SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday 11 January 2016

Estatika Rumah tradisional Kelantan ciri 4: Ande-ande atau Andam-andam


Merupakan papan hiasan tebuk dan berukir yang terletak di cucuran atap secara mendatar. Ia bertujuan untuk menutup hujung kayu kasau. Halim Nasir (1986:139) menamakan sebagai "Cucuran Atap" jika ianya tidak berukir dan dinamakan "Papan Cantik" jika ianya berukir. Zulkifli Hanafi (2000:5) menyatakan bahawa di Kedah ianya dinamakan sebagai "Papan Pator" dan "Kening" di Pulau Pinang dan "Papan tumpu kasau" di Melaka. Istila "Papan meleh" juga digunakan namun menurut beliau ianya sedikit berbeza dari segi pembinaan dengan papan pator. 

Di Kelantan pula "Papan meleh" juga digunakan, namun begitu penggunaan satu perkataan sama iaitu "meleh" kepada banyak bahagian rumah berlainan memyebabkan belakunya kekeliruan untuk mengenal aneka ragam yang ada pada rumah Kelantan. Seperti kita tahu atau maklum sebelum ini "pemeleh" juga merujuk penutup atap di tiba layar pada bumbung rumah jenis bujang. Selain itu juga "meles" juga digunakan di bahagian atas gerbang pintu/pintu tangga rumah yang ketiga-tiga ini merujuk benda sama iaitu merujuk hiasan mahkota berbentuk gunungan. Oleh itu Nakula (1985:88) memgunakan satu lagi istilah "Ande-ande" lain yang berasal dari perkataan "Andam-Andam" yang membawa maksud hampir sama iaitu hiasan atau berhias tapi lain perkataan atau nama khas yang hanya benar-benar merujuk satu sahaja bahagian iaitu bahagian hiasan bertebuk yang disusun akhir pada kayu kasau di bawah atap yang melintang (kawasan air turun dari cerun atap bila hujan).Negeri Kelantan dan Patani mengunakan istilah khas ini pada bahagin tersebut. Semua istilah lain yang lain guna tidak salah kerana ia belaku berdasarkan kepada pada siapa penukang rumah itu belajar dan setakat mana ilmu itu yang difahami mentolnya. 


Jenis Andeh-Andeh/Andam-Andam

Terdapat 2 jenis Ande-Ande/Andam-Andam iaitu:



Butiran binaan Ande/Andam



Simbolisme Andeh-andeh/Andam-andam sebagai Cahaya Iman

Nakula juga menyatakan  tingginya"iman" sesebuah rumah Melayu itu memjadi lambang bagi iman tuan rumah sendiri. Iman itu biasanya dikategorikan kepada tiga tingkat:

  1. "Imanul-muqallidin", ertinya "iman orang-orang yang turut-turutan"' merujuk iman orang awam/biasa.
  2. "Imanul-musqtadillin", ertinya "iman orang-orang yang berpegang pada dalil-dalil"'  merujuk iman ahli-ahli fikir.
  3. "Imanul-'arifin", ertinya "iman orang-orang yang kenal Allah", iman ahli-ahli kasyf.


Maka darjah iman yang diterapkan pada lambang-lambang rumah takdi adalah dari "imanul-'arifin" itu, iman darjah tertinggi. Beliau menyatakan tiap-tiap orang beriman, akan wujud nur atau cahaya pada kalbu yang lahir ke muka atau tubuhnya, lebih-lebih lagi orang dalam darjah "Imanul-'arifin" itu. "cahaya  iman", ini diperlambangakan pada rumah dalam bentuk "andam-andam" yang terletak pada tepi bahagian bawah cucur atap.

Cahaya Iman dijelmakan pada ande-ande / Andam-andam rumah
Selain itu terdapat juga orang-orang Melayu dahulu menyatakan andam-andam itu lambang bagi "Cahaya Islam".Jika ini dimaksudkan maka satu lagi pentaksifan tapi pendekatan yang berlainan, tatapi menuju kepada hakikiat yang satu. "Cahaya keyakinan"(Nurul-yaqin) terdiri dari tiga tingkat dari bawah ke atas sebagai berikut:

  1. Cahaya Islam (Nurul-Islam)
  2. Cahaya Iman (Nurul-Iman)
  3. Cahaya Ihsan (Nurul-Ihsan)


ketiga-tiga tingkat cahaya ini berada dalam alam malakut dari dalam alam kecil (manusia). Bila diterapkan  kepada alam besar (semesta) nyata ia sesuai dengan benda-benda sebagai berikut:

  1. Cahaya Islam = Cahaya bintang.
  2. Cahaya Iman = Cahaya bulan.
  3. Cahaya Ihsan = Cahaya matahari.


Ketiga tingkat ini dapat diterapkan pada rumah. Dikatakan Andam/Ande itu cahaya islam, ertinya cahaya malap, ia tidak sesuai dengan konsep rumah dan pada tuan rumah yang digambarakan. diandaikan pula dengan cahaya iman, pendekatan ini juga tidak sesuai kerana ia kurang terang.Yang sesuai adah Cahaya ihsan", tingkat cahaya yang paling terang, setingkat  dengan "cahaya "Imanul-'arifin", yang sesuai dengan "cahaya matahari" di alam besar nyata.


Sumber utama rujukan:

Abdullah b. Mohamed (Nakula), "Falsafah dan Permikiran Orang-orang Melayu, Hubungannya dengan Islam dan Kesenian", Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1980.

Kembali ke SenibinaRumah Melayu Kelantan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...