Kerajaan Kekuasaan Raja Sang Tawal 1267-1335 |
Pendahuluan
Sang Tawal adalah satu nama besar dalam sejarah Negeri Kelantan kerana beliau telah menurunkan zuriat juga merupakan salah seorang Srikandi Melayu serta digeruni iaitu Arduja Wijayamala Singha yang kemudiannya dikenali sebagai Che Siti Wan Kembang.
Artikel ini hanya ditumpukan kepada Sang Tawal sahaja memandangkan kisah puteri beliau yang lebih mendapat perhatian. Anda boleh membaca kisah mengenai puteri ini seperti dalam pautan ini. Pada [Siri 3] yang lepas, disebutkan Raja Sakranta yang juga dikenali sebagai Raja Zainudin telah turun takhta dan menyerahkan kerajaan negeri kepada perwarisnya iaitu Sang Tawal pada 1267 atas alasan untuk menjadi rakyat biasa dan berdakwah.
Pada waktu itu, agama Islam kian berkembang dan mungkin Takhta Langkasuka pada waktu itu menolak ajaran baru tersebut. Justeru untuk mengekalkan keamanan, Raja Zainudin telah mengambil keputusan untuk meninggalkan takhtanya itu.
Siapa Sang Tawal?
Carta keturunan Raja-Raja Kelantan yang menjadi rujukan utama kami menyatakan Sang Tawal juga dikenali sebagai Raja Thilam yang memerintah Malayur dimana ramai penyelidik indie merujuk kerajaan beliau sebagai Langkasuka. Bagaimanapun di dalam Royal Ark.net menyatakan Raja Thilam sebagai Datuk kepada Sang Tawal.
Memang mengelirukan. Namun, kami tetap berpegang kepada carta keturunan yang dihasilkan oleh pengkaji sejarah Kelantan yang terdahulu. Allahyarham Ustaz Abdullah Mohamed menyatakan bahawa Sang Tawal juga dikenali sebagai Raja Thilam dan anak kepada Raja Sakranta. Anda adalah disarankan untuk menjalan perbadingan antara kedua sumber maklumat ini untuk mendapatkan lebih kepastian.
Memang mengelirukan. Namun, kami tetap berpegang kepada carta keturunan yang dihasilkan oleh pengkaji sejarah Kelantan yang terdahulu. Allahyarham Ustaz Abdullah Mohamed menyatakan bahawa Sang Tawal juga dikenali sebagai Raja Thilam dan anak kepada Raja Sakranta. Anda adalah disarankan untuk menjalan perbadingan antara kedua sumber maklumat ini untuk mendapatkan lebih kepastian.
Langkasuka ketika di bawah Sang Tawal berpusat sekitar Ligor dan kekuasaannya menjangkau sebahagian Perak hingga ke Terengganu, termasuk Kelantan. Pada 1295, Angkatan tentera Siam yang diketuai Raja Ram Khamheang telah menyerang kedudukan Sang Tawal di Ligor menyebabkan beliau memindahkan pusat kerajaan Langkasuka berundur ke arah Selatan yakni di Patani.
Peperangan antara Langkasuka yang disebut Grahi oleh pengkaji Indie dengan Siam adalah satu Epik yang signifikan dalam Sejarah silam kerana ia menyaksikan buat pertama kali Srikandi Melayu yang juga puteri kepada Sang Tawal iaitu Arduja Wijayamala Singha telah menubuhkan angkatan perang yang terdiri daripada balu dan wanita yang dikenali sebagai Sriwijayamala telah turut serta dalam perang tersebut dan berjaya memenggal kepala Raja Ram Khamheang hingga membuatkan Siam berdendam kesumat dengan orang Melayu hingga kini. Kisah mengenai epik ini anda boleh ikuti disini... dan sambungannya di sini.
Waris
Berdasarkan kepada carta Salasilah Raja-Raja Kelantan, Raja Sang Tawal mempunyai 6 orang putera dan puteri seperti berikut:
- Raja Bharubhasa / Sultan Mahmud
- Raja Singhadhiraja / Sultan Sulaiman Shah (Raja Langkasuka)
- Puteri Chandana kahwin dengan Raja Samudera
- Puteri Tapasi (Raden Galuh Anjeng) Kahwin dengan Raja Champa
- Dewi Durga / Arduja Wijayamala Singha / Che Siti Wan Kembang (Raja Kelantan Selatan 1318-1348)
- Puteri Linang Cahaya kahwin dengan Sayyid Hussien Jamadil Qubra
Kisah Sang Tawal sebenarnya banyak terkait dalam pengisahan mengenai Che Siti Wan Kembang sebelum memerintah Kelantan Selatan. Seperti yang diketahui, Sriwijaya adalah satu empayar yang besar dan Langkasuka satu dari bahagian empayar tersebut. Setelah Sriwijaya runtuh, Langkasuka meneruskan legasi Sriwijaya ini di Semenanjung dan Sang Tawal adalah raja yang mempertahakan warisan ini hinggalah ia terpaksa berundur dari Ligor atas serbuan Siam yang tidak pernah mengenal putus asa itu.
Siam sebenarnya telah mengalami evolusi dimana ia pernah dinaungi oleh Dinasti Ayuthia, Sukhothai dan diganti oleh Dinasti Chakri dan sebelum itu pernah diduduki oleh kuasa besar lain sepeti Funan dan Champa serta Thambralingga, namun semuanya tidak pernah diam untuk menakluki Semenenanjung Tanah Melayu.
Sang Tawal adalah Raja yang dikenang terpaksa akur dengan kekuatan dari Utara yang menyerbu wilayahnya, mungkin kerabat beliau dari Tanah Seberang tidak sempat menghulur bantuan ekoran pergerseran dalaman kerajaan kepulauan pada masa itu. Itulah yang ditakdirkan.
Pada 1335, Raja Sang Tawal telah mangkat dan digantikan oleh puteranya iaitu Raja Bharubhasa sebagai Raja Langkasuka yang telah menamakan negeri baru iaitu Chermin.
Kesimpulan
Kerajaan Langkasuka di bawah pimpinan Sang Tawal selama 68 tahun (1267-1335) menyaksikan mereka tidak pernah sunyi diserang oleh musuh dari Utara (Siam) yang sedang meluaskan kuasa. Serangan musuh dihadapi dengan penuh berani hingga terpaksa dibantu oleh angkatan perang yang terdiri daripada Wanita yang dipimpin oleh puteri kesayangan beliau. Raja musuh berjaya dipenggal kepalanya. Namun semenjak itu, dendam Siam kepada orang Melayu tidak pernah surut.
Dari kekalahan ini, Langkasuka telah runtuh dan penerusnya, Raja Bharubhasa telah menamakan sebuah Kerajaan baru yang bernama Chermin, janggal ditelinga, tetapi itulah yang sentiasa dikhabarkan turun temurun rakyat Kelantan.
Seterusnya, pengisahan Sejarah Raja-Raja Kelantan akan diteruskan dengan pengisahan Raja Bharubhasa.
Dari kekalahan ini, Langkasuka telah runtuh dan penerusnya, Raja Bharubhasa telah menamakan sebuah Kerajaan baru yang bernama Chermin, janggal ditelinga, tetapi itulah yang sentiasa dikhabarkan turun temurun rakyat Kelantan.
Seterusnya, pengisahan Sejarah Raja-Raja Kelantan akan diteruskan dengan pengisahan Raja Bharubhasa.
Wallahualam bis'sawab
Rujukan:
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/01/kesultanan-kelantan-purba.html
http://cactuswangi.blogspot.nl/2014/02/episod-2-adruja-wijayamala-singha-siapa.html
http://cactuswangi.blogspot.nl/2014/05/episod-3-adruja-wijayamala-singha.html
http://belogmystery.blogspot.nl/2013/11/puteri-melayu-yang-dilupakan-part-1.html
Salasilah Raja-Raja Kelantan
No comments:
Post a Comment