SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Wednesday 12 September 2012

Seni Budaya Kelantan : MENORA



PENDAHULUAN

Pelaku Menora dalam pakaian rasminya
Menora berasal daripada Narathiwat yang suatu ketika dahulu merupakan sebahagian dari Kelantan. Apabila kerajaan Siam menguasai kawasan tersebut, Narathiwat telah terpisah dari Kelantan. Akan tetapi, menorah masih lagi wujud dan ianya tidak terpisah dek kerana berlainan jajahan. Menora adalah hak milik kita, warisan budaya kita yang harus dipertahankan kewujudannya dan dipelihara dari hilang ditelan zaman.

 Ada juga sumber mengatakan Menora berasal daripada Thailand. Tapi permainan ini begitu popular di wilayah-wilayah Selatan Thailand. Mengikut keterangan Su Choon,seorang guru menora, asal menora adalah daripada kerajaan Legor yang merangkumi kawasan Selatan Siam dan Utara Tanah Melayu. Legor telah wujud semenjak tahun TM400 dan hilang apabila orang-orang Utara menguasainya dalam tahun 1250, tetapi menora masih bernafas hingga kini.



CIRI – CIRI MENORA
Menora boleh mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu sendiri. Menora boleh membawa maksud mendatari (dance-drama), pembaca puisi, atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu. Menora adalah sejenis drama tari. Sama seperti Makyung, Mekmulung, Jikey dan lain-lain. Dramatari adalah bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama, nyanyian, dantarian. Selain itu, menora juga banyak dipengaruhi oleh elemen Buddha. Ini adalahkerana menora merupakan salah satu persembahan di kuil-kuil Buddha.


Persembahan Menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Bukan untuk keagaamaan sahaja. Kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual, perubatan dan hanya untukpersembahan. Di dalam persembahan menora ini, ada pelbagai kisah yang kesemuanya merangkumi 12 buah kisah. Setiap drama tari seperti ini tidak dapatdielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya dinamakan PERAN.

ARTIKEL DISEDIAKAN OLEH ADMIN PASIR PUTEH@KPSK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...