PENDAHULUAN
Mak Yong adalah satu jenis seni drama kombinasi nyanyian dan tarian di iringi
oleh muzik tradisional Melayu Patani yang tersendiri. Tarian yang berunsur,
lakonan oleh pemegang watak utama raja,
dayang-dayang dan hamba rakyat (Tok Peghe) yang menggambarkan sebuah
pemerintahan negara yang di perintah oleh seorang raja sebagai ketua negara
yang dipersembahkan sebagai tontonan kebawah duli Sultan Patani, manakala
pakaian Mok Yong adalah pakaian resmi diraja dan jalan ceritanya tentang bagai
mana seorang pemerihan yang adil dan sebaliknya (raja yang zalim). Bahasa
melayu Patani (bahasa ibunda) dialik melayu Patani digunakan dengan secara
sepontan menurut persefahaman jalan cerita oleh para pemegang watak dalam
lakonan tanpa texs yang lengkap seperti derama di hari ini. Bahasa Melayu
Patani juga sebagai bahasa pengantar perhubungan, perundangan, akademik dan
perundangan negara Patani. Mak Yong juga dipertontonkan kepada kharayat ramai
pada hari-hari resmi negara dalam kawasan Istana.
Persembahan Mak Yong khusus untuk tontotan Kerabat Raja Patani |
ASAL USUL
Mak yong berasal dari negara Patani Darussalam. Negara ini sekarang dijajah
Thailand sejak 1902M, hingga saat ini. Sejarah Mak Yong adalah sejarah seni
budaya melayu Patani yang sangat indah dan tersendiri cermelang yang masih
hidup disenubari masyarakat melayu Patani. Oleh kerana itu ia diwarisi secara
tidak langsung oleh rakyat jelata pencinta seni budaya melayu Patani ini. Mak
Yong tidak dapat dipastikan tarikh dan siapa pengasas Mak Yong. Tapi walau
bagaimana pun, fakta yang menunjukkan ia berdiri lebih dari 800 tahun dan
mungkin lebih awal lagi. Menurut buku Hikayat Patani bahawa Mak Yong dibawa ke
negeri Che Siti Wan Kembang (Kelantan) lebih 200 tahun yang lalu. Kemudian
berkembang ke negeri Jelampang Padi (Kedah Perlis) sampai kenegeri Sumudra
Pasai dan hingga ke Pulauan Riau (Indonesia).
PLOT DRAMA
Cerita Mak Yong dalam babak pertama mengaitkan tarian mengadat atau tarian
sembah Rebat untuk mendengar titah di raja disamping raja akan minta laporan
perkembangan negara dari hamba rakyat (Tok Peghe) tak leh makan (susah) atau
boleh makan (senang) sebagai gambaran seolah-olah sebuah paelimen pengubal
dasar atau juga sebagai sebuah majis pelaksanaan, yang memegang watak raja di
kebelakangan ini selalunya wanita yang berpakaian seakan-akan lelaki mengambil
sempena raja Hijau, seorang raja yang terkenal sebagai pahlawan yang bijak dan
diplomat terunggul di zamannya (ketua negara wanita pertama dalam sejarah
Patani) yang telah berjaya mengadakan Bedel Besar (meriam besar) Seri Patani
dan Seri Negara itu. Kedua-dua bedel meriam besar itu di rampas oleh oleh Siam
dan kini Seri Patani ada dipamirkan di hadapan bangunan ibu pejabat kementerian
pertahanan Thailand di Bangkok. Menurut riwayat yang boleh dipercayai bahawa
bedel meriam besar Seri Negara terbenam dalam laut semasa hendak bawa ke
Bangkok sempai sekarang belum dikemui.
Para sejarahwan telah mengenal pasti bahawa seni ini digpanggil Mak Yong ialah
kerana Watak utama dipegang oleh wanita maka sinomimnya dengan ”Mak” manakala
Yong ialah pahlawan, (bahasa Patanilama) bila di camtumkan ialah Mak Yong. Ahli
budaya dan adat istiadat keajaan Melayu Patani tidak ada menulis tentang Mak
Yong secara ditil sama ada berasal dari rakyat atau dari istana, Cuma di sebut
dipersembahkan dalam istana.
Di tahun 1909, Mak Yong dipersembahkan oleh rakyat tanpa dinaungi kerajaan
Patani lagi, kerana pada tahun ini Patani di jajah secara mutlak oleh Siam. Mak
Yong sebagai seni hiburan setelah tamat pertunjukan dan sembung pula Joget
Longeng bagi mendapat kutipan yang lumayan kepada anak buahnya dan juga Mak
Yong di padah sebagai pertunjukan pelepas angin kepada seseorang (buat ubat).
Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam ke Patani lagi. Ia
dipersembahkan dengan menggunakan Panggung sementara yang terletak atas tanah
semacam bangsal jamuan khenduri bolih di padah oleh sesiapa sahaja atas
berbagai tujuan seperti pertunjukan kutik duid (jual teket) pertunjukan di
majlis khenduri kendara (berkhatan dan perkahwinan).
Persembahan Mak Yong alat muzik yang utama ialah Rebab, dua biji Gendang ibu
& anak dan dua biji Gong ibu & anak manakala Biola (Juala) untuk
mengingi joget. Setiap satu selak cerita mampu dipersembahkan hingga 3 jam
beberapa malam untuk ditamatkan sesebuah cerita yang panjang. Kebanyakan
peranan dilakokan oleh wanita dan Tok Peghe (hamba rakyat) sahaja lelaki
ceritanya berasaskan cerita rakyat. Mak Yong mula di pertunjukan dari pukul
8.30 malam hingga 11.30 malam dan sambung joget hingga kepagi .
Mak Yong dibawah naungan istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan
dikalangan orang kenamaan dan pertunjukan isti-adat kerajaan melayu Patani
kepada khalayak ramai.
NASIB SENI MAK YONG
Di hari ini Mak Yong telah merosot kerana seni ini bakan buat persembahan
sembarangan tapi harus berlatih dan menghayati jalan ceritanya memakan masa
yang lama. Sekarang tidak ada ramai yang pengamalnya, kerana seni ini susah
untuk perseorangan, pelakonnya memerlukan suara merdu dan nyaring, serta
memerlukan ramai orang jumlahnya 15-20 orang termasuk pemain muziknya. Generasi
yang tersohor pada tahun 60an ialah Mok Yong Che Ning dan pada 70an disambung
anaknya Che Judah.
Banyak sekali terdapat kisah-kisah sumbang di akhir-akhir tahun 70an dan 80an
kerana pemuda di usia begini sangat gharah dengan budaya hindustan yang
menggilai di para penari-penari joget (wanita) dari pertunjukan seni budaya
kepada lebihkan hiburan semata-mata pendik kata salah guna peranan seni itu
tanpa mementingakan nilai-nilai lohor (akhlak, agama dan budaya melayu Patani)
sehingga masyarakat Patani cap sebagai penari dikelap malam. Sejak itu
masyarakat mula anggap seni buadaya Mak Yong sebagai bukan pertunjukan
kebudayaan lagi.
Pada 90an sudah tidak banyak lagi Mak Yong yang wujud, kerana tidak ramai yang
berminat mempelajari seni tari ini. Setelah pengaruh wayang gambar (filem
hindustan) yang menjadi siolan anak muda sangat meluas, menggelapkan masa depan
Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa kini rata-rata
persembahannya meniru gaya watak hero dan heroin Hindustan berkasih dan
lagu-lagunya ala hindustan.
KESIMPULAN
Rakyat Patani kini sangat mengharapkan seni budaya ini (Mak Yong) dapat di
warisi dan dikembangkan oleh saudara anak cucu bangsa melayu Patani di
negeri-negeri jiran (Kelantan Darul Naim dan Perlis Indera Kayangan) Malaysia,
sebagai pewaris yang WUJUD DI SINI DI TANAH ANAK MERDEKA BAGAI OBOR ILMU MEMAYUNGI
PUTERA PUTERINYA PELOPOR HIDUP BUDAYA BANGSA, AGAMA, NEGARA PEMBENTUK AKHLAK
MANUSIA AGAR JADI SEMPURNA.
ARTIKEL DISEDIAKAN OLEH : ADMIN PASIR PUTEH@KPSK
3 comments:
Salam, boleh saya tanya.... betul ke tarian mak yong ni ada kaitan dengan kerabat diraja bunian?
Saya dengar cerita orang2 tua, penari-penari mak yong kadang2 'diserap' aura ghaib dan mereka boleh menari dengan tenaga yang luar biasa, bercakap bahasa thailand, macam dirasuk.. maaf cuma nak tau lebih lanjut je.
t.kasih
knp tiba2 ada lirik lagu uitm kt bwh tu...??? hahaha
Petikan lirik tersebut disesuaikan dengan artikel....
UiTM satu wadah memartabatkan bangsa.
Post a Comment