Pengenalan
Senibina merupakan satu kemajuan
yang dicipta oleh sebuah masyarakat setelah berjaya menguasai alam semulajadi.
Ia juga dikatakan satu peringkat tinggi dan memjadi satu cermin kepada
pencapaian dalam kehidupan harian sesuatu bangsa dengan setiap satu rekabentuk
senibina yang terhasil merupakan dari pengaruh gaya kehidupan, kepercayaan serta
pegangan, amalan kebudayan dan rentetan persejarahan. Selain itu juga yang
paling mempengaruhi sesebuah senibina adalah dari alam sekitar memjadi cetusan
impirasi utama dan tidak juga ketinggalan penggunaan bahan tempatan dalam
binaan. Umumya ia adalah pemahaman terhadap sejarah senibina yang memjadi satu
kesinambungan berterusan sejajar dengan sejarah kemajuan masyarakat itu.
Dalam kemajuan senibina, orang
Melayu juga tidak ketinggalan dalam membina sebuah rumah tradisional merupakan
hasil turun temurun yang tidak dapat dipisahkan dengan alam kehidupan.Ia juga
boleh dikatakan binaan yang memjadi adat dan budaya yang kekal diamalkan oleh
setiap generasi seterusnya tanpa banyak perubahan. Ini telah memjadi makna
kepada”tradisi”. Istilah ”rumah tradisional” boleh juga dierti sebagai sebuah
rumah yang dibina dan digunakan dengan cara atau tabiat sama sejak beberapa
generasi seterusnya. Dalam pengkelasan rumah , rumah orang melayu adalah dari
jenis rumah berpanggung dimana lantainya keadaan tergantung pada tiang dan
tinggi dari permukaan tanah. Rumah ini dibina mengikut ciri-ciri dan pengaruh
cuaca dengan mengambil kira kesuaian kepada kehendak penghuninya serta
masyarakat yang saling berhubung.
Sejarah senibina rumah rumah
Melayu boleh dikatakan telah lama bermula sejak beratus tahun dahulu disamping
dengan wujudnya sejarah ketamadunan dan sistem pemerintahan yang tersendiri
dengan kedudukan taraf ekonomi dan corak kemasyarakatan yang tinggi nilainya.
Senibina tradisional Melayu tidak dapat dinakfikan lahir dari titik hakikat
kehidupan manusia yang berkembang dan beralih mengikut penghayatan kepada alam
semulajadi dengan berlandaskan prinsip-prinsip ketuhanan, kemanusiaan dan alam.
Ini boleh dilihat dengan corak kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri yang
tidak dapat dipisahkan daripada alam semulajadi, kepercayaan dan pegangan serta
mempunyai falsafah tersendiri. Dari situ senibina tradisional Melayu sendiri telah
melambangkan konsep pegangan kepada ketuhanan dan simbol kehidupan yang sungguh
bermatlamat.
Sejarah Senibina Rumah Melayu Kelantan
Jenis Rumah Tradisi Kelantan
Di negeri Kelantan sebenarnya
terdapat banyak jenis rumah tradisional. Namun bergitu kesemuanya wujud
mengikut perkembangan zaman. Semua ini boleh dilihat pada jenis bentuk bumbung
rumah. Rumah berbumbung jenis bujang merupakan peringkat awal dan asli bentuk
bumbung rumah tempatan manakala bentuk bumbung potong Perak atau Belanda adalah
bentuk bumbung era koloni yang terakhir sehingga sekarang. Dalam memceritakan
seni bina jati rumah Melayu Kelantan, rumah tradisional jenis Rumah Bujang dan
Rumah Tiang 12 yang benar-benar mewakili negeri ini. Kedua-dua jenis ini
sebenarnya hampir sama ciri binaannya dan kedua-duanya juga dipanggil nama
rumah pemeleh atau meleh yang merujuk hiasan papan pada bahagian rumah di tepi
bumbung bujang di tiba layar. Rumah Tiang 12 terdapat di bandar Kota Bharu dan
beberapa kampung sekitar bandar manakala rumah bujang adalah rumah kebiasaan
yang tinggal di luar bandar bertaburan sehingga ke sempadan Terengganu. Rumah
ini pada masa kini sudah semakin sukar untuk dicari namun masih ada dan
rata-ratanya telah berusia lebih dari 100 tahun.
Rumah Tiang 12 memdapat nama
berdasarkan 12 batang tiang yang terdapat pada ruang Rumah Ibu, 6 tiang serambi
dan 6 tiang panjang. Bumbung panjang dengan tepi sudutnya dipasang tibar layar
dan penghujungnya dipasang pemeleh atau juga dikenali sebagai tumpu kasau dan
sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.
Falsafah Rumah Melayu
Terdapat 2 falsafah utama yang
memjadi perlambangan utama pada rumah Melayu Kelantan menurut Nakula iaitu:
Ciri-ciri Estetika Rumah Melayu
Kelantan
Terdapat lebih 12 estetika
yang terkandung dalam rumah tradisi Melayu Kelantan yang sesetengahnya
berkongsi bersama dengan negeri-negeri Melayu lain. Ciri-ciri itu ialah:
1) Pemeleh
2) Tibar Layar
7) Buah Buton
8) Tunjuk Langit
9) Gunungan
10) Kekisi
11)Tiang Gantung
12) Atap Senggora
Jenis-Jenis bumbung
Terdapat banyak jenis bumbung
yang dapat dilihat di semenanjung Malaysia. Negeri Kelantan juga tidak
terkecuali seperti negeri-negeri Melayu lain antaranya adalah seperti:
1) Jenis Pisang Sesikat
2) Jenis Bujang
3) Jenis Atap Meru
4) Jenis Perabung Limo (terdapat
2 pecahan type perabung Limo)
5) Jenis Potong Perak atau Limas
Belanda.
1 comment:
Good
Post a Comment