SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 11 January 2016

Senibina Rumah Melayu Kelantan


Pengenalan

Senibina merupakan satu kemajuan yang dicipta oleh sebuah masyarakat setelah berjaya menguasai alam semulajadi. Ia juga dikatakan satu peringkat tinggi dan memjadi satu cermin kepada pencapaian dalam kehidupan harian sesuatu bangsa dengan setiap satu rekabentuk senibina yang terhasil merupakan dari pengaruh gaya kehidupan, kepercayaan serta pegangan, amalan kebudayan dan rentetan persejarahan. Selain itu juga yang paling mempengaruhi sesebuah senibina adalah dari alam sekitar memjadi cetusan impirasi  utama dan tidak juga ketinggalan penggunaan bahan tempatan dalam binaan. Umumya ia adalah pemahaman terhadap sejarah senibina yang memjadi satu kesinambungan berterusan sejajar dengan sejarah kemajuan masyarakat itu. 

Dalam kemajuan senibina, orang Melayu juga tidak ketinggalan dalam membina sebuah rumah tradisional merupakan hasil turun temurun yang tidak dapat dipisahkan dengan alam kehidupan.Ia juga boleh dikatakan binaan yang memjadi adat dan budaya yang kekal diamalkan oleh setiap generasi seterusnya tanpa banyak perubahan. Ini telah memjadi makna kepada”tradisi”. Istilah ”rumah tradisional” boleh juga dierti sebagai sebuah rumah yang dibina dan digunakan dengan cara atau tabiat sama sejak beberapa generasi seterusnya. Dalam pengkelasan rumah , rumah orang melayu adalah dari jenis rumah berpanggung dimana lantainya keadaan tergantung pada tiang dan tinggi dari permukaan tanah. Rumah ini dibina mengikut ciri-ciri dan pengaruh cuaca dengan mengambil kira kesuaian kepada kehendak penghuninya serta masyarakat yang saling berhubung.

Sejarah senibina rumah rumah Melayu boleh dikatakan telah lama bermula sejak beratus tahun dahulu disamping dengan wujudnya sejarah ketamadunan dan sistem pemerintahan yang tersendiri dengan kedudukan taraf ekonomi dan corak kemasyarakatan yang tinggi nilainya. Senibina tradisional Melayu tidak dapat dinakfikan lahir dari titik hakikat kehidupan manusia yang berkembang dan beralih mengikut penghayatan kepada alam semulajadi dengan berlandaskan prinsip-prinsip ketuhanan, kemanusiaan dan alam. Ini boleh dilihat dengan corak kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri yang tidak dapat dipisahkan daripada alam semulajadi, kepercayaan dan pegangan serta mempunyai falsafah tersendiri. Dari situ senibina tradisional Melayu sendiri telah melambangkan konsep pegangan kepada ketuhanan dan simbol kehidupan yang sungguh bermatlamat. 


Sejarah Senibina Rumah Melayu Kelantan

Falsafah senibina Melayu Kelantan 
berubah mengikut era dan pengaruh 
agama. Semua ini hanya ber"tujuan" 
dan memberi "sebab" untuk
menambah estatika pada rumah.
Setiap bahagian rumah itu sebenarnya
wujud bukanlah atas milik agama
 tertentu kerana ia telah pun 
lama diguna oleh masyarakat 
Melayu awal pada pembinaan rumah
 dalam menguasai alam semula jadi. 
Negeri Kelantan merupakan salah sebuah negeri dari 13 negeri dalam Negara Malaysia, ia antara negeri yang mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman purba selain Negeri Kedah. Dengan latar belakang sejarah yang agak panjang ini telah memjadikan senibina rumah melayu Kelantan antara negeri yang mempunyai bentuk rumah unik dan tersendiri. Namun begitu ia bukanlah bermakna ia milik satu negeri bersorangan malah keunikan rumah ini turut dikongsi bersama negeri Melayu Patani dan juga beberapa daerah sempadan di negeri Terengganu. Semua ini terjadi kerana adanya keluasan empayar kerajaan terdahulu pada masa silam. Kewujudan kerajaan Medan Gana pada abad 1 Masihi, Kalathana pada abad 4 Masihi, Raktamrittika atau Tanah Merah pada abad ke 6 Masihi, Seri Wijaya pada abad ke 7 Masihi, Cermin Jiddah pada abad ke 8 dan kota-kota Kelantan Tradisional pada abad ke 15 masihi sehingga sekarang. Oleh itu sesetengah kerajaan purba Kelantan telah wujud agak lama dan memyebabkan negeri ini mengalami fasa demi fasa fahaman dan prinsip pegangan agama yang tidak langsung mempengaruhi falsafah dalam binaan. Selain itu negeri Kelantan juga memjadi salah satu antara negara kota singgahan disemenanjung Melayu antara perdagang ke China dan India serta Arab. Kedatangan syariat Islam kedalam masyarakat orang melayu memjadi pelengkap terakhir falsafah senibina Melayu bermula era Cermin. Bersuaian dengan sifat Allah SWT yang sukakan kecantikan yang telah membawa cetusan impak tinggi kepada penukang seni Melayu Kelantan untuk bercurah idea dan berkarya semata-mata memcari keberkatan ilmu dan mempamerkan perhambaan jiwa kepada Allah SWT. Ini bukan sahaja berlaku di negeri ini sahaja malah turut belaku pada semua wilayah melayu di Nusantara lain. 



Jenis Rumah Tradisi Kelantan

Di negeri Kelantan sebenarnya terdapat banyak jenis rumah tradisional. Namun bergitu kesemuanya wujud mengikut perkembangan zaman. Semua ini boleh dilihat pada jenis bentuk bumbung rumah. Rumah berbumbung jenis bujang merupakan peringkat awal dan asli bentuk bumbung rumah tempatan manakala bentuk bumbung potong Perak atau Belanda adalah bentuk bumbung era koloni yang terakhir sehingga sekarang. Dalam memceritakan seni bina jati rumah Melayu Kelantan, rumah tradisional jenis Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12 yang benar-benar mewakili negeri ini. Kedua-dua jenis ini sebenarnya hampir sama ciri binaannya dan kedua-duanya juga dipanggil nama rumah pemeleh atau meleh yang merujuk hiasan papan pada bahagian rumah di tepi bumbung bujang di tiba layar. Rumah Tiang 12 terdapat di bandar Kota Bharu dan beberapa kampung sekitar bandar manakala rumah bujang adalah rumah kebiasaan yang tinggal di luar bandar bertaburan sehingga ke sempadan Terengganu. Rumah ini pada masa kini sudah semakin sukar untuk dicari namun masih ada dan rata-ratanya telah berusia lebih dari 100 tahun. 

Rumah Tiang 12 memdapat nama berdasarkan 12 batang tiang yang terdapat pada ruang Rumah Ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbung panjang dengan tepi sudutnya dipasang tibar layar dan penghujungnya dipasang pemeleh atau juga dikenali sebagai tumpu kasau dan sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.



Falsafah Rumah Melayu

Terdapat 2 falsafah utama yang memjadi perlambangan utama pada rumah Melayu Kelantan menurut Nakula iaitu:



Ciri-ciri Estetika Rumah Melayu Kelantan


Terdapat  lebih 12 estetika yang terkandung dalam rumah tradisi Melayu Kelantan yang sesetengahnya berkongsi bersama dengan negeri-negeri Melayu lain. Ciri-ciri itu ialah:

1) Pemeleh
7) Buah Buton
8) Tunjuk Langit
9) Gunungan
10) Kekisi
11)Tiang Gantung
12) Atap Senggora


Jenis-Jenis bumbung

Terdapat banyak jenis bumbung yang dapat dilihat di semenanjung Malaysia. Negeri Kelantan juga tidak terkecuali seperti negeri-negeri Melayu lain antaranya adalah seperti:

1) Jenis Pisang Sesikat
2) Jenis Bujang
3) Jenis Atap Meru
4) Jenis Perabung Limo (terdapat 2 pecahan type perabung Limo)
5) Jenis Potong Perak atau Limas Belanda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...