Pendahuluan
Raja Sakti telah menyatukan Patani pada 1649 selepas pergolakkan politik
dikalangan pembesar dan juga serangan Siam ekoran kemangkatan Raja Kuning tanpa
waris yang sah. Beliau telah dilantik menjadi Raja Besar Patani dan melepaskan
pemerintahan Kota Jembal yang didudukinya semenjak 1638. Beliau dikatakan
mentadbir Kelantan dan Patani secara berpusat.
Kota Jembal pula telah ditadbir oleh Raja Loyor, yakni putera sulung beliau.
Raja Loyor menjadi pemerintah Loyor dengan menjunjung titah dari Raja Sakti
semenjak 1649 hingga 1663. Setelah itu, Raja Loyor telah menaiki takhta Patani
selepas kemangkatan Raja Sakti pada 1662. Setahun kemudian, Raja Loyor telah
mangkat pada 1663 dan beliau telah dimakamkan di Kota Jembal.
Kepimpinan
Kerabat Raja Jembal menyifatkan Raja Loyor sebagai
penyatu Kelantan setelah ditabal sebagai Raja Jembal dengan satu legasi
insitusi pemerintahan yang lengkap di mana ketika pertabalan Raja Loyor, baginda
Raja Sakti telah menabalkan juga putera-puteranya yang lain seperti Raja Bahar
sebagai Bendahara, Raja Omar sebagai Raja Muda, Raja Sungai sebagai Raja Temenggung.
Raja Loyor sangat dikasihi oleh semua lapisan
rakyat jelata dan para pembesar negeri. Sikap baginda sangat luar biasa, lemah
lembut, halus tutur kata dan bersopan santun. Mengikut kepercayaan, pada diri
baginda terdapat sifat-sifat ganjil yang kononnya baginda berdarah putih,
tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur
masin. Pendek kata apa yang dihajati semuanya dapat kerana baginda adalah
seorang yang "keramat".
Hubungan Kerajaan Jembal dengan City States sekitar Kelantan bertambah erat terutama dengan
Kerajaan Chintawangsa yang diterajui oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Dua
kerajaan ini sering bertukar-tukar utusan dan persembahan. Begitulah eratnya
dua kerajaan ini.
Waris
Raja Loyor dikurniakan dua orang cahaya mata,
seorang putera dan seorang puteri. Sang putera dinamakan Raja Sakti sempena
nama ayahandanya, namun usianya tidak panjang...genap setahun ia meninggal
dunia. Sang Puterilah penerus waris kepada Raja Loyor. Ia bernama Puteri Mariam
tetapi lebih dikenali sebagai Puteri Saadong yang begitu popular dalam sejarah
Kelantan dan Malaysia.
Paduka Cik Siti Wan Kembang yang mendengar berita
kelahiran Puteri itu bergegas ke Kota Jembal untuk menziarah saudaranya itu.
Tertarik dengan wajah puteri itu, terbitlah hasrat Paduka Cik Siti untuk
mengambil puteri itu untuk dijadikan anak angkat dan seterusnya diangkat
sebagai pengganti beliau memandangkan beliau tidak mempunyai anak dan suami.
Permintaan Paduka Cik Siti telah diperkenankan oleh Raja Loyor dan Puteri
Saadong telah dibawa ke Chintawangsa. Paduka Cik Siti Wan Kembang telah
memerintahkan hulubalang dan pembesar negeri untuk mencari anak kijang untuk
dijadikan binatang mainan Puteri Saadong supaya tidak kesunyiaan. Dari sinilah
gambar dua ekor anak kijang telah dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri
Kelantan hingga ke hari ini.
Menaiki
Takhta Patani
1662, Raja Sakti telah mangkat dan Raja Loyor telah
menaiki takhta menggantikan ayahandanya. Setahun selepas itu, beliau pula
menyahut seruan illahi pada 1663. Ketika menaiki takhta Patani sebagai Raja
Besar, Raja Loyor telah memerintah Patani sekali gus merajai Jembal.
Ekoran Kemangkatan Raja Loyor, Raja Muda Jembal
iaitu Raja Omar telah ditabalkan menggantikan takhta Raja Loyor pada 1663.
Kerana tiada pengalaman memerintah negeri, Raja Omar telah turun takhta Patani
pada 1670, kemudiannya beliau telah ditabal sebagai Raja Jembal pada 1670 dan
memerintah hingga 1721. Namun, kami berpendapat ianya akibat tekanan dan tidak
mendapat sokongan daripada pembesar-pembesar Patani membuatkan Raja Omar turun
takhta dan beliau telah menyerahkan tampuk pemerintahan Patani kepada
ulama-ulama untuk diperintah bersama dengan raja-raja yang dilantik secara
bergilir dari setiap negeri kecil Patani (jajahan). Ada juga pendapat
mengatakan bahawa Raja Kuning telah memangku jawatan Raja Besar Patani hingga
1688, di mana ulama-ulama dan raja-raja kecil telah menjemput Raja Bakar/Raja
Bakal dari kampung Teluk untuk ditabalkan sebagai Raja Besar Patani. Raja Bakal
ini adalah dari kalangan kerabat Raja Sakti, ketika menaiki takhta pada 1688,
usianya sudah sangat lanjut. 1690 baginda telah mangkat.
Sekali lagi takhta Patani kosong dengan perwaris
yang samar. Puteri Raja Bakal yang bernama Raja Mas Kelantan dilantik sebagai
Raja Patani (1690-1707). Raja Mas Kelantan telah berkahwin dengan Tuan Besar
Long Bahar bin Wan Daim (Datu Pengkalan Tua). Mereka telah dikurniakan dua
orang cahaya mata iatu Dewi Perachu dan Raja Long Sulaiman.
Ketika pemerintahan Raja Mas Kelantan juga, beliau
telah menabalkan anak Bendahara Johor iaitu Tun Zainal Abidin sebagai sultan di
Sungai Terengganu dalam usahanya untuk mengukuhkan hubungan persahabatan dan
persekutuan dengan Johor, namun kerajaan Johor itu mengalami episod kemalapan.
1707 Raja Mas Kelantan telah mangkat dan takhta
beliau telah digantikan oleh Dewi Perachu yang diberi gelaran Raja Nang Chayang
(1707-1715). Nan Chayang telah menyerahkan takhtanya kepada ayahandanya Long
Bahar (1715-1716). Perlakuan ini mendapat tentangan daripada para pembesar
Patani dan keadaan ini membuatkan Long Bahar menyerahkan kembali takhta Patani
kepada Raja Nang Chayang dan sekali lagi menaiki takhta pada (1716-1718). Long
Bahar telah membawa diri ke Jembal dan ditabal menjadi Raja Jembal pada
1721-1734.
Waris Sultan
Qunbul
Cop Mohor Patani |
Setelah kemangkatan Sultan Haji Yunus pada 1749,
Tuan Long Nuh bin Long Nik yang ketika itu menjadi Raja Jambu telah ditabalkan
menjadi Raja Besar Patani (1749-1771). 22 tahun memerintah dan baginda menyahut
seruan illahi dan takhta baginda telah digantikan oleh puteranya yang bernama
Raja Bakar pada 1771. Beliau hanya sempat memerintah selama tiga dan mangkat
pada 1774. Beliau telah digantikan oleh puteranya yang bernama Raja Ahmad pada
dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad (1774-1785). Baginda Sultan Muhammad
adalah Sultan dan Raja terakhir Patani sebelum dijajah oleh Siam melalui tipu
daya yang berlangsung selama 10 tahun.
Selama 60 tahun iaitu dalam tempoh 1688 hingga 1748
Patani, Kelantan dan Kedah berada dalam keadaan yang aman berikutan Siam waktu
itu menghadapi serangan dari Burma hinggalah 1748 semasa pemerintahan Raja Long
Nuh di mana Siam telah menyambung semula misi mereka yang tertangguh.
Sultan Muhammad telah syahid dalam serangan dahsyat
Siam pada 1785 ke atas Patani. Kemangkatakan Sultan Muhammad telah menamatkan
Patani sebagai sebuah kerajaan merdeka dan bebas. Sejarah Patani yang berusia
1585 tahun telah terhapus dengan penjajahan Siam ini.
Bertitik pada 1785 bermakna rakyat Melayu Islam
Patani telah dan sedang bergelut demi kemerdekaan mutlak selama 228 tahun. In
Sha Allah, Allah s.w.t. sentiasa bersama dengan orang-orang yang Sabar... Doa
mereka yang dizalimi sungguh makbul....
No comments:
Post a Comment