Assalamualaikum.... dan Selamat Pagi (3/1/2014)
Rakaman Masa kali ini bersumberkan sebuah buku yang dikarang oleh seorang Ahli Parlimen British yang beranama Sir Henry Norman yang terkenal sebagai seoranga adventurer yang suka mengembara. Pengembaraan beliau bukan kosong dan kami juga pernah hasilkan satu artikel mengenai hasil pengembaraan beliau ke Kelantan.
Pengembaraan beliau bermula dari sempadan Perak-Reman dan berakhir di Kota Bharu. Anda boleh baca ritkel penuh mengenai pengembaraan Henry Norman di sini!
Sebelum ini kami pernah menyiarkan rakaman masa berkenaan Pakaian Tradisi Masyarakat Kelatan . Kali ini kami ingin kongsikan Rakaman Masa berkenaan situasi dan keadaan pengangkutan dan kehidupan sosial masyarakat Kelantan dan penduduk-penduduk berjiran dengan Kelantan.
Rakaman Masa kali ini bersumberkan sebuah buku yang dikarang oleh seorang Ahli Parlimen British yang beranama Sir Henry Norman yang terkenal sebagai seoranga adventurer yang suka mengembara. Pengembaraan beliau bukan kosong dan kami juga pernah hasilkan satu artikel mengenai hasil pengembaraan beliau ke Kelantan.
Pengembaraan beliau bermula dari sempadan Perak-Reman dan berakhir di Kota Bharu. Anda boleh baca ritkel penuh mengenai pengembaraan Henry Norman di sini!
Kelihatan dalam gambar ini adalah DYMM Tuanku
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV. Gambar ini kurang menarik ekoran sudut
gambar ini kurang stabil. Namun itu sudah memadai kerana kita dapat melihat
dengan jelas rupa paras Tuanku. Gambar ini dipercayai dirakam di hadapan pintu
Istan Balai Besar, Kota Bharu.
Seorang wanita Melayu yang tinggal di sempadan
Reman-Perak. Henry Norman menyatakan wanita ini sebagai Penghias Hutan. Mungkin
itu pandangan mereka, tetapi hutanlah tempat rakyat marhaen tinggal waktu itu.
Di hutan, waktu itu, walaupun terpencil ia ibarat kotaraya. Kehidupan dahulu
mana boleh disamakan dengan zaman sekarang.
Gambar ini masih merakamkan perbatasan di sempadan
Perak-Reman dalam perjalanan Henry Norman ke Kelantan. Gajah memang
pengangkutan penting zaman tersebut.
Walaupun tidak jelas, kelihat orang-orang Melayu
waktu itu berbadan tegap dan sasa. Dada bidang dan kelihatan keras dan kental.
Kulit kelihatan gelap bukan kerana kita keturunan Tamil, tapi itu adalah kesan
semula jadi, kerana waktu itu pakaian memang sukar didapati. Yang berpakaian
lengkap mestilah mereka dari golongan yang berada.
Gajah-gajah ini kelihatan jinak. Adakah orang Putih
ini yang menjinakkan gajah-gajah itu? Pastilah tidak, kerana gajah-gajah ini
ditundukan oleh ILMU orang-orang Melayu. Bagaimanakah ilmu itu? orang Puteh
mungkin tahu, sebab mereka kutip segala maklumat tentang Orang Melayu lalu
dicatatkan dalam Jurnal Akademik mereka dan dihantar balik ke London. Adakah
orang-orang kita pada hari ini tahu akan Ilmu Menundukkan gajah?
Kuala Leh menjadi base camp dalam pengembaraan
Henry. Camp atau perkampungan ini kelihatan terang dan tidak seperti gambar
lain di atas. Ini mungkin sebuah perkampungan Melayu. Dahulu, populasi Melayu
tidak ramai dan yang ada di dalam hutan adalah golongan petani yang membuka
kampung untuk bercucuk tanam.
Pejabat British yang terakhir di sempadan
Perak.1890 merupakan tahun Frank Swettenham menjadi Residen Perak. Sir Henry
Norman merupakan teman rapat Frank Swettenham, kerana itu pengembaraan beliau
mendapat sokongan tenaga manusia yang ramai. Berkemungkinan telah dikerah oleh
Frank Swettenham.
Henry Norman dengan Rumah Rakit beliau di Sugai
Kelantan. Rumah Rakit juga merupakan pengangkutan air yang popular 130 tahun
yang lalu. Dahulu, ramai orang-orang Melayu membina penempatan di tebing sungai
kerana sungai merupakan tempat yang penuh barokah. Tamadun-Tamadun besar dunia
pun dibina berhampiran sungai. Fungsi sungai amat penting waktu itu.
Inilah rupa masyarakat kita berurus niaga pada
waktu itu. Daif macam mana pun, nenek moyang kita yang telah merintis kepada
kesenangan kita pada hari ini. Jadi, wajar kita menginsafi diri kerana
kesenangan kita hari ini bukan datang bergolek jatuh berlebuk di kaki!
Gambar di atas kemungkinan dirakamkan di Tanah
Merah atau di Kota Bharu.
Inilah hiburan 130 tahun dahulu. Ianya hanya
dinikmati oleh Sultan dan para Pembesar Negeri. Ini adalah satu rehearsal
sebelum dipersembahkan kepada Sultan.
Pengembaraan Henry Norman bukan sekadar tamat di
Kota Bharu, beliau telah belayar dengan lancang hingga ke Kuala Terengganu dan
gambar di atas telah buktikannya.
No comments:
Post a Comment