SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Thursday 12 February 2015

PERARAKAN BURUNG GAGAK SURA KURUN KE-18

Burung Gagak Sura sedang diusung oleh hulubalang Patani

Kurun ke-19 menyaksikan Kelantan gah dengan Perarakan Burung Petala Indera, perarakan ini juga berlangsung di Patani yang memang berjiran dengan Kelantan. Mereka mengarakkan Burung Gagak Sura ketika upacara kebesaran yang melibatkan golongan bangsawan. Cuma dalam gambar ini kita tidak dapat lihat ia bersamaan dengan binaan di Kelantan yang lengkap dengan tempat bersemayam dan boleh pula ditumpang para pembesar. 

Perarakan Burung Gagak Sura  ini hanya terdapat ukiran patung dan ia dikandar oleh puluhan hulubalang berbanding dengan Burung Petala Indera, ia memerlukan ribuan orang untuk mengusungnya ke seluruh Kota Bharu. Selain itu, corak ukiran Burung Gagak Sura lebih elok berbanding Burung Petala Indera, kelihatan burung versi Patani ini lebih artistik dan hampir menemui kesempurnaan dalam seni ukir kayu.

Replika Burung Gagak Sura dan huraian ukiran dan tujuan perarakkan burung tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...