Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana kami
berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang satu kisah yang sedia
maklum, iaitu kisah Tok Janggut.
Tok Janggut atau nama asalnya adalah Haji Mat Hassan bin
Munas telah bangkit memperjuangkan nasib rakyat Pasir Puteh pada tahun 1915 dan
terkorban dalam peperangan yang berlaku pada tahun tersebut.
Setelah itu, pelbagai versi tentang Tok Janggut yang dikatakan kebal dan sukar
untuk ditewaskan, namun ketika itu beliau dianggap sebagai petualang dan
penderhaka serta pemberontak oleh kerajaan yang dibayangi oleh British.
Setelah terkorban, jenazah Tok Janggut telah dibawa ke Kota
Bharu dan diarak seluruh bandar setelah itu, jenazah beliau telah digantung
secara terbalik di Pasir Pekan dan akhirnya dikuburkan di Pasir Pekan.
Begitulah secara ringkasnya kisah Tok Janggut yang tercatat
dalam Sejarah Malaysia.
Sudah banyak artikel jurnal dan juga posting di pelbagai blog. Mungkin pengamat sejarah juga akan mengatakan apa yang kami dedahkan ini satu lagi sandiwara. Bagaimanapun, teruskan pembacaan anda terlebih dahulu
PENAFIAN : Kami bukanlah mahu memperlekehkan usaha penulis buku asal yang memperihalkan kisah Tok Janggut sebelum ini, tetapi apa yang kami ingin sampaikan ini adalah pendedahan yang dilakukan oleh Waris Tok Janggut sendiri. Sila ikuti artikel ini selanjutnya. Terima Kasih.
Gambar diatas bukan Jenazah Tok Janggut.
Itulah yang dikatakan oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus dan gambar ini adalah mayat askar Benggali yang terkorban dalam Perang Pasir Puteh 1915.
Berikut
disiarkan kenyataan beliau dalam fanpage KPSK.
Sedikit lagi info tambahan mengenai Tok Janggut
@ Haji Mat Hassan Bin Munas.
Adalah bahawa Tok Janggut sewaktu Perang di Kampung Saring Pasir Putih, Tok
Janggut cedera di bahagian bahu terkena tembakan, dan parut tersebut lekat
sehingga Tok Janggut berpindah alam di Kampung Panji, Kota Bharu Kelantan.
Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said, Ishak (Sohok), melarikan diri ke Selatan Siam di kawasan Reman, yang berdekatan dengan Fattani, dan salah seorang guru agama serta
kerohanian Rashid Maidin adalah Haji Said.
Tok Janggut dilarikan oleh Mat Kelubi ke Gua Musang.
Tok Janggut berpindah ke Kampung Panji, Kota Bharu Kelantan, menukarkan nama
kepada Haji Ahmad, dan mengajar agama pada penduduk tempatan.
Kita boleh perhatikan kenapa yang dinamakan makam Tok Janggut di Pasir Putih
atau di Pasir Pekan tidak terurus, ini kerana kaum tua yang menguruskan
pengurusan makam tersebut tahu cerita sebenar.
Antaranya adalah sewaktu pengurusan jasad pada
gambar yang saya sertakan, Tok Kenali dipanggil bersama.
Satu kalimat keluar dari mulut Tok Kenali, 'INI BUKAE
ABE HASSAN (Tok Janggut), tiba-tiba, jasad tersebut hangus dan terbakar.
Suasana menjadi kelam kabut, akhirnya, urusan
diteruskan, cumanya jasad tadi digantikan dengan batang pisang agar mengaburi
orang ramai.
Banyak lagi sejarah mengenai Tok Janggut dan pahlawan
lain yang telah digelapkan.
Bertuahnya orang Pahang kerana Mat Kilau hadir
mengenalkan diri., jika tidak kita terus diomok-omokan bahawa mereka yang
berani dan Alim ini mati di tangan British, diracun Siam dan sebagainya.
Tidak bermaksud orang Kelantan tidak bertuah apabila
Tok Janggut memilih untuk berdiam diri. Bertuahnya orang kelantan kerana waris
Tok Janggut terus menyimpan rahsia-rahsia ini.
Terutama rahsia kenapa Datuk Paduka Nik Mahmud mengarang
Kitab Pati Rahsia dan menarik diri istana beberapa ketika selepas kehilangan
Tok Janggut. - Sumber dari Wan Asrul Al-Aydrus
BERIKUT ADALAH SCREEN
SHOT PENDEDAHAN WARIS TOK JANGGUT DI FAN PAGE KPSK
Pendedahan Waris Tok Janggut |
Penjelasan perkaitan beliau dengan Tok Janggut |
sambungan. Maaf jika kurang jelas. Semua ini ada di fan page kami. |
PADA OKTOBER 2012, KAMI AKAN ADAKAN SATU PERSIDANGAN MENGENAI PENGISAHAN KEMBALI TOK JANGGUT. MAKLUMAT LANJUT ADA DINYATAKAN DALAM FAN PAGE KAMI.
SEBARANG KOMENTAR SILA LAKUKAN DI FAN PAGE KAMI. TERIMA KASIH.