengadakan PRU peringkat negeri sahaja. Dalam piliharaya ini menyaksikan BN telah berjaya memperolehi kemenangan yang besar.
KESIMPULAN
Peristiwa 1977 sebenarnya merupakan turning point dalam perkembangan Kelantan selepas Merdeka pada 1957. Tempoh ini telah membuatkan perkembangan ekonomi di Kelantan menjadi terbantut dan terjejas, hinggalah tahun 90an dan berterusan hingga 2013. Namun pada tahun 2014, politik di Kelantan dilihat seakan mengulangi apa yang berlaku dalam tahun 70an itu.
Sama-samalah kita mendoakan agar negeri kita sentiasa di rahmati dan rakyatnya diberkati.
http://wargamarhaen.blogspot.nl/2012/01/kelantan-1977-darurat-pergolakkan.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121101/re_01/Punca-Pas-?diceraikan?-1977
http://sejarah-tunsheikh.blogspot.nl/2014/01/sejarah-penubuhan-mageran-dan-barisan.
http://coltoras1959.blogspot.nl/2013/05/tajuk-373-pilihanraya-umum-ke-13.html