Seperti yang anda dapat baca pada tajuk posting ini, ianya adalah nama kepada pemula keturunan Raja-Raja Kelantan semenjak 1100 Masihi. Kajian daripada USM telah menyatakan bahawa usia Melayu Kelantan melebihi 60,000 tahun namun sumber sejarah Kelantan menyebut bahawa keturunan Raja-Raja Kelantan bermula daripada Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibushana Warma Dewa. Sebenarnya kajian mengenai Maharaja ini lebih terkait dengan kerajaan-kerajaan tua yang pernah wujud di Indonesia. Namun begitu ia juga tidak lepas daripada salasilah Raja-Raja Kelantan.
Asal Usul
Hingga kini ramai pengkaji masih membuat kajian tentang asal usul beliau. Catatan mengenai Maharaja ini terpahat di Prasasti Ligor yang juga dikenali sebagai Prasasti* Grahi seperti berikut:
...bahawa pada tahun saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik Jyestha, hari rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten sri nano membuat arca Budha. Beratnya 1 bhra 2 tula dan nilai emasnya 10 tamlin.
Tiada keputusan yang khusus mengenai asal beliau. Ada yang berpendapat sebagai keturunan Sailendra dan ada mengatakan ianya berketurunan Khmer. Seperti yang diulas oleh pengkaji sejarah alternatif, Cik Srikandi yang menyatakan gelaran akhir "Maulibushana Warma Dewa" seakan sama dengan gelaran raja Dharmasraya yang terpahat pada prasasti Padang Roco seperti yang ditemui di Sumatera. Nama raja yang terpahat di prasasti itu adalah Srimat Tribhunawaraja Mauli Warmadewa.
Waris
Siapa permaisuri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibushana Warmadewa tidaklah diketahui namun, dari salasilah keturunan Raja-Raja Kelantan, Maharaja ini mempunyai tiga orang putera iaitu:
Jelasnya, Raja ini adalah adalah berbangsa Melayu dan mempunyai pertalian dengan Empayar Sriwijaya yang mempunyai pengaruh sejauh Kemboja - Semenanjung - Sumatera. Begitulah sedikit kupasan mengenai pemula salasilah Raja-Raja Kelantan.
*Prasasti = Batu Bersurat
Waris
Siapa permaisuri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibushana Warmadewa tidaklah diketahui namun, dari salasilah keturunan Raja-Raja Kelantan, Maharaja ini mempunyai tiga orang putera iaitu:
- Raja Surendra. Beliau juga digelar sebagai Raja Suran dan menjadi Maharaja Jawaka menggantikan bapanya dan memerintah Jawaka dari 1233 hingga 1253.
- Sang Sapurba, Raja Palembang
- Ken Arok, Raja Singhasari juga leluhur keturunan Singhasari dan Majapahit di Pulau Jawa.
Jelasnya, Raja ini adalah adalah berbangsa Melayu dan mempunyai pertalian dengan Empayar Sriwijaya yang mempunyai pengaruh sejauh Kemboja - Semenanjung - Sumatera. Begitulah sedikit kupasan mengenai pemula salasilah Raja-Raja Kelantan.
*Prasasti = Batu Bersurat
Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di atas untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.
Rujukan:
Rujukan:
- [Buku] Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting, terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
- http://halamansrikandi.blogspot.nl/2011/10/grahi-inscriptionkemboja.html
- http://umilara.blogspot.nl/2011/02/prasasti-grahi.html
- http://www.kidnesia.com/Kidnesia/Archive/Sejarah-Indonesia/Zaman-Pra-Kolonial/Tahun-600-799/Sekitar-Tahun-600-Kerajaan-Malayu-Jambi-Dharmasraya
- http://id.wikipedia.org/wiki/Srimat_Tribhuwanaraja_Mauli_Warmadewa
No comments:
Post a Comment