Kecil, ringan dan mudah dibawa. Ianya adalah satu senjata maut yang digunakan dalam seni mempertahankan diri selain daripada kerambit yang mempunyai ciri sama. Ia adalah satu senjata yang unik dan lebih efektif dalam pertempuran tangan berbanding pisau.
Ciri-ciri yang optimum telah menjadikannya sebagai senjata kegemaran golongan samseng dan gedebe dekad 60an kerana ianya senang untuk diselit atau dililitkan pada kain semutar atau kain lilit pinggang. Kapak ini asli buatan orang Kelantan dan ramai orang luar memangilnya sebagai Kapak Siam.
Kapak kecil ini dihasilkan dalam saiz sejengkal sahaja dan ianya dicipta khusus untuk disorok dalam genggaman tangan dengan kegunaan utamanya sebagai senjata dilontar. Ia menjadi kegemaran ramai suatu masa dahulu di Kelantan kerana ianya senang diguna sama ada sebagai senjata atau peralatan untuk kerja-kerja ringan.
Penciptaannya yang unik dengan mata yang kecil dan tangkai yang pendek membolehkan ia disembunyikan dalam genggaman tangan sebelum dilontar kepada sasaran tanpa disedari ramai. Kepala kapak yang berat itu mampu memecahkan tempurung kepala mangsa dan membunuhnya. Ia juga dikenali sebagai Kapak Bungkus atau Kapak Terbang bergantung kepada cara penggunaan kapak itu digunakan semasa menyerang.
Sejarah
Pengamal seni mempertahankan diri Kelantan menyatakan, kapal ini pada asalnya ia digunakan oleh golongan wanita Patani untuk membelah buah pinang. Tetapi ia telah digunakan oleh golongan lelaki sebagai senjata dalam pergaduhan.
Penggunaan Kapak Bungkus misalnya, ia digunakan untuk mengajar orang biadap atau sengaja mengacau anak dara orang atau mencuri. Mata kapak akan dibungkus dengan hanya mendedahkan beberapa inci untuk mengelakkan kecederaan parah. Itulah ukuran tahap kebiadapan seseorang itu. Jika lebih panjang mata, maka besarlah kesalahan orang tersebut. Mangsa yang terselemat akan menanggung parut kesan "takek" pada bahagian kepala terutama di dahi, dari parut itulah orang ramai akan sedar bahawa orang itu telah melakukan kesalahan.
Terkenal
Kapak ini terkenal keseluruh negara sebagai satu senjata yang membawa maut apabila ianya digunakan dalam satu kes pembunuhan kejam Wakil Rakyat Kelantan, iaitu Allahyarham Samad Gul Ahmad Mianji berhampiran Pasar Lama, Perbandaran Kota Bharu.
Muhammad Nasir, pembuat kapak |
Selain membunuh, serangan kapak tersebut boleh memberi kesan yang teruk kepada mangsa kerana kebanyakkan serangan diarahkan kepada kepala, ia boleh menjejaskan otak mangsa dan kemungkinan mangsa akan menjadi "gila" atau cacat. Selain itu, hulu kapak ini diperbuat daripada pokok nibung, dan getah dari pokok ini juga amat berbisa.
Perhiasan
Kini senjata ini hanya digunakan sebagai cenderamata dan disimpan sebagai perhiasan untuk mengenang peralatan tersebut pernah menjadi satu alat yang diguna pakai oleh masyarakat Kelantan. Hari demi hari, negeri kita juga tidak sunyi daripada masalah jenaya berat, awal tahun ini kita kerap mendengar atau membaca berita tentang kejadian tembak-menembak diserata negeri. Orang gedebe memang sentiasa ada, tetapi pengakhiran mereka cukup tragis, kalau tidak dibalas, mereka mungkin berakhir ditangan polis.
KEKALKAN KEAMANAN NEGERI KITA!
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapak_Siam
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
No comments:
Post a Comment