Pendahuluan
Setelah Raja Kuning mangkat pada tahun 1649, Patani berada dalam keadaan huru
hara kerana ketiadaan waris yang sah untuk mentadbir 43 jajahan dalam
wilayahnya. Siam yang baru bangkit dibawah pimpinan Dinasti Cakri cuba
meluaskan empayarnya. Lalu pada tahun 1649 itu juga Raja Sakti dari Jembal,
Kelantan telah muncul dan mempertahankan Patani daripada terus diancam oleh
Siam dan berjaya membuatkan Siam berundur jauh ke dalam wilayahnya. Kemudian,
Raja Sakti ini ditabal sebagai Raja Patani menggantikan Raja Kuning pada tahun
itu dan wujudlah satu empayar baru di kawasan Pantai Timur Semenanjung yang
dikenali sebagai “Patani Besar” yang
menggabungkan 43 jajahan Patani dengan Kelantan.
Persoalannya, dari mana asal usul Raja Sakti ini.
Siapakah beliau dan darimanakah asalnya?
Raja Sakti
Beliau dikenali sebagai Raja Sakti 1 kerana dalam sejarah Kelantan terdapat dua sosok raja
yang bergelar Raja Sakti. Beliau adalah pengasas kepada pemerintahan Raja
Jembal di Jembal atau sekarang lebih dikenali dengan nama Kedai Lalat. Baginda
disebut sebagai seorang daripada dua orang anak angkat Raja Bersiong dari Kedah
yang datang tinggal di Jembal, seorang lagi iaitu Puteri Mani Kemenyan yang
kemudian dijodohkan oleh Raja Bersiong dengan Raja Sakti. Beliau telah membuka
negeri di suatu kawasan berhampiran Sungai Babong dan Pulau Melaka. Berdasarkan
cerita lisan, nama jembal ini diambil nama dari sebatang pokok jambu jembal
yang besar berhampiran kota yang baru siap dibina oleh pengikutnya. Maka
dinamakan kota tersebut sebagai Kota Jembal yang diyakini diasaskan pada 1637.
Perkahwinan beliau dengan Puteri Mani Kemenyan
telah dikurniakan dengan empat orang yang terdiri dari putera dan tiga orang
puteri iaitu:
- Raja Loyor
- Raja Bahar
- Raja Umar
- Raja Sungai
- Puteri Sayu Bari
- Puteri Unang Melur
- Puteri Cempaka Bongsu
Raja Sakti yang memerintah Kota Jembal, Kelantan
dari tahun 1637-1649 adalah dari keturunan Sultan Qunbul iaitu Sayyid Nurul
Alam (Pateh Arya Gajahmada, Perdana Menteri Kelantan 1432-1457/Sultan Qunbul).
Asal-Usul
Maklumat yang diperoleh rata-rata menyatakan Raja
Sakti dan Puteri Mani Kemenyan adalah anak angkat kepada Raja Bersiong. Namun
setelah dilakukan beberapa rujukan dari nama Raja Bersiong dengan rekod Kedah
menunjukkan satu perbezaan ketara.
Raja Bersiong |
Nama Raja Bersiong yang asal adalah Raja Seri Maha Inderawangsa dan memakai
gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Beliau
adalah raja keempat Kedah lama yang dimulakan oleh Merong Mahawangsa. Kisah
Raja Bersiong ini bertarikh seawal tahun 1000 masihi, yakni 600 tahun lebih
awal dari kisah Raja Bersiong yang singgah di Jembal. Jelas disini, sosok Raja
Bersiong yang datang ke Jembal itu menjadi satu persoalan. Siapa sebenar
beliau?
Maklumat dari Kerabat Raja Jembal pula menyatakan
bahawa Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar yang dikatakan dari keturunan
Raja Bersiung yang memerintah Kedah dalam abad ke-14. Baginda juga dikenali
sebagai Raja Bersiung. Beliau telah dihalau oleh adindanya yang berpangkat Raja
Muda dan beliau telah melarikan diri ke Kelantan. Maklumat ini sebenarnya
ketara percanggahanya kerana Raja Bersiung memerintah Kedah pada abad ke-14,
sedangkan pembukaan Jembal oleh Raja Besar@Raja Bersiung ialah pada awal abad
ke-17 (tahun 1600-an). Raja Besar tiba di Jembal bersama beberapa orang
pengikutnya serta dua orang kanak-kanak iaitu seorang lelaki dan seorang
perempuan. Kedua-duanya dipercayai cucu baginda. Yang lelaki bernama Raja
Sakti dan yang perempuan bernama Puteri Mani Kemeyan. Setelah
kedua-duanya meningkat dewasa lalu mereka dikahwinkan. Sekali lagi, sosok Raja
Bersiong yang membuka Kota Jembal menjadi persoalan ekoran percanggan
maklumat berdasarkan selang masa antara pemerintahan di Kedah dan tarikh
pembukaan Kota Jembal. Siapa sebenarnya Raja Bersiong@Raja Besar yang
membuka Kota di tepi sungai Babong itu??
Wikipedia
pula menyatakan bahawa Raja Sakti ini berasal dari Dinasti Champa-Jembal yang
saling berkaitan. Catatan di pautan tersebut menyebut Raja Sakti ini sebagai
putera kepada Sultan Abdul Kadir yang tidak jelas akan maklumatnya. Manakala
maklumat daripada Kerabat Raja Jembal, menyebut Raja Sakti adalah cucu kepada
Raja Bersiong.
Satu lagi persoalan muncul, iaitu perhubungan
Sultan Abdul Kadir dengan Raja Besar@Raja Bersiung, apakah status mereka?
Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan sejarah
Patani adalah Raja Sakti ini merupakan putera kepada Sultan Abdul Kadir dari
Champa kerana kesultanan dari Champa ini rata-rata dari keturunan Sultan Qunbul
kerana itu beliau diterima sebagai pemerintah Patani menggantikan Raja Kuning
pada 1650 setelah memimpin angkatan perang menghalau Siam ke utara semula.
Kisah bagaimana Raja Sakti menjadi anak angkat Raja Bersiong akan kita
rungkaikan dan pasti rujukan-rujukannya tersembunyi di sebalik bahasa Khmer dan
DaiViet...
Ditabal
Menjadi Raja Jembal
Pada tahun 1638, Raja Besar telah menabalkan Raja
Sakti sebagai raja di Jembal dan memerintah di bahagian utara dan timur
Kelantan. Jembal dijadikan pusat pemerintahannya. Tidak lama selepas pertabalan
Raja Sakti, Raja Besar pun mangkat. Setengah cerita mengatakan Raja Besar ghaib
menghilangkan diri, kerana itulah tidak terdapat makam baginda di kawasan
Jembal itu.
Menyatukan
Patani
Pada tahun 1650, Raja Sakti bin Sultan Abdul Kadir
telah meninggalkan Jembal kepada Raja Loyor setelah beliau dilantik sebagai
Raja Besar Patani kerana berjaya mengekang perluasan kuasa Siam. Raja Sakti
telah berjaya menyatukan Kelantan dan Patani dan penyatuan ini dikenali sebagai
“Patani Besar”. Beliau sempat
memerintah Patani selama 12 tahun dan
mangkat pada 1662.
Ketika itu, Raja Sakti menjalankan pemerintahan
secara berpusat yang mana beliau mentadbir Patani dan Jembal dengan Kota
Mahligai sebagai pusat pentadbiran. Sejarah mainstream
atau yang dipelopori oleh sejarahwan Inggeris mengangkat Raja Kuning
sebagai Raja Patani yang agung dan cemerlang. Sebenarnya, Raja Sakti lah Raja
Patani Besar kerana berjaya menyatukan Patani dan Kelantan.
Kemangkatan Raja Sakti pada 1662 telah membuka
ruang kepada Raja Loyor untuk ditabalkan menjadi Raja Patani selepas memerintah
Kota Jembal, Kelantan dari 1649-1662. Hanya sempat memerintah tidak lebih dari
setahun, Raja Loyor telah mangkat pada 1633.
No comments:
Post a Comment