SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Saturday, 30 January 2016

Perlambangan Anggota Manusia

Rumah sebagai alam kecil

Sebuah rumah yang melambangkan alam kecil itu diceritakan sebagaimana ia dihuraikan anggota-anggota manusia. Bila sebuah rumah ini serupa dengan manusia, bermakna ia mempunyai anggota sebagai berikut:
  1. Kepala
  2. Tengkuk
  3. Dua lengan-tangan
  4. Dada
  5. Perut-pinggang-punggung
  6. Dua peha-betis-kaki
  7. Anggota rohani iaitu kalbu 

Dibawah ini dihuraikan bahagian-bahagian rumah itu menurut bahagian-bahagian anggota manusia. Bila rumah ini dipandang dari aspek depan ia dapat dihuraikan sedemikian:
  1. Kepala: Buah butun atau runcing pemeleh yang berdiri dikemuncak rabung.
  2. Tengkuk:Bahagian antara buah butun dan rabung.
  3. Dua lengan-tangan: Kedua-dua sisi pemeleh
  4. Dada:Bahagian antara dua sis pemeleh itu yang digelarkan “tiba layar”.
  5. Perut:Bahagian tempat duduk antara alang dan perlantaian.
  6. Pinggang:Bahagian tempat duduk ini juga, tetapi dari aspek rusuk(lambung).
  7. Punggung:Pelantaian tempat duduk.
  8. Dua peha-betis:Dua tiang alang sampai ke tanah.
  9. Dua kaki: Dua ibu tangga dan anak-anak tangga.
  10. Kalbu: Bilik di dalam rumah




Rumah dan Tuan Rumah

Mengikut Nakula jelas bahawa rumah itu melambangkan manusia. Manusia manakah yang dimaksudkan itu?. Tidak lain lagi dari ”tuan rumah” itu sendiri. Ia adalah suatu ”ekspresi” yang lahir dari dalam lubuk batin tuan rumah itu, sebagai contoh dirinya.Atau dengan kata lain ia satu "manifestasi" atau "penunjulan" tuan rumah dalam bentuk kayu-kayuan. Dapat juga dikatakan sebuah rumah adalah salinan dari tuan rumah. Dapat juga disebut bahawa rumah sebagai pembalut,manakala tuan rumah memjadi inti di dalamnya, atau rumah sebagai acuan dan rumah memjadi kandungan dalam acuan ini. Tidak salah kalau diperbandingkan tuan rumah sebagai roh dan rumah sebagai jasadnya.

Bergitulah eratnya hubungan antara rumah dan tuan rumah dalam permikiran orang-orang Melayu purba. Oleh itu dari segi struktur, rumah itu mestilah menurut struktur tuan rumah. Kalau dikatakan bahawa terdapat beberapa ukiran yang melambangkan ilmu Allah pada beberapa bahagian rumah, maka ilmu Allah ini tidak lain dari suatu ekspresi yang telah berwujud di dalam batin tuan rumah itu.Dalam masyarakat Melayu purba, Falsafah hidup yang berorientasikan Zat Allah adalah memjadi suatu falsafah umum yang popular. Falsafah inilah yang melahirkan suatu identiti tersendiri dalam senibina Melayu.

Sumber utama rujukan:


Abdullah b. Mohamed (Nakula), "Falsafah dan Permikiran Orang-orang Melayu, Hubungannya dengan Islam dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1980.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...