Pendahuluan
Tengkolok, juga dikenali sebagai destar,
setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala, merupakan sejenis alas kepala
tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki!
Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang
yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman
sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat
istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat
diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.
Nama
Tengkolok
Mengikut Kamus Dewan (edisi ke-4), istilah
"tengkolok", "destar", dan "setanjak" /
"tanjak" adalah bersinonim; selain yang diterangkan di atas,
perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala
atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita", pengertian
tengkolok sebagai alas kepala wanita jarang digunakan hari ini.
Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa
tengkolok, destar, dan tanjak adalah berbeza dari segi jenis kain dan / atau
ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok merupakan alas kepala
buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke atas;
"destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok;
"tanjak" pula lilitannya seperti tengkolok, tetapi kainnya lebih
ringkas dan nipis.
Solek
Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk
dengan jenis dan corak kain yang berbeza, mengikut taraf sosial pemakainya.
Nama am bagi bentuk tengkolok yang berbeza-beza itu ialah "solek".
Setiap solek tengkolok yang berbeza ini turut
diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh Yang di-Pertuan
Agong dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan, dikenali
sebagai "Solek Dendam Tak Sudah".
Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek
tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung
Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau
hari keputeraan baginda.
Terdapat 43
jenis Tengkolok bagi Raja-Raja Melayu, tetapi edisi PPSK kita tumpukan kepada
pemakaian tengkolok Orang-Orang Kelantan.
Tumpukan kepada Destar : Sultan Ismail, Sultan Ibrahim dan Sultan Ismail Petra |
Destar yang dipakai oleh orang kebanyakkan Kelantan |
Gambar-gambar yang dikongsikan adalah mengenai Destar yang dikenakan oleh Sultan-Sultan Kelantan yang terdahulu, setiap pemakaian Destar mempunyai maksud yang tertentu dan ia bukan sekadar pakaian alas kepala semata-mata. Ia dilit dari sehelai kain dan setiap lilit membawa maksud tertentu. Termasuklah Destar yang dipakai oleh orang kebanyakkan.
Dari selidikan bersama Cactus Wangi, kami telah menyediakan maklumat beberapa jenis Destar yang dipakai oleh orang-orang Kelantan dahulu dan kini. Ia seperti berikut:
Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri yang kaya
dengan budaya termasuk seni lipatan destar yang dinamakan Setangan Isih dan
banyak dipakai oleh rakyat biasa dan juga dalam persembahan Mak Yong. Iaitu
sejenis persembahan tradisional merangkum penceritaan, nyanyian dan tarian.
Destar Ketam Budu
Destar ini digunakan oleh pembesar Negeri Kelantan.
Warna destarnya hitam dengan bersulam benang emas. Destar ini dan destar lain
seperti Destar Panglima Raja dan Paduka Raja menutupi seluruh bahagian kepala. Ikatan jenis ini adalah asas kepada semua jenis
ikatan destar di Alam Melayu sejak beratus tahun dahulu. bentuknya berupa layar
sebuah perahu masyarakat melayu.
Destar Bulang Hulu
Setiap perguruan silat mempunyai ciri-ciri
perbezaan dari sudut ikatan kepala. Bulang Hulu merupakan salah satu ikatan
destar yang kerap dipakai oleh pesilat di Negeri Kelantan. Bentuk asasnya amat
ringkas dan bersesuaian dengan kelincahan dan ketangkasan pesilat.
Destar Sudu Itik
Destar jenis ini lazimnya dipakai oleh perguruan
silat. Ia popular sewaktu zaman pemerintahan Sultan Tajuddin di Kedah. Adalah
difahamkan, jenis destar jenis ini diadaptasikan daripada ikat kepala
masyarakat Jawa sewaktu lawatan Baginda ke sana.
Sumber : Saudagar Tekua dan Cactus Wangi.
2 comments:
Kandungan yang mantap...cuma kalau boleh kepilkan sekali video bagaimana destar dikarang adalah lebih baik
Mohon diperbetulkan Getam Budu bukan Ketam Budu.
Post a Comment