SEJARAH YANG KITA KETAHUI
Haji Mat Hassan bin Panglima Munas @ Tok Janggut, telah
menawan Pasir Puteh dan telah memaksa Encik Latif meminta bantuan askar
tambahan dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekut. Maka pada 6 Mei 1915, satu
pasukan yang dianggotai oleh 200 askar (lebih kurang) berserta senjata berat
telah dihantar ke Pasir Puteh.
Maka berlakulah peperangan yang hebat di Kampung Merbuk dan
Kampung Pupoh pada 25 Mei 1915.
Tercatat dalam Sejarah Malaysia bahawa Tok Janggut telah
gugur dalam pertempuran ini. Mayat beliau telah dibawa ke Kota Bharu dan di arak
seluruh bandar dan jenazah beliau telah di gantung secara terbalik di padang bank, setelah seminggu ia
dikuburkan di Pasir Pekan. (sila rujuk disini untuk paparan bergambar jenazahTok Janggut)
Begitulah fakta yang tercatat dalam Sejarah Malaysia dan
ianya telah diterima pakai dalam silibus pengajian sejarah peringkat sekolah
rendah dan menengah.
TERSURAT : Makam Tok Janggut, di Pasir Pekan. |
PENDEDAHAN OLEH WAN
ASRUL AL AYDRUS
Namun begitu, telah tampil waris Tok Janggut yang menyangkal
fakta sejarah yang telah tercatat sekian lama. Beliau mengatakan bahawa bahawa
Tok Janggut telah diselamatkan di bawa ke lari ke Gua Musang.
Kisah lanjut sudah didedahkan dalam Siri Bongkar : TokJanggut 1
Seterusnya beliau telah bersembunyi dan menukar identiti.
Pada masa beliau bersembunyi, Tok Janggut amat rapat dengan Tok Selehor, iaitu
seorang Tokoh Agama yang terkenal pada tahun 1920an. (kita akan buat posting mengenai Tok Selehor ini), bagaimanapan beliau Meninggal Dunia pada 1935.
Tok Janggut telah dipertemukan dengan Mat Kilau, Dato
Bahaman, Mat Kelantan dan De Ibrahim oleh Tokku Paloh, Sayyid Abdul Rahman Al
Aydrus. Setelah itu, bermulalah episod mereka belajar hukum hakam agama dengan
Tok Janggut selepas ketiadaan Tokku Paloh ini kerana Tok Janggut adalah
individu paling tua antara semua walaupun beliau lewat sedikit bangkit
berjuang, disebabkan masanya banyak dihabiskan di Mekah.
Hampir kesemua pahlawan yang bersembunyi waktu itu merujuk
hal-hal hukum hakam agama dengan Tok Janggut. Mat Kilau pernah bertanya kepada
Tok Janggut “Abe Mat, tokse tubek ko?
Oghe Putih tak dok doh ni...” Mat Kilau, fasih berbicara dalam dialek
Kelantan kerana dia juga keturunan Orang Kelantan juga (sebelah bonda beliau).
Jawab Tok Janggut kepada pertanyaan Mat Kilau, “Puok-puok demo tu pilih nak turut oghe putih,
biar oghe putih tak dop pun....biarlah aku lagu ni jah”.
Ini berikutan, usia Tok Janggut ketika itu sudah agak uzur
dan dipercayai ketika itu umur Tok Janggut dalam lingkungan 117 tahun.
Pada tahun 1969, Mat Kilau mengishtiharkan diri di Kampung Pulau
Tawar, Pahang, Mat Kelantan terus menetap di Kuala Krai, Dato Bahaman terus
menyamar menggunakan nama Tok Peramu dan Tok Janggut berpindah alam dan disemadikan di Tanah perkuburan Kampung Panji, seperti
orang kebanyakan. Maka, hanya yang pernah sampai di kubur tu saja, akan tahu
hok mano so kubur Pejuang Islam Sejati Kelantan Haji Mat Hassan Bin Munas Bin
Samad @ Tok Janggut.
Paling
utama Tok Janggut berjuang di Tanah Melayu ini adalah membawa pesanan dan
didikan Sheikh Ahmad Al Fathoni, iaitu Islamkan Tanah Melayu, bagi Tok Janggut
apabila sudah merdeka dan selepas merdeka mahkamah yang perlu cuba adili Tok
Janggut, mahkamah dan sistem mahkamah yang pernah memghukum sahabat-sahabat Tok
Janggut hok lain sepert Dato Maharajalela, sipuntum, dato sagor dan lain-lain,
masih ada...
Baginya cukuplah berdiam diri, dengan pula keadaannya
makin uzur waktu ketika itu.
No comments:
Post a Comment