SEJARAH DAN FAKTA
Tok Jogho bersama Watak Wayang Kulit |
Mengikut pendapat para penyelidik mengatakan bahawa
perkataan wayang itu adalah berasal dari sebutan orang-orang Jawa yg bermaksud “bayang2 atau bayangan”,
orang kelantan menyebut woye atau ghoye, tetapi dlm lughoh sebutan orang
jawa,sebutan B itu disebut seperti
bunyi W. Maka dari sebutan bayang
itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dgn sebutan org melayu di selatan thai
yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai
tidak ada sebutan J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti
Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok.
Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan pe’el
perangai rupo ca’to orang terdahulu secara angan-angan, kerana itu bentuk
wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu
jenih baik gak rupo supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo
besa nga mato kapok, lidoh panje. semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja
mugo tak besa tengok.
Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater yang
sangat tua merangkumi seluruh asia tenggara termasuk Turki, Cina dan India.
kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah pelbagai cerita atau
teori yang mengisahkan tentang asal usulnya.
1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari
India. Terdapat sumber yang mengatakan wayang kulit ini di bawa masuk ketempat
kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh hindu pada masa itu. Pengaruh
tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa
cerita2 dari india seperti Ramayana dan Mahabharata
Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan
bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg
terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di
Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India
juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East
Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway.
2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari
China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti
yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda.
Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer.
3. Salah tiga drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal
dari jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah jawa kuno yg terdapat dlm
wayang purwa telah pun ada sebelum masuknya pengaruh hindu ke Asia tenggara.
Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu.
Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan tempat yang
sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit kelantan pula
sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika di lihat pada
penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah pun menerima pengaruh
dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di tengah2 dunia melayu jadi tak
mustahil kita telah menerima budaya serantau melalui hubungan perdagangan,
kebudayaan dan sebagai lagi.
Bangsal Wayang Kulit |
No comments:
Post a Comment