Pakaian merupakan keperluan atau needs dalam terma ekonomi selain daripada makanan dan tempat tinggal. Sejarah membuktikan Kelantan ini didiami manusia semenjak dari zaman purba lagi, yakni ketika manusia mula berhijrah dari arah barat bumi. Subjek ini pernah kita bincangkan di fan page KPSK.
Sering kita digambarkan, orang Melayu memakai tengkolok, mensisipkan keris di pinggan, memakai seluar senteng dan berbengkung serta berambut pendek bagi lelaki. Wanitanya pula memakai kain sarung batik kain kapas, berbaju kurung dan menjadikan kain sarung sebagai tudung atau kelubung, rambutnya yang panjang disanggul. Namun orang Kelantan pada waktu silam agak sedikit berbeza dari gambaran tersebut.
Berikut kami kongsikan rakaman masa gambaran Lelaki dan Wanita Kelantan 100 tahun yang lampau.
Tidak dinafikan busana CSWK kelihatan anggun dan menawan. Ini adalah gambaran kepada "pengarah" fotografi untuk imej CSWK sebagai pemimpin yang pernah dikunjungi oleh Ibn Batuta dalam pengembaraannya mengelilingi dunia. Seperti yang kita ketahui, CSWK adalah seorang pemimpin Islam yang memerintah sebuah Malay City States di Kelantan. Dari penelitian yang detail maka terhasilah imej ini. Namun kita tidak boleh menolak imej Majapahit juga melingkari waktu kegemilangan CSWK.
Tidak lengkap kalau gambaran CSWK seorang, lantas pengarah fotografi tersebut juga menghasilkan gambaran pakaian lelaki era itu, seperti berikut:
Dua bingkisan gambar di atas menggambarkan pakaian di era CSWK. Lantas kita cuba merungkai bagaimana pakaian orang-orang Kelantan terdahulu. Generasi kini tersekat pada pemakaian Baju Kurung dan Baju Melayu yang sering dipakai orang-orang kita.
Kami lantas membuat carian dan selidikan dan hasilnya adalah seperti berikut:
Berikut kami kongsikan rakaman masa gambaran Lelaki dan Wanita Kelantan 100 tahun yang lampau.
Gambaran Pakaian Cik Siti Wan Kembang |
Tidak lengkap kalau gambaran CSWK seorang, lantas pengarah fotografi tersebut juga menghasilkan gambaran pakaian lelaki era itu, seperti berikut:
Anggun dan Segak! |
Kami lantas membuat carian dan selidikan dan hasilnya adalah seperti berikut:
Kelantan Peasants adalah bermaksud "Petani Kelantan" dan kedua-dua gambar yang dibingkiskan adalah rakaman masa Lelaki dan Wanita, Petani Kelantan 100 tahun yang lampau. Kerana itu ramai fans bertanya kenapa wajah mereka menakutkan dan menggerunkan. Apa yang dapat kami zahirkan kenapa wajah dalam gambar ini agak teruk rupanya, jawapannya adalah kerana mereka ini adalah petani yang merupakan orang marhaen atau rakyat jelata Kelantan yang lampau, kerana terdedah kepada cuaca yang tidak menentu rupa paras dan wajah mereka menjadi agak keras. Keduanya, gambar ini kelihatan agak teruk kerana kerja-kerja teknikal semasa kami hasilkan gambar ini iaitu proses menukarkan fail .pdf kepada .jpg proses ini membuatkan piksel gambar semakin merosot.
Berbalik kepada gambar di atas, amat berbeza dengan orang-orang kita pada hari ini. Masa berlalu dan orang pun berubah mengikut peredaran zaman. Itulah resmi masa dan manusia. Namun, bukan semua rakyat Kelantan pada waktu itu berwajah seperti gambar di atas. Ada juga rakaman ceria....
Gambar-gambar ini termuat dalam buku bertajuk Kelantan : A State of The Malay Peninsula; A Handbook of Information tulisan Walter Armstrong Graham. Kerana itu buku ini memuatkan gambar-gambar seperti di atas. Siapa sosok dalam gambar ini tidak diketahui, namun inilah antara rupa dan wajah wanita yang dipercayai golongan pertengahan ketika itu.
Melihatkan tiga keping gambar di atas, kami berpandangan pengarah fotografi untuk gambar ini menampilkan keadaan sebenar pakaian golongan pertengahan Kelantan 100 tahun yang lampau. Pakaian di atas kelihatan lebih sopan dan tertib.
Kami cuba untuk paparkan keadaan jujur masyarakat kita suatu ketika dahulu sebagai panduan dan pedoman. Jika tidak molek gambar ini, kita boleh ambil iktibar untuk tidak menjadi tidak molek seperti anggapan tuan-tuan dan puan-puan. Namun, apa tidak patut adalah cercaan dan cacian yang dilemparkan kepada sosok ini kerana mereka tidak bersalah. Apa yang penting, input positif perlu kita ambil sebagai panduan untuk kita meneladani kehidupan bersyariat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment