PENDAHULUAN
Usaha untuk mencapai kemerdekaan pada 1957 sebenarnya bukan diusahakan oleh satu pihak sahaja. Ia dicapai hasil dari usaha pelbagai lapisan masyarakat. Sebelum Darurat 1948, semua rakyat di Tanah Melayu bebas menubuhkan persatuan dan pertubuhan untuk memperjuangkan kelompok mereka.

Kongres Melayu Pertama yang dikenal sebagai Pan Malayan 1946 menghimpunkan pelbagai pertubuhan Melayu dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, API, AWAS, PKMM, PMK, PMS, PMP, dan beberapa lagi telah bersidang.
Persidangan yang pertama itu telah berjaya menghasilkan United Malayan National Organisation (UMNO) dan perwakilan dari seluruh negeri Melayu telah melantik Dato' Onn sebagai Presidennya yang pertama pada 11 Mei 1946. Pihak yang tidak bersetuju dalam Kongres Melayu pertama itu juga telah menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) pada 19 November 1946 dan ia diketuai oleh Tan Cheng Lock.
Ringkasnya UMNO pada waktu itu ditentang oleh AMCJA yang mempunyai beberapa parti komponen seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Malayan Democratic Union (MDU).
Di pihak UMNO pada waktu itu, ianya dianggotai oleh mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak Istana sama ada sebagai pembesar atau pegawai kerajaan, mereka juga merupakan golongan bangsawan yang tepelajar. AMCJA pula dianggotai oleh orang kebanyakkan yang berbilang bangsa termasuklah Melayu, Cina, India dan Serani mereka juga golongan tepelajar. Sebagai contoh, pada waktu itu PKMM dianggotai ramai anak muda Melayu yang tinggi semangat mereka serta berpelajaran.
SEMANGAT
Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) adalah pertubuhan Melayu di Kelantan yang paling lantang menentang pembentukan Malayan Union mereka berarak dan mengadakan demonstrasi sekitar Kota Bharu. PPMK adalah pertubuhan yang dianggotai serta diketuai oleh golongan rakyat yang bersemangat tinggi untuk membebaskan diri dari naungan kuasa lain, mereka bersama-sama Persatuan Melayu Kelantan (PMK) dan membentuk UMNO. Allahyarham Tan Sri Nik Ahmad Kamil wakil PMK adalah salah seorang penggubal Perlembagaan Tanah Melayu bersama-sama 5 lagi pemimpin Melayu yang dilantik oleh Kongres Melayu.
Perlembagaan yang dirangka oleh UMNO telah ditentang oleh AMCJA-PUTERA dan mereka juga merangka perlembagaan mereka sendiri. UMNO pada waktu mencetak dan mengedarkan rangka perlembagaan tersebut, AMCJA juga berbuat begitu.
Ahli-ahli UMNO pada waktu itu sering melaungan slogan Hidup Melayu! PKMM bawah pimpinan Ahmad Boestaman yang juga satu parti gabungan AMCJA-PUTERA melaungan slogan Merdeka! jadi, disini telah mewujudkan jurang antara penduduk Tanah Melayu waktu itu.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibentangkan oleh UMNO lebih mendapat perhatian British berbanding Perlembagaan Rakyat yang dirangka oleh AMCJA. British membuka ruang kepada kedua-dua pihak, namun mereka bertindak berat sebelah.
Natijahnya, AMCJA telah melancarkan mogok secara besar-besaran yang dikenali sebagai Hartal. Ia berlaku pada 20 Oktober 1947. Hartal ini telah disokong oleh semua bandar-bandar besar di Tanah Melayu pada waktu itu dan ini telah melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Paling signifikan dari Hartal ini, ianya telah member tamparan hebat buat British kerana rakyat Tanah Melayu telah bersatu padu mendesak mereka untuk menerima rangka Perlembagaan Rakyat.
Hartal ini berterusan, pada 20 Januari 1948, British telah bersetuju untuk menerima Perlembagaan Persekutuan yang mereka persetujui bersama-sama Raja-Raja Melayu dan UMNO. Seterusnya pada 1 Februari 1948, terbentuklah Persekutuan Tanah Melayu dan Malayan Union dimansuhkan.
Parti Komunis Malaya (PKM) tidak berpuas hati dengan perisytiharan Persekutuan Tanah Melayu dan mereka telah masuk kehutan untuk melancarkan pemberontakan. Jun 1948, mereka mula mengganas, Kerajaan Persekutuan telah mengisyitharkan perintah Darurat. Sepajang tempoh ini, PKM, PKMM, API, AWAS, dan Hizbul Muslimin telah diharamkan dan dibubarkan, pemimpin mereka telah ditahan di bawah Ordinan Darurat 1948 jumlah mereka mencakupi ribuan orang.
Perlaksanaan Darurat telah mematahkan terus gerakan Haluan Kiri dalam menuntut Kemerdekaan. Inilah harga yang dibayar para pejuang Haluan Kiri ini.
PKM pula terus mengganas, dan mereka telah meletakkan Persekutuan Tanah Melayu dalam ketakutan serta membantutkan ekonomi. Perbelanjaan British juga meningkat dan perniagaan mereka juga mengalami kerugian kerana banyak aset mereka telah disabotaj oleh Komunis.
KEMERDEKAAN
Pemimpin Haluan Kiri dari bangsa Melayu seperti Ahmad Boestaman dan Musa Ahmad yang dibebaskan dari tahanan Darurat cuba memulihkan kembali pertubuhan mereka, namun kesan keganasan komunis rakyat Tanah Melayu pada waktu itu lebih yakinkan UMNO dalam meraih kemerdekaan. Akhirnya mereka hanya berjuang dalam diam.
1957, Tanah Melayu telah dianugerahkan KEMERDEKAAN setelah melalui beberapa Piliharaya dalam memilih pemimpin secara demokrasi. UMNO ketika juga mengalami perubahan dan ada elemen-elemen Perlembagaan Rakyat yang dirangka AMCJA-PUTERA diserap. Selain itu, UMNO juga melaungkan slogan Hidup Melayu! Merdeka!
Inilah pentingnya Haluan Kiri serta Gerakkan Kanan dalam meraih KEMERDEKAAN, kerana kiri dan kanan sememangnya tidak boleh dipisahkan dari Badan. Kalau tiada kaki kiri, tempanglah badan. Kalau Kudung tangan kanan, cacatlah badan.
Cuma dalam hal KEMERDEKAAN, Kiri dan Kanan harus tahu berapa nilai yang akan mereka bayar demi perjuangan.
sebagai penutup, kami kongsikan video dokumentari ini untuk pembelajaran dan penghayatan perjuangan kiri dalam menuntut kemerdekaan. Negara kita, negara demokrasi... Rakyat ada hak untuk bersuara dan berfikir. Cuma kalau sudah BERTINDAK.... bersedialah MEMBAYAR!
Sekian.
10 Tahun Sebelum Merdeka 1957 by ppsejarahkelantan
RUJUKAN:
Internet
http://en.wikipedia.org/wiki/United_Malays_National_Organisation
http://en.wikipedia.org/wiki/All-Malaya_Council_of_Joint_Action
http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Kebangsaan_Melayu_Malaya
http://ibnuzack.blogspot.nl/2007/10/hartal-1947-sejarah-yang-didiamkan.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu
http://hebatpower.com/blog/tag/sejarah-akta-keselamatan-dalam-negeri/
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22937/001_027.PDF
Buku dan Jurnal:
Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan
Konfrontasi Malaysia-Indonesia
Parti Komunis Malaya: Penubuhan, Peranan dan Implikasi

Disediakan oleh :
Admin Pasir Mas (APM)
Wageningen, The Netherlands
25/8/2014 - 1:30am
RENUNG DENGAN MATA HATI
10 Tahun Sebelum Merdeka 1957 by ppsejarahkelantan
RUJUKAN:
Internet
http://en.wikipedia.org/wiki/United_Malays_National_Organisation
http://en.wikipedia.org/wiki/All-Malaya_Council_of_Joint_Action
http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Kebangsaan_Melayu_Malaya
http://ibnuzack.blogspot.nl/2007/10/hartal-1947-sejarah-yang-didiamkan.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu
http://hebatpower.com/blog/tag/sejarah-akta-keselamatan-dalam-negeri/
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22937/001_027.PDF
Buku dan Jurnal:
Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan
Konfrontasi Malaysia-Indonesia
Parti Komunis Malaya: Penubuhan, Peranan dan Implikasi
No comments:
Post a Comment