SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 11 January 2016

Estatika Rumah tradisional Kelantan ciri 2: Tiba Layar

Senibina Tiba Layar 

Tiba layar dalam senibina rumah Melayu telah lama wujud dalam masyarakat Melayu sejak azali lagi. Ia wujud bersama pengunaan bumbung jenis bujang. Oleh itu tiba layar juga mengalami pelbagai rupa bentuk, motif dan simbolisnya terutama pada bahagian gable. Pelbagai ukiran motif telah dibuat pada bahagian ini bermulalah ukiran tumbuh-tumbuhan dan haiwan, binatang mitos, keagamaan seperti imej Buddha, Dewa-Dewi hindu, Allah dan Muhammad serta jata negara dan simbol keluarga. Dari penggunaan itu menunjukan bahagian tempat tiba layar bergitu penting dalam masyarakat Melayu dari segi rohani dan spiritual ketuhanan. Kedatangan Islam ke dunia Melayu telah mengangkat lagi martabat penggunaan tiba layar ini terutama jenis kias matahari sebagai tugas penting dalam penunjuk kiblat bagi arah untuk bersolat. Seni rekabentuk pada tiba layar pada mata orang-orang tua terdahulu atau silam amat membawa makna memdalam dan ia sebagai penunjuk/peristiharan akidah dan jiwa roh pemilik rumah itu pada masyarakat sekitar. Pentingnya bahagian ini juga dapat dilihat di tamadun dunia utama manusia seperti tamadun Greek dimana bahagian ini juga teramat penting dan mesti dipenuhi arca ketuhanan dan makna penting. Jadi sebarang pengunaan seni pada tiba rumah membawa makna yang amat penting pada orang Melayu silam. Ia umpama doa kepada penghuni dan harapan akidah untuk keturunan mereka yang bakal berkembang dan berlindung didalam rumah itu. Oleh itu orang Melayu silam tidak sesekali membina tiba layar dengan sebarangan seni malah jauh sekali untuk ditinggal kosong tanpa pengisian.  

Tiba atau Tuban Layar jika dilihat pada rupa senibinanya berupakan kepingan papan berbentuk tiga segi yang dipasang bagi menutupi kedua-dua hujung bumbung panjang dan bumbung limas. Kayu-kayu yang lurus atau melengkung disusun dengan berpusat di tengah-tengah sementri tiba layar yang berbentuk bulat atau ukiran dan terdapat serikit bukaan diantara kayu bagi memberi laluan udara ke dalam rumah. Biasanya ada tiga jenis gaya kemasan tiba layar utama rumah tradisi Melayu Kelantan iaitu:


A)    Kiasan Matahari

Melambangkan keceriaan kehidupan penghuninya. Tiba layar ini dipasang mengadap kiblat iaitu mengikut matahari jatuh dan terbit.

B)    Ukiran Tebuk dan C) Bumbung Pisang Sesikat

Kedua-dua tiba layar jenis ini dipasang mengadap arah lain yang tidak mengadap kiblat.



Simbol Tiba Layar

Menurut Nakula(Warisan Kelantan IV,62-64), tiba layar pada rumah Melayu melambangkan Nur Muhammad dan segala alam yang terjadi daripadanya, manakala alam hakikat terkandung dalam Nur Muhammad dan zat Allah adalah meliputi keseluruhnya. Tiba layar merupakan lambang yang lebih khusus “Allah dan Muhammad” “Kalimah Syahadat”. Walaupun tiba layar tidak ditulis dengan huruf ,kalimah atau ayat ia tetap membawa pengertian sama dalam bentuk perlambangan. Objektif perlambangan ini mengambarkan bayang-bayang ilmu Allah dan ilmu Allah ini adalah tersimpul dalam dwi-tunggal itu.

Perlambangan tiba layar yang membawa makna "Allah dan Muhammad"
Selain itu tiba layar juga membawa perlambangan "Tuban Layar".Perkataan "Tuban" bererti "air putih yang keluar lebih dahulu dari kelahiran anak", manakala "Layar" sama dengan"Tabir" atau "Kelir" wayang kulit dimana tempat lahirnya bayang-bayang patung (tempat yang memaparkan cerita atau kisah dalamnya). Jadinya, perkataan "tuban" maksudnya "pendahuluan ilmu" atau  "bayang-bayang ilmu" sebelum  daripada "lahirnya ilmu" di alam nyata."Layar" itu ialah dada batin tempat lahirnya bayang-bayang ilmu itu.  

Sumber utama rujukan:

Abdullah b. Mohamed (Nakula), "Falsafah dan Permikiran Orang-orang Melayu, Hubungannya dengan Islam dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1980.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...