SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 11 January 2016

Perlambangan Bunga Teratai

Bunga Teratai

Bunga ini adalah sejenis tumbuhan berbunga akuatik yang sangat unik dan cantik serta mempunyai pelbagai khasiat yang besar. Bunga ini daripada keluarga tumbuhan jenis Nymphaeaceae dan ia asal -usul bunga teratai ini dikatakan berasal daripada Timur Tengah atau India.




Bunga Teratai di Alam Melayu

Penggunaan bunga teratai sebagai simbol telah lama wujud di alam Melayu sejak zaman purba Melayu lagi seperti era Jawan dan Brahma. Dikatakan asal-usul kedua intipati zaman ini dipercayai asal tempias ketamadunan Parsi purba di Timur Tengah. Tamadun Parsi purba yang sedia diketahui bunga teratai antara unsur kesenian yang banyak digunakan dalam ketamadunan tersebut. Perggunaan bunga teratai ini adalah lambang suci atau wali pada tokoh-tokoh abadi serta diguna pada raja-raja Melayu. Namun begitu perlambangan bunga teratai juga ada pada Islam. Kedatangan Islam ke alam Melayu meneruskan lagi penggunaan lambang ini dengan pergertian baru dengan pengesuaian dan mengikut ajaran Islam serta memperluaskan tafsirannya. Di zaman Islam di tanah Melayu, penggunaan lambang bunga teratai  ini memjadi lambang ajaran Islam.



Simbolik bunga Teratai di dalam Islam

Bunga teratai dihuraikan bersama konsep 7 (tujuh) tingkat. Setiap keratan bunga teratai mempunyai maksudnya seperti : 

1)      Tingkat Zat Allah
2)      Tingkat Nur Muhammad
3)      Tingkat Hakikat
4)      Tingkat Alam Ghaib lagi Ghaib
5)      Tingkat Alam Ghaib
6)      Tingkat Alam nyata
7)      Tingkat manusia sempurna

Bunga teratai juga melambangkan Nur Muhammad s.a.w dikelilingi oleh Nur-nur (cahaya) makhluk yang lain (para sahabat baginda). Ia digambarkan dengan Bunga bintang geometri berbucu 8 (lapan).

Perlambangan tokoh wali dan abadi ini memjadikan perlambangan bunga teratai era purba Melayu selari dengan konsep Islam lalu ia diserap masuk dan diguna pakai serta mengukuhkan lagi perlambangan ini di alam Melayu.


Rumah sebagai bunga teratai dan Lam Alif terlangkup



Falsafah bunga teratai pada rumah dilihat dari pandangan rusuk atau lambung. Bahagian kelopak yang dilihat pada depan sama dengan rumah ibu dan bahagian pangkalnya sama dengan rumah dapur. Perlambangan ini jika di bandingkan dengan sistem rumah pada bahagian perut rumah dengan pandangan dalam ke luar, sistem itu terdiri dari tiga tingkat yang bersifat horizontal iaitu :

1)      Bilik
2)      Anjung
3)      Jemuran

Bilik diletak pada tingkat tinggi diikuti bahagian anjung kedua atau tengah dan terakhir atau bawah ialah jemuran. Konsep ini juga boleh dikatakan sebagai konsep berhierarki.  


Manakala Lam-Alif terlangkup pula, jika diikuti penjelasan Nakula lebih kepada perlambangan di bahagian pemeleh rumah. Namun bergitu jika digunakan pada rumah,ia masih membawa perlambangan sama seperti teratai terlangkup diatas.



Note: Penggunaan rujukan term zaman "Jawan" dan "Brahma" hanya digunakan oleh Nakula untuk merujuk bahagian-bahagian rumah yang telah pun lama wujud sebelum era Islam. Kedua-dua term ini sebagai gantian nama fahaman zaman purba Melayu atau era pre-Islam dan bagi memudahkan penerangan yang berkaitan dengannya.

Sumber utama rujukan:

Abdullah b. Mohamed (Nakula),"Falsafah dan Permikiran Orang-orang Melayu, Hubungannya dengan Islam dan Kesenian", Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1980.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...