SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Wednesday, 31 December 2014

Wak Pivot dan Anak Muda [Bah Kuning 2014]

Pagi yang hiba. Situasi berlaku disalah sebuah stesen minyak area gombak sewaktu wak sedang mengisi minyak kereta. Wak ternampak seorang pemuda menaiki moto EX5 nombor pendaftaran DBB ***1 nak isi petrol RON 95.

Pada tempat duduk di ikatnya sekampit beras 10kg. Dalam bakul motor kelihatan beberapa tin sardin, gula dan biskut. Selepas di isi tank EX5 dengan penuh beliau menuang lebihan petrol kedalam botol air mineral besar. Lantas wak berfikiran anak muda ini mesti nak jalan jauh. Lalu wak menyapa beliau:

Wak: dik nak kemana bawak beras dan makanan tu?
Anak muda: nak balik kuala krai kelantan. Nak bagi beras dan makanan kat 'mek' dikampung.
Wak: naik motor ni?
Anak muda: ye boh. Kawasan Rumah kito tenggelam banjir. Saya belajar kat UNI**. Mek ada dirumah sorang2. Rumah terputus hubungan. Mek umor 60 lebih duk sore dumoh. Mek sms malam tadi kato dio selamat tapi mek lapar. Beras dan makanan habis doh.sayo nok balik hntar makanan. Kesian ko mek. Cek lamo doh takdok (meninggal).
Wak: (tiba-tiba mata masuk habuk) huhuhuhu. Ni jalan balik kg boleh lalu ke?
Anak muda: boh. Kalu sayo kena berenang ke kg saya akan berenang untuk mek.
Wak: kali ni mata wak xmasuk habukbtapi kena cucuk ngan jarum besi.

Semoga Allah memudahkan urusan mu wahai anak muda. Respect wak kepada beliau.

Cerita di atas tidak berkaitan dengan gambar ini, namun anak muda ini memang dalam perjalanan pulang ke Kelantan ketika negeri ini mula-mula dilanda banjir pada Disember 2014.


**Posting ini membuatkan admin terus call keluarga dari Belanda ke Pasir Mas untuk bertanya khabar, biasa skype je.. tapi masa tu tak boleh skype sebabnya tiada elektrik dan gangguan internet.

Senyuman di sebalik Kedukaan [Bah Kuning 2014]

Admin sebenarnya mengikuti perkembangan Musibah Banjir (Bah Kuning) 2014 ini dari Luar Negara. Kecanggihan Teknologi Maklumat membolehkan admin mengikuti apa yang berlaku setiap detik. Benar, hanya 45% maklumat yang admin ikuti dari saluran media sosial ini tepat, selebihnya perlu dapatkan maklumat lain untuk pengukuhan

Pada awalnya, Rantau Panjang di Pasir Mas telah ditenggelami air berikutan limpahan air di Sungai Golok yang juga membuatkan pekan Golok di seberang sempadan Malaysia turut tenggelam. Sebaik sahaja air sekitar Rantau Panjang surut, kejadian limpahan air pula berlaku di pedalaman Kelantan terutama di kawasan Gua Musang dan Kuala Krai. 

Pada peringkat awal, saat getir penduduk di pedalaman dikongsikan melalui laman sosial Facebook dan ia cukup membuatkan admin panik, di page FB, Admin AKA mula bertindak menyalurkan maklumat keadaan banjir di pedalaman Kelantan terutama paras banjir sekitar Kuala Krai. Banyak maklumat memohon bantuan disalurkan, dan kongsikan sedaya mampu. Dalam masa yang sama juga, beberapa kawasan rendah sekitar Pasir Pekan, Tumpat dan Kota Bharu juga dilaporkan dinaiki air, admin PPSK yang tinggal di kawasan tersebut juga berkeadaan standby dengan beberapa NGO yang lain.

Sedih dan pilu apabila ramai sanak saudara yang gagal menghubungi keluarga masing-masing di kawasan yang terjejas dengan banjir, ramai yang menghantar private message (PM) ke inbox menyatakan terdapat mangsa terperangkap dan terputus bekalan makanan. Kebanyakan mesej yang dihantar ramai yang terperangkap atas bukit dengan kegusaran mereka terhadap mangsa yang sedang sarat mengandung dan kanak-kanak berikutan ramai yang ramai menyelamatkan diri dalam keadaan sehelai sepinggang berikutan air naik dengan mendadak.

Tidak lama selepas itu, banyak klip-klip video mangsa banjir tersebar melalui page FB yang mempunyai ratusan ribu fans. Paling menghibakan rakaman video yang menyaksikan rumah dihanyutkan arus deras dan dua orang mangsa banjir yang sedang bertarung nyawa menyelamatkan diri dari lemas. Kemuncaknya, puluhan NGO dan Agensi Kerajaan mula bertindak dengan pantas untuk menyalurkan sumbangan mereka.

Kami yang berada di luar negara juga tidak lekang mengikuti keadaan musibah ini. Media antarabangsa juga turut membuat liputan berkenaan dengan banjir yang dialami Kelantan dengan berita semasa tersiar di CNN, BBC, Reuters malah ia juga tersiar dalam berita di Belanda dan Germany. Begitu meluas maklumat bencana ini tersebar, namun  ianya terhenti setelah kejadian menimpa penerbangan Air Asia, QZ8501 dan Kebakaran Feri di Greece telah mengalihkan tumpuan dunia tentang banjir besar di Malaysia.

Walaupun kami berada puluhan ribu kilometer dari Malaysia dan Kelantan, kami tetap mengenang dan merasai apa yang semua mangsa rasai, tiada istilah seronok bagi kami di negeri orang ini. Perasaan bimbang kepada ahli keluarga tetap ada, dan Alhamdulillah, ahli keluarga admin di Pasir Mas berada dalam keadaan selamat walaupun sedikit terjejas. Kepada sahabat-sahabat kami di Kuala Krai dan Gua Musang, kami harap anda semua tetap tabah dengan ketentuan Illahi ini. Pasti ada Kemanisan di sebalik Kedukaan yang dialami... INSHA ALLAH!


Rangkuman PPSK 2014 - Pembuka Tirai 2015

Assalamualaikum w.b.t.

31 Disember 2014...
Pantas masa berlalu, kini kita sudah berada di penghujung tahun 2014, tahun yang sungguh mencabar bagi seluruh rakyat Malaysia dan kita di Kelantan juga turut terkesan. Jika dirangkumkan keseluruhan tahun 2014 ini memang menginsafkan diri sebagai warga Malaysia berikutan transformasi ekonomi dari rencana gerakkan politik hinggalah kepada bencana alam yang dialami banyak negeri serta tragedi MH370 dan MH17.

Kami juga tidak ketinggalan mengikuti segala isu dan mengulas hal-hal yang berkaitan selaku sebuah NGO yang memperjuangkan kecemerlangan warga Kelantan dengan menghayati sejarah negeri. Sepanjang tahun 2014 berikut adalah aktiviti yang kami jalankan:
  • Ekspedisi Mambong (ALK, AWM dan AAK)
  • Lawatan ke Kemboja dan Indonesia (AAK)
  • Kerjasama dengan Galeri Kuala Krai (Bendahari)
  • Kerjasama dengan Perpustakaan UMK (APM dan Bendahari)
  • Kajian Kesultanan Kelantan [Siri 1-45 : APM]
  • Liputan MH370 (APM)
  • Imbasan Perang Dunia Kedua (ALK)
  • Liputan Bah Kuning 2014 (AKA dan APM)
  • Penyediaan Artikel di Blog (APM)
  • Posting di Fan Page (Semua Admin)
Selain itu terdapat juga usaha-usaha yang dijalankan secara tertutup oleh admin di bahagian field work yang melibatkan maklumat yang tidak boleh didedahkan pada masa sekarang bersama agensi-agensi kerajaan dan NGO yang lain.

Fan Page
Asas kepada Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan (PPSK) yang sebelum ini ditubuhkan dengan nama Kelab Pencinta Sejarah Kelantan (KPSK) adalah kepada FB Fan Page yang telah mula ditubuhkan pada penghujung tahun 2011. Bermula tahun ini, rombakan pentadbiran telah dilakukan sejajar dengan pendaftaran KPSK sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan nama Kelab telah diganti dengan Persatuan. 

Bagaimanapun, di Fan Page kami masih mengekalkan nama Kelab sebagai tanda ingatan kami terhadap asas persatuan ini. Tahun ini juga menyaksikan catatan jumlah likers meningkat dengan mendadak di mana pada awal tahun 2014 fan kami hanyalah berjumlah lebih kurang 35,000 orang sahaja, bagaimanapun ia meningkat menjadi 80,000 fan berikutan saluran maklumat mengenai insiden MH370. Ia terus meningkat ketika kami membuat sebaran berita mengenai Perang Palestin-Israel semasa awal Ramadhan 2014 dan ia terus berkesinambungan dengan berlakunya Tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Kini jumlah fans PPSK masih meningkat sejajar saluran maklumat berkenaan Bah Kuning 2014, hingga artikel ini ditulis fans kami berjumlah 142,000 orang.

Kami di PPSK bukan mengejar like tapi kami disini terus teguh dengan pendirian untuk memberi maklumat terutama informasi berkenaan Sejarah Kelantan kepada segenap lapisan generasi Kelantan baik yang muda ataupun yang tua. Peningkatan like pada kami adalah satu tanda aras tentang penerimaan masyarakat dengan kewujudan kami dan ia bukanlah satu perkara untuk dibangga-banggakan, sebaliknya ia menjadi pendorong kepada kami untuk terus menyalurkan ilmu dan maklumat demi pencerahan berkenaan dengan negeri Kelantan yang dicintai ini.

Laman Blog
Sebelum kewujudan http://www.pp-sk.blogspot.com kami telah menggunakan platform wordpress bagaimanapun berikutan masalah penyelenggaraan dan teknikal, kami beralih kepada platform blogspot yang lebih mudah untuk dikendalikan. Kami telah menyalin artikel penting dan dimuatkan di sini semenjak November 2013 lagi.

Blog ini adalah satu kaedah untuk mengelakkan posting sekerat-sekerat di Fan Page, dimana kami telah synchronise blog ini dengan FB PPSK. Tiada sasaran khusus diletakkan pada blog ini, dan ianya kami wujudkan semata-mata sebagai punca rujukan dan panduan untuk kepada penggiat sejarah yang lain dan sekurang-kurangnya blog ini dapat menyalurkan maklumat berkenaan Sejarah Negeri kepada seluruh rakyat Kelantan dan Malaysia serta mereka yang berminat secara percuma.

Sesungguhnya usaha menghasilkan sesuatu artikel bukan perkara yang mudah, bagaimanapun ia tetap diteruskan kerana matlamat kami yang berjihad dengan cara ini. Kami tidak punya harta, tapi kami ada semangat dan cintakan Ilmu, jadi kami kongsikan ilmu dan maklumat yang kami ada dengan semua orang, semoga Allah s.w.t. menerima amal kami ini. Sehingga kini kami telah menerbitkan sejumlah 188 artikel dan ia akan berterusan, Insha Allah!

Bagaimanapun, hasil penerbitan kami di blog ini tidak dapat dimuktamadkan, kerana kami bukanlah pakar sebaliknya artikel-artikel kami dihasilkan dengan objektif untuk dikembangkan lagi pengkajian sejarah Kelantan, dari sini sejarah Kelantan itu akan terus hidup dan sentiasa disemarakkan dengan harapan suatu hari nanti akan lahir pengkaji sejarah Kelantan yang dapat menerbitkan makalah ilmiah yang jitu berkenaan Sejarah Negeri Che Siti Wan Kembang ini.

Harapan
Dokongan dari semua pembaca dan fan merupakan tulang belakang kami, tanpa sokongan anda pasti semangat kami akan pudar. Komen-komen di setiap posting merupakan pembakar semangat kami malah ada komen dari anda semua mencambah idea pengkajian kami tentang sejarah Kelantan. Saat ini kita dapat saksikan, sudah ramai komuniti berasaskan sejarah mula muncul, malah ada yang bergerak lebih baik dari PPSK. Itu kami anggap rahmat dan kami tiada niat untuk berlumba-lumba kerana niat kami jelas iaitu berkongsi sedikit pengetahuan yang ada dengan semua orang tanpa prejudis.

Kami juga tidak pernah membeli fans walaupun facebook menyediakan kemudahan itu. Fan dan pembaca PPSK adalah sahabat kami dan ia adalah asli, kami berhubungan seperti kawan lama walaupun hanya mengenali di alam maya, jika dijodohkan para admin juga akan "bertemu mata" dengan fans yang terpilih.

Semua admin PPSK merupakan orang yang merendah diri dan tidak gemar dikenali ramai, kami hanya sampaikan maklumat dan sedikit pun bukan mencari nama atau populariti, jika itu kami cari PPSK bukan tempat kami. Semoga anda semua terus menyokong kami, silent reader merupakan aset kami dan anda kami tetap hargai dengan menyajikan anda hasil penulisan yang diberikan nafasa baru.

Kami akhiri rangkuman ini dengan menyusun sepuluh jari andai ada terkhilaf dalam menghasilkan penulisan sejarah Negeri Kelantan, kami alu-alukan kritikan membina dan teguran bermaklumat untuk kami pertingkatn mutu penulisan.

Sekian dan Salam 2015.






Monday, 29 December 2014

Bah Kuning 2014

Kelantan Darul Naim sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia sebuah negeri yang sering dilabel sebagai antara negeri yang miskin di Malaysia, tetapi negeri ini sebenarnya sedang pesat membangun. Pantai Timur semenanjung merangkumi tiga buah negeri di Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Bermula penghujung Oktober hingga awal Februari negeri-negeri di Pantai Timur pasti akan dilanda banjir yang besar. Tiap-tiap tahun ketiga-tiga negeri ini bergilir-gilir banjir, 2013 Pahang dan Terengganu di landa musibah ini, tahun ini Kelantan. Mangsa yang secara langsung mengalami bencana ini pastinya meluahkan keadaan kesukaran dan berkongsi saat getir ketika air meningkat dengan mendadak. Kecanggihan teknologi telekomunikasi juga amat membantu mangsa-mangsa yang terjejas dengan banjir menghubungi pelbagai pihak dan berkongsi saat getir mereka di media sosial terutama di Facebook. 

Kami juga menerima pelbagai mesej terutama mesej meminta bantuan diselamatkan, aduan di tempat penempatan mangsa banjir dan keadaan jalan yang boleh dicapai ke tempat yang dilanda bencana. Kami sedaya upaya berkongsi maklumat di wall FB dengan harapan ia dicapai oleh pihak yang bertanggung jawab dan seterusnya dapat membantu mangsa yang terjejas.

Kronologi
Rantau Panjang terlebih dahulu ditenggelami air, dan banyak rumah sekitar Sungai Golok tenggelam dan ramai yang dipindahkan. Pekan ini ini sebuah pekan yang terletak di Sempadan antara Malaysia dan Thailand dan Pekan Golok juga turut sama lumpuh seperti mana pekan Rantau Panjang di Malaysia.

Arial View Banjir di Sungai Golok
Selang beberapa hari selepas itu, banyak maklumat mengenai air yang meningkat dengan mendadak di kawasan pedalaman Kelantan seperti di Manek Urai, Kuala Krai dan beberapa kawasan di Gua Musang. Keadaan bertambah buruk dengan menyaksikan ramai rakyat Kelantan di kawasan pedalaman di pindahkan terutama di kawasan Kuala Krai. Saat cemas dan suasana panik mula dikongsi dilaman Facebook. Keadaan ini menjadi lebih tragik apabila ramai mangsa mula memuat naik video keadaan mereka saat dilanda air deras dan kemusnahan yang dialami.

Disinilah kecanggihan teknologi telekomunikasi memainkan peranan yang penting. Banyak klip video mangsa banjir menjadi viral diseluruh negara. Saudara-saudara kita dari seluruh negara mula menggerakkan bantuan. Banyak NGO juga menubuhkan pusat pengumpulan barang bantuan dan juga ramai yang mengutip derma untuk disumbangkan kepada mangsa. Selain itu, agensi kerajaan juga turut menggerakkan aset mereka ke lokasi yang dilanda banjir. Alhamdulillah, seluruh negara juga turut berkongsi saat duka mangsa banjir di Kelantan, sambutan Ambang Tahun Baru di Putrajaya juga turut dibatalkan. Urusan Rasmi Perdana Menteri bersama Encik Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat juga mendapat perhatian seluruh rakyat hingga beliau bergegas pulang ke Malaysia dan terus ke Kelantan untuk meninjau keadaan seterusnya menggerakkan usaha membantu dan menyelamat mangsa. Pendek kata, banjir kali ini mendapat liputan meluas hingga ia turut dilaporkan dalam media antarabangsa termasuk di Belanda. 

Tidak lama maklumat bencana banjir melanda pedalaman Kelantan, kawasan rendah sekitar Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu pula dinaiki air hingga banyak rumah dan bangunan kerajaan terjejas. Secara keseluruhan, lebih 100,000 rakyat Kelantan terjejas dengan banjir kali ini dan ianya adalah yang terbesar selepas banjir 1967. Saat artikel ini ditulis pelbagai bantuan sedang dihulurkan oleh segenap agensi kerajaan dan juga NGO dan Individu.

Diingati
Banjir yang melanda Kelantan saat ini patut kita ingati sebagai BAH KUNING 2014 kerana ia menyaksikan satu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti:
  1. Keadaan mangsa banjir yang tersebar dengan meluas seluruh dunia melalui kecanggihan teknologi maklumat.
  2. Seluruh rakyat Malaysia menghulurkan bantuan tanpa mengira idealogi politik dan kaum.
  3. Terdapat individu dan pihak korporat yang menyewa sendiri Helikopter dan Kapal Terbang Ringan untuk menyalurkan bantuan makanan.
  4. Wujudnya The True Keyboard Warrior seperti di PPSK, KelantanFA, Siakap Keli, PenMerah, SukanStarTV dan banyak lagi komuniti berasaskan Facebook bertindak sebagai pusat penyebaran maklumat banjir kali ini.
  5. Kemusnahan Besar yang dialami juga menjadi ingatan berikutan kawasan yang dilanda bencana merupakan kawasan yang sedang pesat membangun dengan taman perumahan dan bandar baru dan ia satu jumla angka yang sangat besar serta memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun untuk kembali pulih.
Selepas banjir
Keadaan semasa banjir begitu tragik dan mencemaskan, bagaimanapun keadaan selepas banjir merupakan satu keadaan yang lebih memilukan. Pastinya jiwan mangsa ini lebih meruntun menyaksikan rumah dan kawasan persekitaran mereka yang dilanda banjir, satu tempoh masa yang panjang diperlukan untuk mereka pulih seperti sedia kala. 

Rumah dipenuhi selut dan lumpur, kemudahan awam lainnya musnah dan jalan raya telah lenyap pasti membuatkan mereka hiba dan kecewa. Saat ini, pihak yang berwajib perlu tampil menghulurkan bantuan sepertimana bantuan disalurkan ketika banjir melanda.


Klip video Sinar Harian TV sudah cukup menggambarkan keadaan mangsa banjir. Mereka tidak meminta ianya berlaku namun menjadi tanggungjawab kita untuk menghulurkan bantuan setakat yang mampu.

Kami kongsikan paparan keadaan mangsa banjir sekitar Manik Urai, dan terserah pada anda untuk bertindak, pastinya para mangsa mengharapkan bantuan dan sekecil-kecil bantuan yang tuan-tuan serta puan-puan hulurkan, hanya Allah s.w.t. yang akan membalasnya....






<

Saturday, 27 December 2014

Imbasan Perang Dunia Kedua 8/12/1941


Info Grafik dan Ulasan dibuat oleh Admin ALK sempena Pendaratan Tentera Jepun di Kota Bharu dalam Perang Dunia Kedua, 73 tahun yang lalu.



Pantai Kuala Pak Amat....walaupun tanahmu telah ditenggelami gelora, namun sejarahmu, tidak pernah walau sekali kami lupakan..
Post di FB Fan Page PPSK pada 8/12/2014



Tanggal 8 Disember 1941...tarikh keramat bagi warga Kg Kuala Pak Amat..kerano di sinilah pertamo kali mereka tengok peluru Jepun menjamu darah askar British berbangsa Sikh di pillbox British..Hanya keselamatan keluarga sahaja yang menjadi keutamaan walaupun nyawa sendiri menjadi taruhan menepis peluru liar askar Jepun..
Post di FB Fan Page PPSK pada 8/12/2014 



Dalam cuaca yang cukup melenakan tidur British, Armada Jepun pula menyelusuri gelora laut menuju ke Kota Bharu...hanya awan hitam dan samudera yang menyedari kehadiran mereka.. Ketumbukan ini bergerak dengan semangat yang sangat luar biasa..janji mereka kepada Maharaja Jepun pasti ditunaikan....
Post di FB Fan Page PPSK pada 9/12/2014  

Banzai ...... 
Post di FB Fan Page PPSK pada 10/12/2014 



.. " kami akan buktikan bahawa bukan kamu sahaja yang mampu mentadbir negara bangsa, kami juga mampu-Asia untuk orang Asia dan anda “Westerner never learn”... itu lah semangat tentera Jepun semasa menyusur Laut China Selatan...Gapo pengajaran hok kito buleh ambik ?? ..adakah kita cukup hebat dgn teknologi org lain..
Post di FB Fan Page PPSK pada 11/12/2014 





Mejar Kasui jadi kepalo dale gelombang ke-2 serangan tentera Jepun dan dibantu oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi dan Kol.Yoshio Nasu.Tapi amat malang bagi gelombang ke-3 oleh Kolonel Matsuka kerana…
Post di FB Fan Page PPSK pada 11/12/2014


Sudah jam 4 pagi..Gelombang ke-3 Jepun baru sapa di pantai..hari mula nok beransur ceroh tapi askar jepun xleh mara sebab askar Sikh bertubi-tubi dok bedil dari pillbox..tamboh-tamboh krawat dduri atas pasir.Askar Jepun terpaksa gali lube dgn tangan dan topi..kalu dop gak..arwah abe keno peluru..Gali punyo gali hingga dekat dgn pillbox..tibo-tibo....KEBABOMMM....MEREKA TELAH MEMIJAK PERIUK API hok ditanam oleh British..arwoh jugok..ingat ko selamat doh gali pasir tadi.....Semangat samurai mengatasi segalanya.. mayat dijadikan landasan untuk mereka mara ke arah pillbox British.....askar Sikh kele-kabut...."BANZAIIII".......terdengar pekikan askar Jepun...tanpa belas kasihan, satu persatu kepala askar Sikh dilibas...akhirnya..semua pillbox telah ditawan....
Post di FB Fan Page PPSK pada 11/12/2014 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...