SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday 3 February 2015

MITOS ASAL USUL KELANTAN




























Claudius Ptolemy dalam bukunya Geography of Eastern Asia, yang ditulis pada abad ke-2 masehi menyebut "Kole Polis", "Primula" dan "Tharra" terletak di Tanah Melayu.

Ahli sejarah berbangsa Itali, G. E. Gerini pula menyatakan bahawa "Kole Polis" terletak di Kelantan. Beliau menganggap nama Kelantan adalah gabungan kata dari "Kolo" dengan kata "Thana" atau "Tanah", hingga menjadi "Kalathana" atau "Kolamtanah" atau "Kolantan".

Semenjak abad ke-6 masehi, catatan-catatan sejarah China menyebut Kelantan dengan berbagai nama. Shen Yao (414 - 512 M) menulis, Ho-lan-tan adalah sebuah ibu kota di Tanah Melayu. Catatan Chau Juo-Kua, semasa Dinasti Sung (960 - 1297 M) menyatakan bahawa Chi-lau-tan berada di bawah penguasaan kerajaan Srivijaya pada 1222 masehi. Daripada penulisan ahli-ahli sejarah luar ini menunjukkan bahawa Kelantan telah wujud sebelum munculnya kerajaan Srivijaya.

Manakala mitos masyarakat tempatan pula mendakwa nama asal Kelantan ialah Medang Kemulan yang bermaksud Medan Permulaan. Ianya dikatakan muncul sebelum abad pertama masehi lagi. Sebelum abad ke-5 masehi, Medang Kemulan dikenali pula dengan Medang Gana. Manakala selepas abad ke-5 masehi, barulah Medang Gana disebut sebagai KALANTAN yang bermaksud Tanah Kala.

Cerita orang tua-tua kepada anak cucu mereka sebelum tidur, bahawa asal Kelantan adalah dari perkataan "Kilatan". Kononnya seorang putera raja telah melihat kejadian cahaya kilat yang terlalu terang ketika sedang mandi di sebatang sungai.

Versi lain pula mendakwa, asal Kelantan adalah "Negeri Dikerat Lintang" yang bermaksud negeri dua pemerintahan di zaman Tuan Long Ghaffar dan Tuan Long Yunus (Sultan Long Yunus). Mitos lain pula menyebut peristiwa "Kilatan" atau 'cahaya berbentuk tudung saji' di Bukit Panau yang dilihat oleh Sayyid Hussein Jamadil Kubro pada sekitar tahun 1349 masehi.


Kredit : Mahara Jawaka

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...