SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadhan 1436H | 2015

Alhamdulillah,

Syukur kehadrat illahi, sekali lagi kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Imam di kebanyakkan masjid seluruh dunia telah menyampaikan khutbah jumaat dengan peringatan kepada semua kariah berkenaan bulan ini semenjak awal jun lagi. 

Ingin sekali kami mahu menyoroti Ramadhan yang lalu, di mana kita telah dikejutkan dengan beberapa insiden yang menimpa negara serta umat Islam. Insiden MH17 dan Tentangan al-Qassam kepada Israel  yang banyak mengisi perbincangan kita di Malaysia. Sesungguhnya insiden-insiden ini memberi kesan mendalam kepada semua, paling mengejutkan adalah insiden MH17 yang ditembak jatuh ketika diruang udara Ukraine, yang menjadi tamparan kedua kepada seluruh rakyat Malaysia yang sebelum itu kehilangan misteri MH370 pada Mac 2014.

Dalam masa kita tidak putus-putus mendoakan keselamatan penumpang dan krew penerbangan MH370, kita terasa bagaikan dipukul apabila sebuah lagi penerbangan MAS, MH17 telah ditembak jatuh di Ukraine yang berlaku 10 hari  terakhir Ramadhan 1435H. Bagaikan malang bertimpa-timpa, pada Disember 2014, pesawat Air Asia (berpengkalan di Malaysia) yang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura telah terhempas, setelah itu pada awal tahun ini kita dikejutkan lagi dengan kejadian Helikopter terhempas yang membawa kenamaan dan bekas Menteri Sains dan Teknologi, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis di Semenyih. Kini ramai yang trauma dengan pengangkutan udara kebangsaan Malaysia.

Seawal Ramadhan 1435H pula, Palestin telah diserang bertubi-tubi oleh tentera Israel. Seperti tidak pernah belajar dari sejarah, Israel melakukan serangan dalam bulan puasa dengan sangkaan ramai rakyat Palestin tidak bertenaga, sedangkan inilah yang ditunggu-tunggu para mujahiddin kerana pahala berganda akan diperoleh dalam bulan yang penuh kemuliaan ini seterusnya meningkatkan motivasi pejuang-pejuang Palestin yang dikenali sebagai Briged al-Qassam. Mereka telah melakukan serangan balas ke atas Israel hingga menggerunkan penduduk-penduduk Israel menjadi gementar malah serangan balas Palestin tidak dijangka oleh tentera Israel, roket-roket al-Qassam mencapai sejauh Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion, lebih mengejutkan al-Qassam juga mempunyai teknologi Dron yang pada tahun lepas hanya menjalankan tugas pengintipan di kawasan strategik sekitar Israel, keupayaan Dron al-Qassam mungkin lebih hebat daripada itu.

Kecekalan al-Qassam menentang serangan Israel telah memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat Islam terutama di Malaysia, di mana kita diaktifkan Briged al-Qassam Malaysia yang melakukan kutipan amal berupa sumbangan wang, pakaian, perubatan dan makanan. Selain itu badan bukan kerajaan (NGO) telah menggerakkan usaha bantuan untuk dihantar ke Palestin, alhamdulillah berkat doa dan sokongan Dunia, akhirnya perang itu tamat dengan menyaksikan tentera Israel berundur dalam keadaan lemah fizikal dan mental.

Syukur ke Hadrat Ilahi
Di saat negara menghadapi tragedi yang melibatkan pesawat penumpang MH370 dan MH17,  rakyat Malaysia terus cekal dan redha walaupun sedih dengan apa yang berlaku. Ketabahan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia mendapat pujian daripada masyarakat dunia, satu penghormatan atas berkat kesabaran kita.

Allah Maha Besar, dan Allah Maha Penyayang.

November hingga Disember 2014 menyaksikan Negeri Kelantan darul Naim dilanda Bah Kuning yang menyaksikan Kuala Krai paling teruk terjejas dilanda bencana banjir. Sekali lagi Masyarakat Malaysia terutama anak rantau Kelantan menguatkan semangat dan bersatu hati, sebaik mendapat berita kawasan yang terjejas dengan banjir, ramai mula menggerakkan bantuan. Tanpa berlengah dan mengharapkan bantuan kerajaan, badan-badan NGO dan persendirian telah berbondong-bondong menghantar bantuan, malah yang mengkagumkan ada yang berkongsi duit untuk menyewa helikopter bagi menghantar bantuan.

Namun ujian Allah itu tidak pernah berakhir, hingga kini  masih ada lagi mangsa-mangsa banjir yang tinggal dalam khemah sementara yang dibina kerajaan mahupun NGO, semoga saudara-saudara tabah dengan ujian Allah, yakinlah nikmat Allah itu luas, jangan cepat menyalahkan orang sebaliknya berlapang dada dan teruskan berusaha, Yakinlah Allah itu sentiasa bersama kita. Kepada pihak berwajib pula, jangan terlalu bermain-main dengan keputusan anda kerana setiap masa yang ditangguhkan kepada yang memerlukan akan dicatat, kelak anda juga akan yang menjawab jangan biarkan beban anda terus menjadi beban.

Baik apa yang berlaku pada peringkat global mahupun yang berlaku sekitar kita, sedarlah semua ini adalah Ujian Allah s.w.t. kepada kita. Sebagai orang Islam kita harus redha dan menempuh ujian ini dengan penuh keimanan dan tawaduk, dan teruskan berusaha. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang, jadikan bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lagi untuk kita terus menghayati setiap nikmat yang Allah berikan kepada kita, setiap amal kita pasti ada ganjarannya jangan pernah berhenti untuk terus mengharapkan bantuan Allah s.w.t. siapkan mental dan fizikal kita untuk bulan penuh keberkatan ini.




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...