Pada Siri 1 telah disebut bahawa Raja Surendra ini adalah putera kepada Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibushana Warmadewa dan mempunyai dua orang saudara iaitu Sang Sapurba dan Ken Arok.
Kisah Raja Suran agak kompleks untuk difahami kerana kisah mengenai raja ini penuh dikelilingi mitos yang sukar untuk dijelaskan. Namanya mempunyai unsur Hindu malah kisahnya terkait dengan benua Hindustan yang sinonim dengan India.
Hal ini telah menerbitkan pelbagai soalan dan ianya telah menjadi retorik dikalangan masyarakat India dan Melayu tentang migrasi bangsa India ke Tanah Melayu. Tapi bukan isu ini yang kami mahu sampaikan.
Dalam salasilah ini disebut Maharaja Suran sebagai Maharaja Jawaka. Ramai tertanya-tanya dimana Jawaka itu?
Topik ini sebenarnya tidak dibincangkan secara terperinci pada peringkat umum malah ianya dilabel sebagai satu topik dalam senarai KIV - Keep in View, hanya segelintir pengkaji yang memuat kisah Jawaka ini di kebanyakkan media sosial. Entah bila ianya akan dikaji dengan bersungguh-sungguh.
Jawaka
Lidah Melayu menyebut Jawa manakala lidah-lidah orang kulit putih menyebut ejaan tersebut juga berbunyi Jawa namun diejanya sebagai Java dimana konsonan "V" disebut dengan pelbagai bunyi. Namun ianya tetap merujuk kepada sebuah kawasan yang sama. Jawaka atau Javaka adalah nama lain dalam bahasa India yang merujuk kepada Sriwijaya.
Pengisahan Sriwijaya pastinya menjadi amat panjang kerana hingga kini sejarahwan baik mereka dalam arus perdana mahupun alternatif masih memperdebatkannya. Sejarahwan Indonesia, Malaysia, Thailand dan Kemboja masing-masing memainkan peranan tersendiri dalam merungkai sejarah Sriwijaya ini.
Apa yang menarik, pengembara Arab juga telah mengenali Jawaka ini dan mereka mencatat kerajaan ini dengan Zabaj seperti berikut:
Waris
Dalam carta keturuan Raja-Raja Kelantan seperti pautan di bawah, Maharaja Suran memerintah dari 1233 hingga 1253 dan tempat beliau telah digantikan oleh pewarisnya iaitu Raja Sakranta. Carta tersebut juga menyebut Raja Sakranta juga Maharaja Jawaka.
Pemerintah Kelantan 1233-1602
Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di atas untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.
Rujukan

Batu Bersurat Singapura |

Seorang sudagar Arab dari Siraf bernama Sulaiman telah mengembara ke India dan China. Catatannya telah dibukukan pada pada 851 Masihi kemudian telah disunting oleh Abu Zaid Hasan dan diterbitkan dalam tahun 916 Masihi dengan nama Akhbarus –Sin Wal-Hind. Dalam buku ini, Sulaiman telah membicarakan tentang Yavadvipa atau Yava (Jawa) yang beliau nyatakan sebagai Zabag atau Zabaj. Ia memberikan gambaran yang menarik tentang negara Zabag yang dapat dirumuskan seperti berikut:
- Kota Zabag mengadap secara langsung kearah China. Jarak antara dua negara ini dapat digambarkan sebulan pelayaran dengan cuaca yang baik.
- Raja Kota ini terkenal dengan gelaran Maharaja. Negaranya adalah seluas 900 farsakh (5625 kilometer persegi). Disamping itu, ia memerintah pula pulau-pulau yang banyak seluas 1000 farsakh malah lebih lagi. Diantara negara-negara dibawah penguasaannya adalah Pulau Sribuza (Srivijaya) yang luasnya merangkumi 400 farsakh (meliputi sumatera selatan) dan pulau yang digelar Rami (Ramni atau Lumuri iaitu Sumatera Utara), lingkungannya seluas 800 farsakh. Juga sebahagiannya dari kepunyaan Maharaja iaitu negara kelautan iaitu Kalah (Segenting Kra) yang terletak di tengah jalan antara China dan Arabia….. ke pelabuhan (Kalah) ini kapal-kapal dari Oman datang dan dari pelabuhan ini kapal-kapal dari Oman itu pulang.
- Pulau dimana baginda bersemayam adalah amat subur dan didami manusia turun termurun. Dikatakan bila ayam-ayam negeri ini berkokok ketika matahari naik, sebagaimana suasana di Tanah Arab, kokok itu dijawab oleh satu sama lain sepanjang 100 farsakh, malah lebih lagi kerana kampung-kampung ini bersambung-sambung tidak berputusan. Ini bermakna negara ini dihuni oleh ramai rakyat.
- Kemudian Sulaiman menyifatkan adat Maharaja yang mengkagumkan. Setiap pagi, Bendahari akan menyembahkan kepada Raja seketul emas berbentuk empat persegi seperti batu bata. Kemudian baginda campakan kedalam suatu danau berhampiran dengan istana. Dalam sepanjang hidup Maharaja, tiada seorang pun yang boleh menyentuh ketulan-ketulan emas itu. Apabila mangkat, penggantinya telah mengeluarkan ketulan-ketulan emas ini dari danau. Setelah dikira dan ditimbang, emas tersebut telah dibahagi-bahagikan antara anggota-anggota keluaraga DiRaja, panglima-panglima, hamba-hamba dan orang-orang miskin. Bilangan ketulan emas ini dan jumlah berat keseluruhannya dicatat dalam catatan rasmi dan ketinggian martabat seseorang Raja berdasarkan jumlah emas yang mereka tinggalkan.
- Diantara Khmer (Khemra atau Chen-la menurut sebutan China) dan Zabag adalah sejauh 10 – 20 hari belayar menerusi laut bergantung kepada keadaan cuaca.
Pernyataan di atas hanyalah untuk menjelaskan tentang Jawaka yang mana telah diwarisi oleh Maharaja Suran. Semasa beliau menaiki takhta Jawaka ia sudah mengecil dan menghadapi masalah dalaman.
- Kemudian Saudagar Sulaiman menceritakan tentang satu peristiwa yang menyebabkan serangan Maharaja ke atas Khemra. Ringkasnya, Maharaja menyerang Khemra yang ketika itu dalam taklukan Yavadvipa kerana Raja Khemra menyatakan satu kenyataan celupar dengan menitahkan kepada Perdan Menteri Khemra bahawa baginda mahu melihat kepala Maharaja diletakan dalam ceper dihadapan beliau. Keceluparan ini telah sampai ke pengetahuan Maharaja dan baginda terus mempersiapkan angkatan laut dan menyerang Khemra. Setelah berjaya menawan Khemra, baginda telah memancung kepala Raja Khemra itu dan dibawa pulang ke Yavadvipa – diawet dan dikemaskan…kepala itu dihantar semula ke Khemra sebagai peringatan kepada Raja-Raja Khemra seterusnya supaya tidak menderhaka kepada Yavadvipa. Dalam serangan itu juga, angkatan Yavadvipa tidak mengambil satu pun harta milik rakyat Khemra. Serangan Yavadvipa itu sebagai satu tindak balas dalam menghukum ekoran niat memberontak Khemra.
Apabila perkara ini dikhabarkan kepada pemerintah China dan India, mereka semakin kagum dengan pentadbiran Yavadvipa ketika itu.Setelah diteliti kenyataan ini, dapat dirumuskan bahawa kejadian ini bukan berlaku dalam abad ke-9, tetapi ia berlaku ketika abad ke-8 ketika Champa berada dibawah taklukan Yavadvipa.
Waris
Dalam carta keturuan Raja-Raja Kelantan seperti pautan di bawah, Maharaja Suran memerintah dari 1233 hingga 1253 dan tempat beliau telah digantikan oleh pewarisnya iaitu Raja Sakranta. Carta tersebut juga menyebut Raja Sakranta juga Maharaja Jawaka.
Wallahualam bissawab
Pemerintah Kelantan 1233-1602
Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di atas untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.
Rujukan
- Sulalatus Salatin
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_bersurat_Singapura
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Kelantan
- http://en.wikipedia.org/wiki/Zabag_kingdom
- http://sejarahkelantan.wordpress.com/2012/10/18/kelantan-purba-23-rujukan-tentang-kewujudan-yawadwipa/
- http://www.zonasiswa.com/2014/05/sejarah-kerajaan-sriwijaya.html
No comments:
Post a Comment