Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahukah anda bahawa Kelantan suatu masa dahulu mempunyai 4 buah lapangan terbang?
3 daripadanya dibina oleh British yang ketika
itu memerintah Kelantan dan 1 dibina oleh pihak syarikat yang menguruskan ladang
di Mengkebang, Kuala Krai.
Mesti ramai antara kita kurang dan hampir tidak tahu akan
fakta ini. Memang betul, Kelantan mempunyai 4 lapangan terbang iaitu:
I) Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
II) Lapangan Terbang Udara Gong Kedak
III) Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas,
IV) Lapangan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala
Krai
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa , Kota Bharu Kelantan
Peta Kelantan pada 1941 : Sumber KPSK |
Lapangan ini telah wujud semenjak sekian lama. Semasa Perang Dunia ke-2 angkatan Tentera
Jepun telah memulakan serangan mereka dengan sasaran utama menawan pengkalan
terbang ini.
Tujuan utama pembinaanya adalah lebih kepada penerbangan
Domestik untuk kegunaan orang kenamaan pada waktu itu. Ini bertepatan kerana
ianya dibina berhampiran bandar pemerintahan Kelantan iaitu Kota Bharu.
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa sebelum Perang Dunia ke-2 : Sumber KPSK |
Kini ianya dipanggil Lapangan Terbang Sultan Ismail dan
menjadi lapangan terbang yang utama di Kelantan.
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra : Sumber Kosmo |
Lapangan Terbang Gong Kedak, Pasir Puteh - Besut
Atas faktor Keselamatan, rakaman gambar Pengkalan Udara Gong Kedak tidak boleh dimuat naik |
Landasan Kapal Terbang Gong Kedak telah wujud sebelum Perang
Dunia Ke Dua lagi. Pada awal tahun 60an, landasan ini masih lagi digunakan oleh
pihak Tentera Udara British untuk sesi latihan dan seterusnya pada tahun 70an
sehingga 1989, landasan kapal terbang ini digunakan oleh ATM sebagai kawasan
latihan khususnya latihan payung terjun. (artikel lanjut
di Laman Web Rasmi TUDM)
Asasnya, lapangan terbang ini dibina oleh British untuk
tujuan domestik serta perdagangan kerana Pasir Puteh sebelum Perang Dunia
adalah sebuah bandar pelabuhan sama seperti di Tumpat dan ianya adalah nadi
ekonomi Kelantan pada waktu itu.
British membinanya bagi memudahkan mereka untuk megawal
aktiviti perkapalan dan pelabuhan ini disamping itu, ia juga amat strategik
untuk pertahanan udara Kelantan dan ini ia juga satu pengkalan yang signifikan
untuk pertahanan udara semenanjung Malaysia.
Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang
Luas, Machang
Lapangan Terbang Lalang Luas, Machang : Sumber KPSK |
Ia dibina khusus untuk kententeraan iaitu sebagai pertahana
udara ruang udara Kelantan waktu itu. Lokasi lapangan terbang ini juga strategik
kerana ianya berada ditengah-tengah Kelantan. Pada masa tersebut British telah
menempatkan sejumlah pesawat terbang
jenis Hudson dan jenis Vickers – Vildebeeste dari pasukan No.1 Squadron Royal
Australian Air Force di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Gong Kedak dan Lalang
Luas.
Contoh pesawat yang pernah ditempatkan di Pengkalan Chepa, Gong Kedak dan Lalang Luas untuk tujuan pertahanan udara Kelantan semasa Perang Dunia ke-2 |
Lapangan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala Krai
Pembinaan lapangan terbang ini tidak ketahui umum, dari
lokasi pembinaannya boleh kami simpulkan ianya dibina untuk tujuan pemantauan
aktiviti ekonomi di kawasan Hulu Kelantan suatu masa dahulu kerana kawasan ini
pada tahun 1900 – 1970 an terkenal sebagai kawasan perlombongan emas,
pembalakan dan perlandangan getah serta kelapa sawit.
Mengkebang itu sendiri adalah satu kawasan estet yang luas
di mana ia meliput hampir keseluruhan Kuala Krai hingga ke Gua Musang. Sukar
untuk memantau dari jalan darat dan pemilik estet ini mungkin telah membina
landasan ini untuk memantau kawasan yang luas ini dari udara.
Peta kawasan Mengkebang, sekarang ini dikenali sebagai Kuala Krai. SEMUA KOMEN DAN PERTANYAAN SILA BUAT DI FAN PAGE KAMI |
Rujukan :
No comments:
Post a Comment